mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Tuesday, September 15, 2015

We deserve better


Its a long time ago, there were a little girl with her beautiful dream. Hoping her prince charming will come and give her a kiss. 

Unfortunately, the witch has come. And whispered some magical spell on her eyes. A little girl gone blind when a prince charming come. 

That little girl can't fly, that little girl can't run. She waits, waits and waits untill her prince charming come to her home. He tries so many chances. He tries too many fights until he dies.

A little girl cries and cries. Until she can open her eyes. And see her prince charming was laying infront.

A second before his prince charming close his eyes, he said "dear my little girl. You deserve better, don't dream too high. Maybe he is an ordinary guy, but he will fill your empty heart. And then you will realize that I'm not the only one"

Sunday, September 13, 2015

Kenapa kena pasang niat?

Bismillah.

Tiba tiba kakak tergerak nak update entry kali ni tentang niat. Padahal tadi dah taip panjang lebar pasal benda lain. Haha.

Ok pasal niat. Selalu orang kata, nak apa apa mesti ada niat. Buat sesuatu mesti ada sebab. Tak payah tengok jauh jauh. Solat pun kena mula dengan niat. Sape tak niat solat tak sah. Ini benda basic. 

Then apa signifikannya niat dengan kehidupan seharian? Dik, kau hidup setiap hari sebab apa? Saje saje ke? Paling tak pun kau nak hidup esok sebab kau nak pegi shopping, nak pergi berjalan. Takpun kalau zaman kakak sekolah dulu, esok nak bangun pagi pagi pergi sekolah sebab nak tengok jejaka pujaan hati. *ini tak elok.jgn buat.

Niat ni matlamat, tujuan, sebab, intention.  Bila kau ada niat, kau ada kesungguhan dan keinginan. Dan secara tak langsung kau motivate diri untuk capai niat kau. Niat ni bila kau dah pasang, dia akan muncul secara tak sedar dalam minda unconscious kau. Means minda bawah sedar. Ah ini bab psikologi, pegi lah baca buku sikit2. Huhu.

Pernah satu masa kakak rasa lost, kosong, and malas. Then fikir balik "oh aku takde pasang apa2 niat lah. Aku just nak hidup macam tu je". Then hidup memang hidup tapi takde erti lah. Senang citer kau tak produktif. Baik mati je kan. Tapi nak mati pun payah, kang Tuhan tanya apa kau buat masa hidup kau nak jawab apa?sumbangan pada negara langsung takde. Kebaikkan as modal masuk syurga pun yelekk. Sedihhh.

So kena niat ok. Ni kakak tak cakap tipu. Kakak sendiri pernah niat. Nak kahwen umur 26 paling lewat, alhamdulillah Allah permudahkan. Walau bukan dengan orang yg kita imagine dari awal. *en.tunang jgn sentap ok. Saya ikhlas terima awk. Hehe.

Then baru bape minggu lepas kakak macam niat nak pergi luar negara lagi sebab macam dah lama tak involve program oversea. Alhamdulillah, Allah bagi peluang ke Jepun pulak next week. Then next month ke Bali. Rezeki alhamdulillah. Lagi satu kakak niat dah lama untuk recover daripada penyakit kakak. Walaupun amek masa bertahun alhamdulillah, Allah beri lagi rezeki. Allah tunaikan impian kakak. Sepanjang sebelum operation ni kakak selalu cakap dalam hati yang Allah nak uji kakak, kesabaran kakak, kesungguhan kakak. Jadi bila dah recover ni kakak paham perasaan orang lain.

Itu contoh yang kakak sendiri alami lah. Engkorang lain kot. Apa pun yg penting niat. Lambat atau cepat, kita kena ada harapan dan matlamat. Baru Tuhan tunjuk jalan. Yang seterusnya usaha dan doa. Kita ni nak pinjam duit mesti pinjam kat tuan punya duit kan, macam tu jugak bila kita nak apa apa. Doa, mintak, usaha dapatkan daripada Pemilik segalanya ni. Doa pada Allah, mintak kat Dia. Sebab apa yang ada di langit dan bumi, syurga dan neraka semua milik dia. Jangan sombong sangat nak tadah tangan mintak kat Dia ye.

Jadi once again, anything you want to do, to be, please pasang niat. Nawaitu. Biar takde orang lain dengar, yang penting Allah dengar.

InsyaAllah Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kabulkan. Tapi kau jangan niat merepek yang tak elok. Memang takkkkk lah dik non oi


Thursday, September 10, 2015

Lima

Walau  nyata sudah terlambat
Untuk kita anyam mimpi
Lalu kita jadikan mimpi itu realiti

Sudah tiada yang harus ku sesali
Sudah hilang segala ragu yang pernah bersarang di hati

Kerana aku tahu
Rasa yang pernah wujud dulu
Memang pernah bererti

Dan akhirnya
Kita tersedar dari mimpi
Yang kita hanya dua garis selari
Yang tak mungkin bersilang hati


Empat

Bertandang tanpa izin
Sedangkan diri rasanya telah redha dengan Ilahi
Sudah pasrah dengan caturan Sang Empunya langit dan bumi

Kau datang mengungkit janji
Walau sedar segala yang kita mimpi
Takkan wujud dalam alam kini

Hampir sekali lagi
Air mata ini jatuh sendiri
Hampir sekali lagi
Hati ini berkocak tanpa bunyi

Jangan. Jangan begini


Tiga

Jauh jauh ku bawa hati
Hampir mati ku tutup mata
Diam sepi mendung sendiri
Berharap kenangan sudah terkunci

Satu satu ku kutip hati
Satu satu ku kunci rapi
Satu satu ku bawa pergi
Satu satu ku buang mimpi


Dua

Gerimis kecil mula turun
Hujan batu awan kelabu
Angin kasar menerjah pilu
Terpisah dua jiwa yang hampir satu

Kamu. Diasak rasa sesak
Aku. Dihasut rasa ragu

Duhai hati yang hampir bersatu
Kamu berpisah tanpa tahu
Bahawa dua hati itu sebenarnya
Adalah satu.

Bukan salah kamu. Bukan salah aku.
Salah bayangan yang sering menipu.
Dan mata kita yang mudah tertipu.

Satu

Dari gerak timbul suka
Dari bicara muncul rasa
Tapi diam tanpa kata
Walau sedar segalanya begitu indah
Begitu luar biasa.

Di gigi pantai tercermin cinta
Tapi kelu bagai tiada deria
Di balik rembulan
Sulaman rindu menyeksa jiwa
Walau terpisah jauh beribu
Kasih semakin jitu, tanpa ragu

Monday, July 27, 2015

Hello hospital

Bismillah.

Hai tangan. Dah kena cucuk kan awak tapi kite mampu lagi taip sebelah tangan tau. Terer kan?. Haha.

Oh dah admitted dah. Esok insyaAllah 9.30 pagi masuk labour room. Moga Allah permudahkan dan selamatkan segalanya ye.

Bab tang cucuk ni tadi tak sakit sgt tapi doktor tu ntah buat apa sampai meleleh darah. Terus rasa pedih sengal yang amat. Menjerit jugak lah. Maklum lah first time. Hehe. Nasib ibu ingatkan suruh istighfar. Fuhhh. Astaghfirullahal azim.

Ok lah. Kakak misi dah suruh makan ubat senang tidur. Haha. Selamat malam!

Sunday, July 26, 2015

Hello HSI

Bismillah. 

Hari first admit kat HSI. Moga Allah lancarkan segala perancangan. 

Esok operation. Tapi tak dapat actual time lagi. 

Harap semuanya ok. Sila bertabah ye wahai hati :)

Thursday, July 23, 2015

Jangan judge hati orang

Hari yang agak tak menyenangkan.

Masuk ni kali ketiga selisih teruk. Btw hello blog berhabuk. Kau sihat tak blog? Hari ni aku sakit hati gila babi sikit. 

Kau tau tak aku paling tak suka org cancel plan last minit. Yeah walau aku kadang cancel last minit jugak tapi aku tetap tak suka org lain cancel last minit. Kau tau tak kenapa? Sebab banyak benda akan efek jugak.

Lagi satu, kau paham tak rasa bengang bila pagi cakap lain petang macam haram cakap lain. Sedangkan kau dah siap, dah pakai tudung dah pakai kasut. Tinggal gerak aje. Tapi member cakap tak jadi pegi sebab dia malas. Time tu kau cuba lah istighfar. Aku memang dah out dah time tu. Hangin kat hati ni kalau letak telur mentah boleh masak lah dia punya panas. Nasib aku tak maki je.

Lagi bengang bila everything dah on, tapi sebab kita bengang gila babi so kita marah. Tapi member boleh cakap kau tak ikhlas buat semua benda dengan dia. Panas kan hati ni? Cakap pasal ikhlas ni beb bukan kita dapat tau. Dan ikhlas ni bukan benda senang 24jam boleh ikhlas. Kita sendiri tak tau time bila kita betul betul ikhlas buat something. Maybe tadi aku ikhlas derma satu juta kat anak yatim tapi aku tak ikhlas derma singgit kat org buta jual tisu. Mana tau sindiket ke apa kan. Macam tu lah jugak pasal ikhlas. Macam biadap lah bro kau persoal hati orang. 

Aku jadi orang memang tak suka benda out of plan. Aku suka semua benda under control. Ikut flow. Tapi takde tahap rigid. Hal ni sebab nak elak risiko. Still boleh kautim. Tapi agak lah bro kalau semua benda kau nak ejas ikut kepala dan timing kau. Habis aku ni apa? Patung panda yang takde akal, takde perasaan? Aku pun ada masa aku jugak. Ada jugak plan lain. 

Ahh. Sudahlah blog. Dah jauh malam. Aku pun nak tido. Panas hati aku tak hilang lagi. Aku harap bangun esok dapat setelkan benda yg tak setel lg. InsyaAllah.

Tuesday, July 7, 2015

Mulianya Ramadhan

SubhanaAllah. Sekejap je masa bergerak kan.

Dah masuk 22 Ramadhan. Lebih kurang seminggu je lagi nak masuk Syawal.

Dan diam tak diam rupanya dah setahun dari Ramadhan tahun lepas. Akhir zaman ni memang masa cepat je berputar kan. Risau, takut. Banyak lagi amalan tak lengkap. Ibadah belum sempurna. Dosa banyakkk sangat belum terampun. Sedih betul rasa. Ermmm.

Tahun ni insyaAllah, aku usaha untuk jadi tahun yang lebih matang. 

Masih belum pandai ikhlas kan hati sebenarnya. Masih banyak lagi lompong sana sini.

Teringat satu perkara yang pada aku sangat besar. Salah satu hijrah atau improvement lah aku rasa. Haha. Nak tau tak apa dia?

Waktu aku decide untuk pakai sarung kaki. 

Waktu tu waktu paling susah pada aku. Mungkin pada orang lain ringan je, remeh je. Tapi pada aku pakai stokin / sarung kaki ni perkara besar kot. Even aku pakai tudung, baju lengan panjang tapi masih banyakkk lagi yang belum sempurna.

Baju masih ketat, kadang terasa nak diba. Pegi dinner kadang selendang atas dada. Jahiliyah sungguh. Haha.

Tapi waktu nak pakai stokin ni, dugaan agak lah jugak. Aku rasa dalam setahun kot aku dah niat dan cuba cuba nak pakai tapi failed! Huhu. Akhirnya, satu hari tu aku nekad, pasang niat dalam dalam. Dan terus sarung stokin, pegi keje.

Sampai je ofis, Allah uji sikit je.

Kengkawan ofis terus tanya.

 " eh kau ni tiba tiba pakai stokin kenapa?"
"Bella, awak pakai stokin ni sebab dah nak kahwin eh?"
"Pelik lah kenapa kau pakai stokin ni?"

Masa tu ya Allah, rasa malu sangat. Rasa bengang sangat. Rasa nak bukak jelah stokin tu. Rasa macam pelik je aku ni, rasa macam aku ni buat buat alim ke, rasa macam "kang dorang pikir aku nak try jadi sopan sebab nak kawen". Macam macam lagi lah sebenarnye aku pikir.

Masuk surau je time zohor tu, aku nangis lah jugak mengadu kt Tuhan. Sentap kan. Huhu. Alhamdulillah, Allah sabarkan aku. 


Alhamdulillah, sampai sekarang masih usaha, masih istiqamah utk improve tutup aurat dengan sempurna.

Why aku jot benda ni kat sini? Again, utk reminder diri sendiri yang aku kena istiqamah untuk jadi muslimah yang baik.

Sebab kadang hati ni goyang jugak. Perempuan mana tak bernafsu tengok baju lelawa, jubah lembut tunjuk shape badan ramping, kasut liplap 3 inci yang seksi tu, renda renda manik kt dada baju. Goyang iman ahkak ni oiii. Nak melawa kannn. Haha.

Tapi usaha usaha, sabar. Masih belajar ikhlaskan hati untuk jadi perempuan yang lebih baik. Mungkin sebab nak kawen ni pun salah satu asbab lah, sebab perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Dan sampai bila kita beratkan ibu abah kita dengan dosa dosa kita kan. Bila lagi nak berubah kalau bukan sekarang? Mati tak tunggu kita ready ke tak kan. Lagipun Allah dah bagi banyakkkk nikmat untuk kita. Kenapa kita nak tangguh tangguh kewajipan kita kepada Dia? Kan?

Apapun aku harap sangat aku istiqamah dalam carik cinta Dia ni. Satu satu kita buat ye. Jadi utk aku, aku listkan apa yg utama untuk aku capai tahun ni.

1. Perbaiki solat. Solat awal waktu. 
2. Perbanyakkan baca Quran. Cuba faham ayat-ayat dan maksud nya.
3. Perbaiki penjagaan aurat. Labuhkan baju, labuhkan tudung, elakkan pakai baju seluar ketat. 
4. Banyakkan sedekah.
5. Eratkan kasih sayang dalam keluarga.

InsyaAllah, moga Allah tetapkan iman kita ye.

Ramadhan 22.


Friday, June 19, 2015

Esok Exam!

Bismillah.

Esok kita exam tau. Moga Allah permudahkan jawab exam esok.

Human Ecology & Sustainable Development, please be nice to me :)


Tuesday, June 16, 2015

Kau tahu?

Kau tahu, apa lagi yang sukar untuk aku?

Bila sampai masa kau perlu lepaskan seseorang yang bertahun kau letak dalam hati. Tanpa dia tahu dan kau juga tak mahu dia tahu.

Kau tahu, apa lagi yang sukar untuk aku?

Bila kau perlu buang segala kenangan dengan seseorang yang bertahun engkau simpan. Yang tak perlu kau buka lembar satu satu isi kertas, yang segalanya kau boleh ingat dan bayang dalam sekali nafas.

Kau tahu apa lagi yang sukar untuk aku?

Bila kau perlu padam segala momen kau dengan dia, dalam keadaan kau tak sedia. Dan dalam keadaan kau dengan dia jadi jauh tiba tiba.


Kau mahu tahu lagi apa yang lebih sukar untuk aku?

Bila segala rasa, kenangan dan memori kau dah berjaya humban jauh jauh, tiba tiba dia datang tanpa suara. Tanpa kata kata. Sedangkan kau tak dapat tanya apa apa.

Berapa lama lagi hati kau perlu aku jaga?
Berapa banyak lagi rasa kecewa singgah dalam dada?



Kau tahu apa yang betul betul sukar untuk aku?
Meninggalkan  kau tanpa tahu apa yang ada antara kita.




Monday, June 15, 2015

Hello

Hello. Assalammualaikum. Hehe.

Lama senyap dah kan. Baru berapa bulan, sibuk sangat kakak ni. Tinggal lagi 3 hari tak salah nak masuk Ramadhan. Alhamdulillah. Semoga bertemu dengan Ramadhan pada tahun ni.

Aku baru balik photoshoot malam ni. Photoshoot jemputan sebab buat kerjasama dengan studio tu masa FBP2015. Ada lah mekap sikit, baju sponsor sikit, posing sikit. Kayu betul rasa sampai aku rasa aku lah orang paling lama dorg shoot sebab carik angle yang baik. Hahahaiii. Tak kisah lah janji setel.

Oh, takde mood marah dan bukan mood sedih pun. Cuma saje nak ke sini. 

InsyaAllah. Segalanya akan berjalan lancar. Lagi 4 bulan insyaAllah. 

Semua tak buat lagi. Tapi insyaAllah sempat. Semoga Allah permudahkan kita berdua. 

Monday, June 1, 2015

"Aku tengok korang bahagia je. Selalu jumpa happy je"

"Itu yang korang tengok. Yang tak bahagianya takkan nak tunjuk. Haha."

Semua ada turun naik, semua ada masam manis. Beza nya adalah kau tunjuk atau tak. Itu je.

Orang luar nampak semuanya baik, elok, manis. Tapi dalam yang sebenarnye tak kan nak tunjuk lompong, rongak kau kan.  Cum bersyukur lah. Kau masih gagah untuk tampal rongak lubang tu dan tunjuk yang indah aje. Untuk jadi inspirasi terbaik orang lain, apa salahnya? Walau kadang ada pahitnya, ubat lah tu. Manis sangat pun tak elok jugak. Ye kan? ;)

Tuesday, May 12, 2015

A good person

Alhamdulillah. Hari ni walaupun sibuk sangat ya ampun, workload bertindih tindih tapi Tuhan permudahkan jugak.

Ada je Tuhan tolong, lalu orang lain. Ada yang baik hati kongsikan proposal dia, ada yang sanggup tolong carikan data, ada yang nak handle bab lain jugak. Syukur sangat. Terima kasih kepada kamu kamu yang baik hati sangat, bantu saya. Semoga Allah memberkati kamu dunia akhirat. InsyaAllah.

Betul. Nak jadi orang yang baik ni bukan susah tapi tak jugak senang, sebab nak hilangkan rasa bangga diri tu kadang yang payah. Kadang kita nak tolong orang tapi kita terfikir "eh nanti aku susah dia tolong aku balik tak?" Kadang orang gelincir kt situ. 

Kan?

Apa pun harap orang orang yang membantu aku ni tergolong dalam kalangan orang yang Allah sayang.
Amin.

Monday, May 11, 2015

Keep calm and run!

Everything will getting better. InsyaAllah.

Life is a test. A test for us. To measure whether we are worth for His syurga or not.

Everyday we are facing this test. I called it His Test. 

Dan hari ni aku dapat lagi His Test. Kena tukar tajuk research and add up my new workload. And again. Rasa berat saje. But I always remember my fiancee told me, "redah je sayang. Kita buat semampu dan sebaiknya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita".

Yeah. Suddenly missing my fiance pulak. *sigh

But the main point is just go with the flow. But give the best "go" lah. 

Till then. Keep pray my dear. Allah is waiting for you.

Saturday, May 9, 2015

Last note.

9 years was not enough for me to understand you.

Hidup baik baik. 

Here. Still standing here. Keep praying for you. May all your dreams come true. 

Sky will not always blue but I know He always has a good plan for you. And me too.

Take care.

Tuesday, May 5, 2015

Jangan berat ucap maaf

Aku pernah terdengar atau terbaca, orang kalau jenis senang mintak maaf dia tu macam selalu atau suka buat salah.

Sebabnya setiap kesalahan yang dia buat, dia senang je say sorry then buat lagi.

Ermmmm. *angkat kening sebelah.

Pada aku tak kisahlah atas tujuan apa, if you doing wrong, please say apologize quickly.

Sebabnya kau memang buat salah, jadi mintak maaf jelah. Tak payah berat sangat mulut tu. Kadang kadang masalah tu kecik je tapi kau punya ego melangit tinggi tudiaaa. Nak cakap "maaf" punye lah payah. Last last jadi makin beso. First kau dah lah memang buat salah. Second kau tak mintak maaf, even kau mengaku lah dlm hati kau yang salah. Tapi kau tetap kena mtk maaf kat org tu. Ini tak, buat tak tau then siap defend diri lagi. What the hell? Mau kena sumpah berkilometer. 

Jadi, itu lah dia one of magic words yang orang selalu abaikan dan amek remeh. Ringan ringan kan mulut kau mintak maaf. Dan usaha untuk tak buat lagi. Orang lelaki selalu miss tang ni. Ini betul. Kan? :)

Hadapi ujian

Dalam hidup ni seribu satu kesulitan kita akan hadapi. Setiap orang ujian dia lain lain.

Selagi mana namanya hidup, selagi itu kita akan dilanda ujian.

Yang bezakan kita dengan setiap manusia yang lain adalah bagaimana kita terima ujian itu.

Dan untuk terima itu juga terpulang pada diri kita sendiri. Mula mula memang kita akan rasa sakit, sedih, kecewa. Itu lumrah semua manusia. Takde manusia yang masa awal awal terima ujian dia terus senyum.

Kecewa, sakit hati. Klu bukan hari pertama mungkin sejam yang pertama. Dan mungkin saat yang pertama. Rasa pertama yang muncul pasti kecewa dan sakit hati.

Jadi apa perlu buat? Pertama aku akan lepaskan dulu. Selalu aku akn nangis dulu. Boleh ambil masa sejam jugak nangis. Itu aku lah. Orang lain aku tak tau. Mungkin ada yang terajang tiang gol ke bawak keta laju laju ke. Terpulang lah. Kemudian baru lah jadi waras balik. Fikir rasional balik lepas kau dah tenang. Time ni kau decide lah nak buat apa,nak pilih ke mana.

Semua org pernah hadapi ujian ni. Jangan risau ok. Jangan takut. Semua org pernah ada rasa kecewa. Jadi terima, redha, cari penyelesaian lain. Moga Allah permudahkan.

Sunday, May 3, 2015

Am I?

Kadang kadang terfikir. Betul ke dah jumpa orang yang sepatutnya?

Is it him?

Selama bercinta, bermacam jenis lelaki I've met. 
Penyayang.
Terlampau caring.
Mengongkong.
Melampau.
Cool.
Tak ambil kisah.
Kelakar.
Quite poyo.

And macam macam lagi lah. But thank God sebab semuanya baik, baik dengan family.

Tapi masih rasa bukan, rasa ada yang tak kena, tak serasi.

Untill this one. Tapi yang ni langsung tak bercinta pun. Terus bertunang and nak kahwin. Is it him? 
The one that I never expect. Cuma still takut takut. Dan kadang datang confuse tu. Confuse dengan sikap dia.

Macam mana nanti lepas kahwin, he is my friend. My close friend. Kalau dulu aku bergaduh dengan boyfriend, kat dia aku membebel. Tapi nanti kalau gaduh dgn dia, would he stay there and listen my word? 

And what should I do? We didnt communicate a lot even ada watsep and internet sbb jauh, masing masing sibuk. And memang dari dulu jarang sgt berborak unless ada benda penting. But still we are close. 

Entah. If other girls has own type of their Mr. R, for me, I dont. Just go with the flow. 

Am I choose the right decision to marry him?

Wednesday, April 22, 2015

Panas hati

Ya Allah. Rasa helpless sangat.
Minggu ni banyak kerja. Meeting menimbun. 
1. Chillax Festival Belia Putrajaya.
2. Projek tebu
3. Meeting dgn supplier
4. Meeting dgn pengarah agroprenur muda.
5. Ahad nanti exam finance.
6. Ahad jugak kena submit term paper.
7. Ahad jugak kena present assignment individu.

Allah. Semua tengah siapkan. Masa pulak tinggal bape hari je. Semua dtg serentak. Penat ya Allah. Semalam dari KL balik BP sebab kena pegi JB buat terapi. Esok pagi pagi kena balik KL sebab ada discussion. 

Pastu tadi baru nak hepi seronok tengok anak sedara baru, ada pulak yang buat aku pening kepala.

Aku tak faham lah jenis manusia yang tak nak datang masa kita panggil tapi hentam sana sini bila kemudian hari. Nak nangis je rasa ni. Geram sangat sangat.

Agaknya orang melayu ni memang mcm tu ke? Asek kondem sana sini, komplen itu ini then satu apa pun tak jadi. 

Rasa nak pecah je hati ni tahan sabar dengan manusia manusia yg macam tu. 

Saturday, April 18, 2015

Cuba bertahan.

Satu dua tiga empat lima enam...
Dan beberapa lagi yang aku dah tak ingat.

Aku rasa memang patut Tuhan bagi kelebihan kawin empat kat lelaki. If bagi kat perempuan agaknya lebih sepuluh org dia kawin. HAHA.

Bila senyap macam ni mula lah macam macam muncul. Sorang sorang muncul. Balik dalam ingatan. Kadang kadang terfikir kenapa pilih macam ni. Kenapa tak pilih yang itu. 

Betul lah kata orang. Dugaan masa bertunang ni pelik betul. Kena bertahan. Bila masalah berlaku mula lah fikir itu ini. Mula ragu ragu betul ke dia jodoh kita atau tak. 

Selalu lah aku doa mintak kat Allah, tetapkan apa yang telah aku pilih. Cuma kadang kadang rasa tak senang tu muncul. Tapi try fight k. 

Honestly bukan senang nak pertahan hubungan dengan orang yang kita langsung tak cinta dari awal. Tapi bila kita dah pilih dia, kita kenalah usaha. InsyaAllah cinta lepas nikah lebih berkat. Harap hati dan perasaan ni dapat bertahan, bersabar dan fikir dengan matang. 

Ada masa bila tengah marah tu terfikir nak lari dari semua ni. Tinggalkan dia, sembunyikkan diri tapi bila fikir balik "he is the man yang tengah usaha untuk menikahi kau. Yg tengah usaha berkali ganda hanya untuk memiliki kau, yang tengah usaha buat macam macam hanya untuk bersama kau. Takkan kau nak tinggalkan dia? "

Jadi, tarik nafas. Percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita. 

Friday, April 17, 2015

Dah mati.

How you feel after betrayed your friend? The person who cares much bout you. The person who loves much on you. The person who trust much on you.

How do you feel? Satisfied?
Yeah. This is your victory. Take it. Celebrate it. 

But one day God will return to you every hurt and pain you gave to me now.  

My mom had said before " there will no term of bestfriend between a boy and a girl". I have denied it but unfortunately it is true. 

Dear, you always be my priority. Walau aku tak pernah bagitau kt kau. Dari dulu sejak kita kawan sampai sekarang, aku terlalu sayangkan kau and our friendship without any syarat. Without any reasons. You are the most person yg aku percaya. Tapi sikap mengalah aku ni buat kau took me for granted kan.

I was always at your back, watching at you from afar. Be there for you eventhough kau tak pernah perasan. Because I care for you so much. Tapi kau?

Dlm banyak tahun kita kawan, ini yg paling sakit yg kau dah buat. Dan sakit ini buat aku tak mampu tahan lg. dulu pernah kau buat perangai and aku macam biasa mengalah dan telan pahit aku rasa. Tapi sekarang kau buat lagi, lagi lagi dalam keadaan yg sgt crucial. Kau pergi lepas kau yakinkan aku. Kau blah lepas kau buat aku rasa "yes, okay we will make it, do it and finish it!" Tapi separuh jalan kau hilang. Where is your promise? Your words? 

But now i realize, maybe dengan tinggalkan kau akan buat kau lebih baik. Dan buat aku jadi lebih baik jugak sebenarnye. Honestly dulu aku selalu risaukan kau. Takut takde org yg mampu jaga kau baik baik, takut takde yg akn teman kau waktu kau sorang sorang. Tapi rasanya aku dah tak perlu risau pasal kau lagi sekarang. Kau dah ada dia dan kau pun dah tak kisah psl kita, and thats maybe the reason kau buat aku macam ni kan. 

Dah tak banyak aku nak cakap. Everything i did because of our friendship. Ramai org pelik kenapa aku syg kau sangat. Jawapannya sebab kau kawan aku. Sebab kau dulu selalu support aku and you will be there waktu aku perlukan kau. Itu dulu. Disebabkan rasa kebaikkan kau, buat aku perlu untuk jaga hati kau dan sayang kau sangat sangat. Itu sebab aku sangat sayang our friendship ni. But sekarang dh tak macam dulu. Yes everything will chage. Cuma aku tak sangka sebesar ini dan sesakit ini kau berubah. 

Apa aku boleh cakap lagi? Kau jangan muncul lagi dalam hidup aku. Bagi aku kawan baik aku dah mati. 

Monday, April 13, 2015

Rancangan ke Syurga

Bismillahirrahmanirrahim.

Lepas hampir 4 bulan bertunang, baru hari ni aku dengan Sapik bincang pasal majlis nikah. Maybe pada orang lain still awal lagi kan. Tapi kalau ikut plan asal nak nikah bulan 9. Cuma macam tak sempat je. Huuu.

Jadi anjak sikit lah. Tarikh rahsia ok. Hehe. Btw tadi agak serius lah aku dengan Sapik bincang.

Nikah.
Nikah ni takde hal. Cukup syarat utk nikah, dah boleh teruskan insyaAllah.

Tapi yang selalu kita fikir adalah majlis sanding. Resepsi kata orang. Jadi tadi baik baik cakap pasal bisnes terus melompat ke majlis nikah sanding kitaorg.

Benda pertama kitorg bincang adalah tarikh. Benda ni jadi hal sebab aku keje and at the same time doing my part time study. Jadi status pelajar melekat lah kan. Kena tengok jadual cuti sem. Sapik pulak keje kat Joho. Aku KL. Cuti dah lain lain. Jadi kena sesuaikan. 

Benda kedua duit. Duit belanja belah lelaki. Puas aku tanya aku pujuk baru Sapik bagitau pasal situasi kewangan dia. Bisnes dia belum nak jadi sejak bape bulan ni. Banyak modal keluar tapi Allah belum bagi balik agaknya. Tapi ini lah benda paling susah lelaki nak bukak mulut. Ego. Tapi takpe. Aku tau Sapik cuba usaha sendiri. Last last tadi ktorg decide utk organize balik majlis. 

Third, keluarga. Keluarga belah aku insyaAllah takde besar sangat isu. Tapi Sapik kesian lah. Sebab dia ade 3 families. Belah mak dia, belah abah dia, belah ummi dia. Yang ini memang aku takleh nak campur. Cuma dpt bg advise sikit sikit je.

Beb nikah kawen ni betul bukan benda buat main. Apa pun aku syukur sebab masih dapat bincang dengan tunang aku ni. Harap Allah permudahkan urusan pernikahan ini. InsyaAllah.

Sunday, April 12, 2015

Beratnya ujian.

Bulan ni rasa macam bulan yang penuh kesabaran untuk diri aku. Minggu pertama je macam macam benda jadi. Ya Allah. Rasa berat sangat melangkah. Rasa lenguh sangat bahu ni.

Duit hold, kerja menimbun, problem arise, kawan hilang, study pun macam kalut sebab dah nak exam. Macam macam lah. 

Kerja sendiri memang duit pun bergantung kat kerja kita kan. Tapi entah lah. Rasa macam nak tukar kerja je. Try bertahan ni. Tapi kadang tak tahan. Memang bisnes ni nak mula dia susah. Lagi lagi kalau financial resources tu limited. Kena arrange dan allocate dengan baik. Cuma yelah external factors  selalu kacau. 

Pasal kerja. Dapat kerja last minit, projek pun banyak yang pending. Semua ni pun sebab orang lain punya pasal. Part kita dah setel tapi dorang tak setel lagi. Macam mana kan. Geram ada marah ada sedih lagi lah ada. Lagi lagi bila masa dah suntuk then orang yang penting tu tetiba hilangkan diri. Apa kau rasa? Kecewa kan. 

Senang cerita bulan ni banyak sangat dikecewakan dengan orang lain. Agaknya kalau hati ni macam kaca ntah berapa ribu retaknye. Elak pecah je. Retak tampal. Retak tampal. Allah. 

Jenis aku pulak suka diamkan. Lepas tu nangis sensorang. Sadis je kan. Kadang fikir nak mengadu kat tunang tapi bila fikir balik macam takde guna je kot. Dia pun sibuk dengan kerja dia. Macam menggedik pulak nak mengadu. Ntah lah. Dia pun tak tanya. Jadi baik kita diam.

Allah. Aku mohon Kau jadikan aku penyabat, Kau berikan aku ujian.. Aku mohon Kau masukkan aku dalam syurga Mu, Kau berikan aku kesulitan. Aku mohon kau murahkan rezekiku, Kau berikan amanah yang banyak.

Redha ya Allah. Aku redha. Aku yakin setiap yang Kau beri ada hikmahnya. Cuma aku mohon berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ni. Berikan aku kekuatan supaya tak putus asa daripada rahmatMu. Berikan aku kekuatan supaya tak berhenti mentaati Mu.

Friday, April 10, 2015

One sweet day please?

Rindu.

Why we can't get back like old day?

I'm just missing you. Missing our moment. 

Can we have one sweet day one day? Not as a lover but as a friend. A nice friend.

Wednesday, April 1, 2015

Hari jadi si raksasa




Nah. Ini raksasa yang paling menyampah yang paling suka buat aku bengang tapi paling pandai buat aku gelak tak berenti. Hahaha.

30 Mac haritu hari jadi raksasa ni. 26 dah kau kan. Why aku buat entry pasal raksasa ni? 

Saje. Aku kan jenis sentimental. Pe benda yang ade nilai tu lah yang aku post. Hahaha.

Baik. Balik track. 

Dia ni ramai dah kot tau. Kawan zaman sekolah. Kawan tak bape baik lah. Selalu jumpa memasing bertekak aje 2 3 jam. Dah nak balik baru tanya sihat ke tak. Huhu.

Ringkas cerita. Aku kenal raksasa ni masa umur 17, kat pusat tusyen. Aku paling benci kat dia dan kengkawan dia. Suka buli aku dgn kengkwn aku. Lepas habis SPM ktorg dah tak jumpa muka langsung. Tapi naik form 6, ktorg terjumpa balik masa Kem Seni Kebangsaan.

Tapi time tu pun ktorg bergaduh lagi. Malam last baru berbaik sebab kena lantik jadi emcee. After thatttt terus baik sampai sekarang. Hahahaha. 

Yang lawaknya scene gaduh pertama masa dalam lif. Lif penuh dengan peserta dan cikgu tapi dia sempat ejek aku. Dan aku dengan marahnya jerit kat dia "kau dari dulu jahat. Aku benci kau sampai bila bila!". Semua org tgk kitaorg. Dan semua org senyap. Hahaha. Then aku pun keluar lif. Rupanya time tu dia insaf kejap and decide nak jd kawan aku. Ni pun dia yang bgtau after few years ktorg dah berbaik. Haha.

Mcm mana boleh kamceng? Pendek je faktornye. Sesama kena siapkan skrip. Sesama motivate each other sebab event besar. Sesama gigil jd emcee. Hahaha. 

Why aku buat entry ni? Again. Sebab tahun ni tahun last kot kitorg single means bujang. Tahun depan memasing dh tukar status. For sure keadaan takkan sama. Jadi myb 20 30 tahun akan datang aku dpt bacakan balik pasal raksasa ni kat anak anak aku. Hahaha.

Baik. Balik semula pasal kau. 
Kenapa aku boleh sabar je dengan kau? Sebab kau ni walaupun bangang, suka buli aku, kau tetap adakan masa utk datang kat aku bila aku perlu. Walau ada time kau ni ego, degil keras kepala nak mampus, berlagak poyo, kau tetap pinjamkan telinga utk dengar ketakpuasaan aku.

Jadi sempena birthday kau ni, aku doakan kau jadi manusia paling bahagia dunia sampai akhirat. InsyAllah.

Aku harap bakal isteri kau boleh jaga kau baik baik. Nanti kalau dapat anak kembar jangan lupa bagitau aku. 

Cinta tanpa Tuhan takkan bawak kita ke mana. Semoga ada Dia dalam setiap cinta kita. Dan kau sahabat yang tercinta, semoga terus bahagia. Doakan aku juga bahagia dengan dia dan Dia :)


Sunday, March 29, 2015

Bergelar post graduate student.



Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Sekarang ni aku tengah sambung belajar. Master in Sustainable of Development Practise. Tapi part time. Harap dapat habiskan pengajian dalam masa yang ditetapkan. InsyaAllah.

Baru sem 1. Ada 5 sem lagi. Gagah ok!

Btw alhamdulillah. Tak sangka sangat dapat sambung study. Sebab masa degree dulu macam tak bersungguh sangat. Dan memang tak fikir nak sambung. Tapi haritu saja apply dan dengan yakinnya dapat, alhamdulillah Allah bagi rezeki. 

Bila orang tanya amek course apa, susah nak terangkan sebab course aku ni baru. Dan U aku adalah satu satunya U kat Asean yang tawarkan course ni. Yang bangga nya certificate ni boleh guna worldwide. I mean diconfirmkan yang sijil kami akan laku kat peringkat global. InsyaAllah.

Yang penting sekarang aku nak gain sebanyak mungkin ilmu yg Allah izinkan aku belajar ni. 

Memang awal awal haritu aku macam terkedu kejap sebab fikir mana nak carik duit untuk bayar yuran yang cecah 6k setiap sem, mana nak simpan utk kawen tahun ni, mana duit nak roll utk hidup lagi. Tapi lama lama fikir, Allah tahu apa yg terbaik utk kita. Rezeki ni Allah yg bagi, insyaAllah Dia akan bantu dan murahkan rezeki kita yg lain. Yang penting buat suruhan Allah, tinggalkan apa yang Dia larang. Sama sama kita istiqamah ye :)

Hari ni kelas sampai malam. Pagi subjek Human ecology, ptg pulak kelas untuk buat projek/research. Gigih lah jugak kakak belajar guna SPSS. Huhu. Dulu masa degree pnh guna tapi tak paham sgt. Sbb buat asaimen by group kan. Sekarang kena buat individu. Haaa gagah lah kauuu. Haha. Tadi sampai kering otak belaja SPSS tu. Harap aku ingat sampai bila bila cara guna tu. InsyaAllah. Hehe

Oklah. Nak tidur. Selamat malam.

Wednesday, March 25, 2015

Spontan

Alhamdulillah. What a short day sebenarnya. 24 jam ni macam kejap sangat! Kejap je dah ada kt KL balik. Tua kat jalan je kakak cakap. Haha.

Ok apa yang spontan nya? 
Hari ni belajar lagi satu benda baru. Dengan tunang aku lah. If engkorang nak muntah, silakan. Kakak kisah pulak kan? HAHA.

Minggu ni macam biasa, treatment setiap hari rabu kat JB. Treatment tak dapat start pun sebenarnya sebab mesin rosak. Allah sabar jelah. Dtg jejauh mesin rosak.

Tapi rupanya ada hikmahnya. Dapat lah aku pegi lunch dengan tunang.

Memula macam risau Sapik busy kot. Kang dia berhangin aku jugak yang malu. Kacau dia kerja. Tapi fikir punya fikir ahh terus aku whatsapp dia.

+ salam encik tunang aka usahawan muda berjaya. Lunch sama nak?

- salam cik tune. Ok boleh jugak. Pukul 1 tepat kat tesco. Tapi pukul 2 kena masuk ofis. K.

Wahh macam tu aje. Memang tunang aku ni spesis ringkas dan segera agaknya.

Habis makan terus dia balik ofis, aku balik Batu Pahat then 5.30 balik KL. Nampak tak sekejap je kan masa berlalu.

Then apa efek spontan tu sebenarnya? 

Ok. Tadi dh sampai KL baru tunang aku cakap 
"Saya feeling lebih pulak. Macam suami tengah stress kerja tetiba isteri datang bagi semangat. Datang lunch sama sama" (then gelak guling guling)

Nampak? Ayat dia memang macam ropol ropol sangat kauuu. Tapi sebenarnya efek nya si tunang ni rasa motivated balik lah. Rasa bersemangat nak selesaikan kerja.

Tu yang terus larat pegi hiking. Hahaha. Ok abaikan.

Jadinya ada benda kita takut takut dan fikir negatif tapi sebenarnya kalau kita buat aje, dengan niat yg baik, insyaAllah akan bagi benefits kt kita sendiri dan orang lain. 

Oklah. Selamat malam :)

Tuesday, March 24, 2015

Bahagia

Your life is getting better kan?
Alhamdulillah. Me too insyaAllah.

Kadang kadang terlintas jugak. If kita still together mesti kita macam ni, mesti kita macam tu. Its normal kan kalau tiba tiba buat throwback.

Tapi jujurnya, redha dah insyaAllah. Aku yakin kau akan jumpa yang layak untuk kau. Betul.

Bertahun jugak kita pernah rapat. Dekat. Tipulah kalau terus boleh lupa pejam mata. Tipulah kalau langsung takde sayang. Tapi bila situasi dah berbeza, status pun dah tak sama, perlu sangat untuk kita ingat yang kita dah tak sama macam dulu.

Tapi aku tetap bahagia tengok kau gembira. Perasaan "kenapalah kau tak mcm sekarang ni, kalau tak mesti kita still get along" nakal sikit. Ada masa tetiba muncul. 

Moga hati terus kuat ye. Percaya Allah tahu yang terbaik untuk kita. 

Selamat malam. Assalammualaikum :)

Saturday, March 21, 2015

Mood teringin je. Hemmmm

Tak tahu lah kenapa.

Hal dia cuma teringin je. Then bila teringin kakak mesti akan bagitau. Jenis kakak macam tu. Apa kakak teringin mesti kakak cakap. Tapi just cakap je, tak paksa pun untuk dapat time tu jugak. 

Kakak rasa bukan dengan bf kakak je kakak perangai macam ni. Dengan family kakak pun memang kakak macam ni. Apa kakak teringin, kakak cakap. Lambat atau cepat dapat benda yg kakak nak tu kakak tak kisah. Cuma kenapa kakak cakap?

Sebab pada kakak, apa yg kakak teringin tu if kakak dapat memang kakak hepi sangat sangat. Tapi lagi kakak rasa suka sangat if orang yang dengar tu yg dapatkan untuk kakak. Bermaksud tak semua org kakak bagitahu apa yg kakak nak. Katakan kakak teringin makan ketam sambal, kakak akan cakap kat ibu. Tapi tak harap pun ibu buatkan time tu jugak. Then kenapa kakak cakap kt ibu? Sebab ketam sambal ibu lah yg paling special pd kakak. If ibu yg buat, kakak rasa sedap sangat. Jd if ibu free and ibu buatkan, mesti bahagiaaaa kan. Rasa  heaven aje.

Macam tu jugak katakan kakak teringin nak pegi jenjln lat Phuket. Kakak gtau lah tunang kakak, bukan kengkawan ke sepupu ke adik beradik ke. Bukan bulan. Kenapa kakak bgtau tunang? Sebab kakak rasa kakak nak pegi dengan dia. Tapi bukan sekarang, maybe lepas kawen. So biar jelah. Tup tup lepas kawen laki akak bawak kakak pegi Phuket. Haa kan seronok tu. Got it?

Tapi sekarang sedih lah. Sebab pasal pecel lele je kakak dengan tunang bertekak. Huhu. Kakak pun satu kot. Tak reti nak explain kat dia. Dia pula rasa kakak ni mengada dok teringin yg bukan bukan. Last last kakak menangis lah lt bucu katil sensorg sambil terbayang pecel lele tu. T_T

Kakak cakap je teringin. Means nanti nantilah, bila free ade rezeki kakak nak pegi makan dengan dia kat situ. Bukan sekarang. Tapi dia awal awal cakap tempat tu jauh lah tak special lah. Plus dia pikir kakak ni melampau kalau datang teringinnya. Keciwa hati kakak tau. Nangis lagi T_T

Entah sejak sejak ni kakak tak boleh lah tengok dia upload makanan dia. Mesti kakak teringin nak makan jugak. Over pulak kakak rasa. Tapi tekak ni haaa. Mengada.

Ke time time macam ni memang mood perempuan ni pelik?

Time time bulan mengambang penuh ni. Hem hem.

Melawat Indexmall Putrajaya

Wahhh sejak bila kakak cerita pasal benda selain hati perasaan ni? Nampak tak mood ke arah orang rumah tu semakin menonjol? Hahaha

Ok citer dia camni. Dah dua hari kakak rasa rimas sebab bilik dah penuh dengan buku buku study dan fail fail kerja. Tambah printer baru beli lagi. Jadi kakak rasa macam perlu meja utk work station kakak. Nak tambah motivation gituuuu. Jadi kakak pun decide nak pegi Ikea je beli meja kerusi tu.

Tapiiii semua orang tak free. Sorang keje siang study malam, sorang pulak sibuk jaga gelpren, sorang lagi tak reti reti balik rumah. Haha. Tetiba otak kakak yg genius ni terfikir tentang bakal adik ipar yg kat UKM tu. Tapi macam jauh sangat ajak dia ke Ikea dari Bangi tu. Then junior kakak si cik Bibix tu suggest datang Index Mall kt ioi Mall Putrajaya.

Ok Index Mall tu memang sangattt baru. Tapi cantik lah deco dalam dia. Macam macam ada. Meriah! Dapat lah jugak kakak angkut meja sebijik, kusyen sehelai. Haha. Butttt still belum boleh compare sangat dgn Ikea. Ikea still lebih helok dan besarrrrr. Macam macam ade kt Ikea. Yang pada kakak, bestnya Index sebab tak sesak macam Ikea. And ioi Mall tu sangattttt besar! Letih jalan. Hehe. Ok here kakak punya meja.

Taraaa. DIY ok. Engkorang hado? Kakak kejekan sensorg. Takde screw driver takde spanar takde allen key. Last last kakak pakai sudu dengan gunti je. Hahaha. Jadi jugak ok meja kakak. Terer tak kakak? Sniff snifff (bangga)
Rege dia RM 99. Tak tahulah mahal ke tak. Tapi boleh tahan lah mantap kakak tengok. 

Btw thanks adik ipar kakak, Piqa Pikort yg sukarela teman kakak pegi beli. Sayang lebih! Haha. Tapiii yang paling takleh blah terjumpa kakak senior hot masa zaman kampus. Dah jd mak buyung dah dia. Anddd si junior geng markonah. Sekarang tgh jd management trainee kt ioi mall tu. Kerlasss kau nok. 

Muah ciked!


Thursday, March 19, 2015

Terima kasih Cinta

Selamat pagi. Assalammualaikum :)

Hai tunang. Terima kasih sebab pagi pagi dah muncul. I tahu you try ambil hati I kan sebab dua hari ni you sibuk. Haha. We improve a lot kan. Banyak lagi kena ambil tahu. Tentang karier masing masing, tentang keluarga aku dan kau, tentang persediaan kita. Macam kau cakap, ini tempoh yg paling sukar untuk kita. Akan ada kurang dan lebihnya berjauh hati. Harap Allah permudahkan semuanya. Dan untuk apa yang Dia bagi ni, niatkan hanya kerana Dia.

InsyaAllah. 


Cinta, anugerah Maha Esa
Kita gubah kita corak kita lirikkan
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti
Terima kasih cinta, kita kan bersama
Terima kasih cinta, untuk selamanya
Seperti impian yang kita kejari
Semoga bersama hingga ke akhir nanti

Terima kasih cinta
Kau buatku bahagia
Tanpa jemu dan lelah

Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah

-Tasha ft. RJ

Oh genap 3 bulan!

Bismillah.

Esok 20 Mac kan? Jadi esok genap 3 bulan jadi tunang orang. Tapi eksaited nak post hari ni sebab esok mesti sibuk, takut lupaaa.

Haritu aku cakap nak upload gambar tunang. Ah walaupun takde org nak tengok, kakak upload je utk kenangan sendiri. Hewhew.

First, sila abaikan if rasa gambar gambar tu gedik. Sebab aku dengan tunang ni tak reti feeling in love beno. Masih pelan pelan. Jadi gambar for sure macam merepek. Mood kawan baik tu ada lagi. HAHA.

Ni mak mertua aku. Kak Gee nama glemer dia. Kecik molek je. Aku? Nebes nok time ni. Dahlah ramai org plus aku tak kenal sgt family Safiq ni. Huhu.
Ni time Roy a.k.a photographer kitaorg nak shoot. Aku tabik spring ting ting lah kat dia sebab pelamin simple and kecik je tp dia punya sudut sudut tangkapan tu nampak cantik. *bayar ok sebab tu kena cantik. Hahaha. Btw aku tak tahu pun ada photographer awal awal tapi rupanya Safiq dah deal sendiri. Pantas betul tunang aku ni.😂


Kann aku dah cakap. Kitaorg punya gambar banyak yang tak senonoh. Kena snap banyak kali sebab rasa kelakar. Roy sabar je dengan kitaorg yg banyak gelak ni. 

Last last dapat lah jugak gambar yang senonoh. Tapi softcopy dalam cd. Yang dalam fon ni fake betul. Nampak tak muka aku tahan gelak tu. Safiq cool je walaupun berpeluh peluh dia. Nebes nunggu dalam kereta katanya. Kekekeke
Alhamdulillah. Majlis went well walaupun tudung tu beli malam sebelum majlis, pelamin pulak siap 2 jam sebelum rombongan lelaki sampai dan mekap siap time pihak lelaki dah nak masuk rumah. HAHAHAHA. 

Taraaa. Acah acah suwit konon. Haha. Alhamdulillah. Selesai majlis tunang haritu. Cop, hantaran tak nampak eh? Nanti kakak post hantaran pulak eh. 

Ramai kawan dok cakap kaler ktorg ni cantik, matching. Alhamdulillah. Tapi sebenarnya ni bukan kaler yg ktorg nak. Aku nak hijau, tunang nak peach, last last ibu suruh aku pakai gold. And tudung tu kena pakai merah gitu sbb tunang punya kaler baju wane gitu. Kelam kabut lah kakak carik tudung wane tu malam sebelum majlis. Haru + stress + kelakar semua. Syukur dah lepas stage majlis tunang ni. HAHAHAHA.

Oh ya. Yang ada mata tu cincin tunang. Yg belah bawah tu cincin risik masa raya hari tu. Cincin tunang ni pun ada cerita. Ingat nak serah awal seminggu kat Safiq tapi batu dia boleh rosak pulak. Terpaksa tunggu seminggu means sehari sebelum tunang tu baru bagi kat Safiq. Kalut sungguh. Hehe. Tapi design aku pilih sendiri so kiranya takde lah elemen seprais sbb aku dah pegang dulu dh cincin. Yang cincin risik tu je yg Safiq beli sendiri, pilih design sendiri and main ukur kat jari dia sendiri. Syukur muat! Pheww. Tu yg cincin risik mcm lebih sentimental value kot walaupun lebih murah drpd cincin tunang. Kehkehkehkeh

So next stage insyaAllah. Moga Allah berkati hubungan kami dan diredhai niat kami ini.

Wednesday, March 18, 2015

Perlunya bawak telekung sendiri.

Haha. Tetiba. Selalu tu post perasaan je kan.

Since aku selalu travel a lot. Dalam Semenanjung je. Lately KL-Johor. Dan selalunya aku drive lah sensorg dan for sure akan berhenti beberapa RnR untuk solat dan urusan bilik air kan.

Jadi sepanjang habiskan masa atas highway ni memang selalu lah kena jama' dan qasar kan. Nak dijadikan cerita pernah lah aku berhenti kat hentian mana ntah, nak solat maghrib tak silap. Time tu punyaaaalah ramai manusia. 

Waktu pun dah hujung hujung coet je, kelam kabut kakak amek wudhu then cari telekung. Tapi telekung habisssss. Pastu yang kakak hangin bila manusia yang pakai telekung tu dah siap solat tapi dok pakai jugak sambil duduk atas sejadah. Nak tunggu isyak ke hape.

Tapi lama kot jarak masa nak ke isyak tu. Sempat tau solat maghrib plus solat sunat. Huh.

Then yang tambah bara ni bila manusia manusia tu main henpon pulak. Skrol fb lah main kendi keras lah. Sakit pulak hati kite ni ha. Kite dah lah dah lambat, penat lagi. Sabar betul. Berkat kesabaran tu ada lah hamba Allah yg baik hati agaknya sebab tengok muka aku macam beruang dah. Sempat lah jugak aku solat jamaq terus. Huhu.

Since hal macam tu aku dengan yakin dan rajinnya bawak telekung. Haha. Kbai.

Saturday, March 7, 2015

Serahkan segala pada Dia

Assalammualaikum.

Berhari hari aku cari ketenangan. Bina kembali kekuatan. Rupanya semua tu depan mata.

Hari ini. Lepas sujud kepada Dia, hati aku seakan disentuh. 

Aku terfikir mungkin Dia sudah terlalu rindu kepada aku. Sedangkan aku telah terlalu menjauhi Dia. Mungkin sedih yang Dia bagi ini sebagai tanda untuk aku kembali pada Dia.

Mungkin dah lama sangat aku tak merayu cinta Dia. Mungkin dah lama sangat aku tak meminta kasih sayang Dia. Mungkin dah lama sangat aku tak nikmati keajaiban dan kekuasaan Dia.

Lama. Sujud kali ni lama. Semua aku luahkan.
Tiba tiba tenang. Saat aku serahkan semua kepada Dia, aku rasa tenang tu muncul. Alhamdulillah.

Percayalah. Serah semua pada Dia. Lepaskan, luahkan. Percaya dengan Dia.

Wednesday, March 4, 2015

Jangan biar aku putus harapan.

Lagi sekali. Terduduk kat tangga.
Dulu pernah, terperangkap dalam ofis. Means tak boleh nak keluar, tak boleh jugak nak masuk duduk dalam. Last last terduduk kat tangga sambil cuba bertenang.

Lately ni terasa ya Allah letih sangat. Dengan kerja, dengan study, dengan perasaan.

Rasanya dah bergelen gelen air mata keluar kali ni. Tak tahu sama ada aku terlalu lemah sebab sikit sikit nak menangis atau aku masih kuat sebab buat jugak, teruskan jugak semua ni walau mata ni asyik bocor aje. Hehe.

Hari ni pergi hospital, then pergi supplier aircond, pergi bank, pergi ofis. Then kereta pulak abg ipar bawak sebab dia nak patah balik hospital dan aku tak boleh masuk ofis sebab kunci rosak. Bila call mintak tolong, sorang pun tak available. Dan last last tak tahu nak mintak tolong sape. Terduduk lah aku kt tangga ni sambil tunggu kot kot ada yg sedar ketakwujudan aku ni. 

Hai lah hati. Penat kan tahan perasaan. Rasa letih sangat. 

Bertambah letih bila kita sorang sorang. Walau tahu Tuhan ada tapi tetap rasa macam Ya Allah sedih. 

Orang yang kita harap untuk ada dengan kita, takpun untuk ambil tahu pasal kita, sokong kita, tapi tak ada. Sengaja tak ada. Kecewa sangat sangat kan. 

Kadang terfikir. Kalau semua benda kita kena buat sendiri, apa guna fungsi kau sebenarnya ye? 

Mungkin tak terasa sangat kecewa + penat ni kalau at least ada fungsi kau tenangkan aku kat sini. Dia bukan kau kena datang peluk orang tu. Tak. Just concern dan prihatin. Itu je kan. Tapi kenapa susah sangat ye? 

Sampai bila aku nak terduduk kat tangga macam ni? Lepas semua aku dah buat tapi masih lagi takde sorang pun perasan aku terperangkap sorang sorang kat sini. Lepas semua aku dah buat tapi yang aku terima cuma alasan demi alasan semata. 


Allah. Kuatkan aku Tuhan. Jangan biar aku putus harapan. 

3.15 pagi

3.15 pagi.

Baru dapat letak kepala kat bantal. 
Terasa cepat sangat hari ni. Macam banyak sangat benda yang tak sempat di buat.

Pagi pagi lepas siram pokok orkid ibu, terus jumpa owner ofis. Lepas tu tekan minyak pegi bank. Setel withdraw cepat cepat pegi belikan kelengkapan kakak kat wad. Lepas tu drive terus pegi hospital sampai tepat 12.30 tgh. Gitu gini pukul 2.45 ptg pegi jumpa supplier perabot. Pukul 5.30 patah balik hospital. Pukul 7 berkejar ke carik barang utk ofis. Selesai solat maghrib, pukul 9.00 mlm terpacak depan ofis. 9.30 malam baru dapat masuk ofis. Mop, cat, angkat barang, jumpa kontraktor. Pukul 2 pagi keluar dari ofis. 2.30 pagi sampai rumah, ibu dah tido. Dan sekarang 3.15 baru dapat landing atas katil.

Alhamdulillah. Nikmat betul lepas seharian habis masa kat jalan.

Tuesday, March 3, 2015

Ego. Batu.

Aku dapat tahu kau memang begitu.
Ego. Jenis tak nak ambil tahu.

Kau boleh terus begitu.
Asalkan kau duduk sorang sorang dalam gua batu.

Jangan datang jumpa aku.
Kalau kau masih begitu.
Ego. Kepala batu.

Tapi sila datang pada aku.
Bila kau dah boleh ucap "maafkan aku".

Sunday, March 1, 2015

Panas mata.

Tak tahu lah pulak kenapa tiba tiba mata panas.
Allah.

Satu satu Allah uji.
Satu satu Allah beri.

Moga sunyi ini bukan alasan untuk larikan diri. Bukan alasan untuk putuskan tali. Bukan alasan untuk mungkir janji.

Moga Allah tetapkan hati.


7 hari

Apa aku bebel kat entry yg lepas pun aku tak tahu. Tu lah sibuk sangat nak meluah time mengantuk. Haha.

7 hari kan babe. Cukup 7 hari dari hari kita berkonfrontasi tu. Hehe. Aku ingat lagi waktu first time kita perang dingin. Masa tu 3 hari tak contact. Tapi rasa macam lama gilaaa. Sekarang, 7 hari. 

Rasa macam "ehh dah 7 hari dah". 

Ikut hati yang perempuan ni, menangis lah jugak. Tapi takpelah. Macam kau cakap "kita belum halal". Jadi hati kena kuat. Aku tak nak jadi perempuan murahan, perempuan yang menyebabkan lelaki jauh dari Tuhan.

7 hari ni banyak perkara aku belajar. Belajar sabar, belajar hargai, belajar untuk faham hidup ni tanpa kau. Aku tak tahu kau atau aku akan pergi dulu. Mungkin Tuhan mahu aku belajar hidup tanpa kau. Supaya kalau kau pergi dulu aku masih tetap kuat. Supaya kalau kau pergi dulu aku akan tetap berpegang pada Dia. Supaya aku tahu bahawa takde yang kekal selamanya kecuali Dia. 

Mungkin. Sangka baik. 

Apa pun, waktu kau takde ni hidup aku masih alhamdulillah baik. Aku dah start kelas untuk master. Aku dah start projek baru. Aku harap kau pun baik baik jugak. 

Nanti bila kau tidur, aku harap Tuhan bagi aku muncul dalam mimpi kau. 

Supaya aku dapat cakap "aku doakan setiap apa yang kau ingin, Allah makbulkan".

Moga tujuh hari kita berjauhan ni tak kan buat kita jauh dari Tuhan.



Thursday, February 26, 2015

Bunga api

Malam ni malam orang orang cina ni bergembira sakan dengan mercun and bunga api. Patut lah dari pukul 8 malam tadi sampai sekarang nak dekat pukul 1 pagi dok meletop letop je.

Gigih lah aku berlari keluar then matikan lampu beranda konon konon nak feeling tengok bunga api tengah malam, sambil nampak bintang terang. Macam drama. HAHA.

But the real nya memang suka pun tengok. Cantik gila SubhanaAllah. Tapi tu lah fon murah. Tak dapat amek clear view. Iphone 5s je kot. 😂

By the way, rindu. Rindu nak celoteh dengan Encik S. Setiap kali bercakap dia je nak cakap banyak. Sampai kadang kadang aku terpaksa potong. HAHA. Realitinya memang rindu. Tak tahu nak cakap rindu macam mana. 

Yeah. Aku ni boleh tahan jugak bab berangan. Aku cuma harap one day aku akan tengok bunga api dengan my beloved one. Dari atas bukit. Dari awal sampai habis bunga api tu. Feeling kan aku. HAHA. So aku list kan siap siap apa yang aku berangankan nak tengok dengan dia. If dia terbaca dia tahulah apa aku nak. HAHA.

1. Tunggu KLCC padam lampu.(ini dah buat tp fiq bengong yg teman. So still valid lah kan. Hehe)
2. Duduk tepi pantai sambil tengok bulan terang. (Ini dah buat tapi masa tu takde feeling. So kena repeat!)
3. Duduk tepi laut tengok sunset.
4. Tengok bunga api dari atas bukit. Tak kira lah Bukit Ampang ke Bukit Layang layang ke. haha.
5. Pergi umrah dan haji sesama.

Haish banyak kan list aku. Hehe. Takpe, niat je dulu. InsyaAllah dapat.

By the way, aku harap sangat kau dah tak marah aku sangat. Aku rindu kau.


Wednesday, February 25, 2015

Baru bulan kedua

Bismillah.

Mata ni tak boleh nak lelap. Dari tadi tengok movie apa apa ntah. Kejap citer itu kejap citer ini. Dengan harapan dapat lupakan sikit masalah kitaorg tp aku tetap jugak fikir pasal tu.

Allah.
Mana ntah pergi kata kata semangat tak nak cepat down tu. Padahal dulu masa awal awal tunang aku dah tampal kuat kuat dalam hati supaya tak cenggeng sangat, kena kuat, kena selamba, redah apa aje. Tapi baru sikit macam ni dah panas je mata ni. 

Ujian ujian. Syukur lah keje aku sekarang belum sibuk sangat. Ada jugak masa untuk duduk lepak tapi cuma habis masa kat jalan je lah. Tapi memang ujian lah. Aku fikir takde apa masalah sangat timbul tapi ada jugak.

Tak tahu lah nak buat macam mana. Makin hari makin hilang rasa yakin tu. Macam dah tak berani. 

Harap masalah ni sekejap je. Harap rasa tu datang balik, macam mula mula aku terima kau dulu.

Saturday, February 21, 2015

Aku berhenti.

Aku mengaku kalah ya Allah.

Bertahun aku jatuh. Aku bangun lagi. Walau jatuh tempat berbeza, luka masih tempat sama.

Hari ni aku berhenti ya Allah. Aku berhenti untuk berlari di jalan yang sama. 

Berkali jatuh. Tapi kali ini aku dah tank sanggup lagi untuk berjuang. 
Mungkin rezeki bukan dalam perjuangan yang ini.
Mungkin rezeki untuk aku memang bukan dalam hal ini.

Kuatkan aku wahai Tuhan.
Untuk berhenti berjuang. 

Untuk memulakan sesuatu itu memang sukar.
Tapi untuk berhenti melakukan juga sebenarnya lebih sukar.

Friday, February 20, 2015

No more, not less.

I have nothing to do with you. Same goes to you.

Me and you, both of us have a dream. However we can't dream together. Because our path is different. The line is same but we're not cross each other.

Me and you, both of us already have our destiny. Meeting you is not a coincidence, but it is planned as Allah's order. 

Let live our life as what we have today. Don't expect more, don't pray less.

Have faith.

Wednesday, February 11, 2015

Knock knock

Its already three days.

Friday, February 6, 2015

Bekas kekasih kahwin

Haha. Sadis tak ayat aku. Saja je buat entry ni.

Hari ni bekas kekasih aku zaman sekolah tingkatan 6 bersanding. Semalam dia nikah. Next week belah dia pulak, tak tau nak datang ke tak sebab dia dah jemput. 

Alah ni bukan cerita sadis sangat dan bukan cerita cinta hati kecewa melara. Cuma pada aku dia ni lelaki pertama yang aku kenalkan dengan keluarga. Yang memang aku fikir nak kahwin dengan dia. Haha. Tapi jodoh tak panjang. 2 tahun bercinta nok. Yang sadis time putus tu lah. Haha. Kenangan bercinta tu memang manis lah. Amek masa jugak untuk kitaorg jadi kawan balik. Maybe sebab aku yg lambat move on. Kahkahkah.

Jadi, H, Selamat Pengantin Baru kawan. Semoga kau bahagia hingga akhir hayat. Walaupun sampai sekarang aku tak nak tengok muka isteri kau tu. Kau tau kenapa kan. HAHA. 

Xoxo

Sunday, February 1, 2015

Surpriseee!!!!

Lambat sebulan. Aku rasa antara banyak banyak hari jadi, ini yang agak rare. Nak kata sweet bersemut pun boleh lah. HAHA.

Lokasi : Bukit Ampang
Waktu : 11 malam

Tak sangka pulak Inche Safiq celebrate birthday aku malam tu. Aku ingat dia cuma nak bagi hadiah aje. Rupanya siap kek berlilin lilin nokk. Tepi bukit pulak tu, tambah pulak view cantik plus stall banyak and orang ramai gilaaaa.

Dan yang paling aku tak sangka dia boleh komplot dengan Hilal and Mira utk buat surprise. Ciss sungguh mereka berdua. Haha.

Nak cakap pasal terkejut, yes terkejut gilaaa. Aku boleh pelik tengok sorang mamat ni macam berapi rupanya tunang sendiri pegang kek ada lilin. Haha. Apa lagi, gua bantai gelak kaw kaw lah. Terharu ada, kelakar ada, kagum ada, segan lagi lah tak boleh cerita 😂.

Dan penat gelak, tiup lilin, cakap terima kasih, and potong kek, baru perasan kek tu kek blueberry and cheese! Aku ni dah lah tak makan sgt cheese ni. Alasan dia, dia lupa aku suka cokelat and kurang mkn cheese. Dia ingat aku suka cheese and tak boleh mkn cokelat. Ini lagi haru. Alahai.

Btw, thanks dear. Thanks for the cake, thanks for the gift and thanks for the moment. You made my day and night, my dream and life. Thanks a lot. May He grant you a full of joy and happiness for entire of your life. Thanks for step into my life. 

Thanks buddy, thanks boyfriend, thanks my future partner for life.

Tak sangka awak ni sweet jugak ;)

Nabilah Khanafi


Wednesday, January 28, 2015

Aku sedih.

Aku sedih.
Melihat sahabat seperjuanganku sewaktu di bangku sekolah
Kini
Menanggalkan tudungnya
Mengecilkan bajunya
Memendekkan kain sarungnya
Menampakkan auratnya 
Kepada mata mata jahat dunia.

Sedangkan aku ingin bertemu mereka di syurga sana.

Aku sedih.
Melihat sahabat sahabat sepermainan ku 
Sewaktu di alam remaja
Membiarkan tubuh mereka
Dipegang dihinggap disentuh dan dijilat
Makhluk makhluk kotor bernama manusia bertopeng nafsu yang menguasai jiwa.

Sedangkan aku ingin bersama mereka di syurga sana.

Aku sedih melihat diri ini
Yang masih berhempas pulas mencari dan mengemis cinta Ilahi
Kerana telah mempersiakan separuh umur ku sebelum ini semasa mengejar duniawi
Kerana tidak pernah saling menasihati diri dan sahabat sendiri
Tentang seksaMu di akhirat nanti

Sedangkan aku lihat masih terlalu ramai sahabat ku itu dibayangi api. Dan aku juga takkan dapat menyelamatkan diri sendiri bila tiupan sangkakala Mu berbunyi.

Tuhan
Bantulah mereka, bukakanlah pintu hati mereka, kasihkan lah mereka, selamatkan lah mereka
Dari azab akhirat Mu, dari panasnya api nerakaMu

Tuhan 
Bantulah juga aku untuk terus istiqamah dalam mencari redhaMu
Kerana aku sedar, masih banyak lompong dan longgar imanku.

Kerana aku ingin bersama sama mereka di dalam mahligai syurgaMu.

Saturday, January 17, 2015

Confession Pasca Tunang 1

Tetiba rindu kat tunang sendiri. Kbai.

Sunday, January 4, 2015

Dah recover!

Yeay! Alhamdulillah.

Hari ni dah agak sihat. Dah boleh bangun jalan jalan dalam rumah.

Tadi pun abang ngah sampai bawak si aisy kecik. Hilang rindu kat budak kecik tu. Semalam siap mimpi mimpi lagi. Hehe. 

Dah boleh makan tapi masih tak boleh telan nasik. Tadi pun makan tak habis. First time kot makan tak habis walaupun sedap. Memang tak boleh telan sangat ke apa? Isk isk.

Apa apa pun alhamdulillah. Hari ni dah lebih baik. Yang penting dah boleh bangun. Esok dah masuk ofis.

Alhamdulillah. Permulaan tahun yang sangat bagus. Mula mula je Allah dah uji. Demam betul betul masa hari lahir. And kereta pun kena langgar masa hari lahir. Hehe. Takpe tu semua ujian. Allah uji kita tanda Dia sayang. Tanda Dia ingat kita, kita je selalu lupa Dia. 

Dah dah. Jom kita senyum! Senyum tak kena bayar apa apa kan? ☺️

Friday, January 2, 2015

Kalau ini yang terakhir.

Kalau ini nafas aku yang terakhir,

Tolong jaga diri.
Tolong sarapan setiap pagi. 
Tolong buat sit up setiap hari.
Tolong jangan ambil dinner berat bila keluar malam.

Tolong minum air mineral banyak banyak.
Tolong drive kereta elok elok.
Tolong jangan buang janggut manis tu.

Dan banyak lagi...

Tapi yang sebenarnya. 

If this is my last breath, I really want you to know I love you.
Never hold any anger on you.
And I really missed your smile.

Jaga diri. Hidup baik baik.


Nabilah
3 Jan 215
00.02 am

Thursday, January 1, 2015

It is my birthday.

At last. Yes, I am still a woman. A girl who turn to 26 years old this year.

Rasanya tahun ni macam pelik sikit. 

Ibu wish awal pagi tadi. And I got very first wish from someone.

And 2 mins wish from my fiancee. The word is "selamat hari tua" "happy birthday and ok lah nak tidur".

What kind of wish is that? 

Agaknya orang tak sihat ni memang cepat sensitif kot. Laju je nak nangis because ye lah we all expect something special from special person in our life kan. Lagi lagi tak sihat and ntah. I feel something weird lah lately. 

Dah lah takpe. It's only the birthday. Ntah esok lusa kita dah mati, jadi birthday is nothing to count anymore right. 

Good year. Good life. Good health. Good love. InsyaAllah.

Happy birthday Nabilah. You are now 26!