mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Wednesday, December 26, 2012

Niat Jatuh Cinta



Beb, tadi aku survey-survey benda best kat Facebook, lepas tu tertengok video kahwin Maria Elina (blogger femes katanya). Lepas tu aku view lah blog dia. Not bad lah. Tak tau nape dia femes. Ok, aku bukan nak cerita pasal dia. Korang google lah dia sendiri.

Tapi aku tertarik dengan statement dia (tak tau kat entry mana. haha). Lebih kurang macam nilah ayat dia :

he said, from the time he fell in love with me, he wanted to marry me.

me?

of course i wanted to marry him too.


Masa ni dia bercakap pasal suami dia lah. Aku tak amek port sangat pasal jiwang tu tapi lepas tu aku terfikir. Kalau kita jatuh cinta, pastikan niat kita adalah untuk berkahwin dengan si dia. Kalau korang rasa niat macam tu tak timbul, adalah baik korang jangan bercinta. Sebab bercinta kalau untuk suka-suka ni buang masa beb. 

Jadi, aku pun semak balik hati ni, apa niat sebenar aku jatuh cinta? 

Korang pulak macam mana? 


#niat utama wajiblah kerana Allah S.W.T

Monday, December 24, 2012

Muzium Perang Penang

Macam banyak sangat teks kat entry sebelum ni, jadi malam ni aku nak upload gambar-gambar lah. Snap gambar ni masa kitorang (aku, shikin, mira, bibix, hilal dan mus) pergi merayap ke Muzium Perang. Dah lama simpan niat ke sana sebab ramai kata tempat tu "keras". Sebelum tu nak share info sikit lah. 

Bayaran masuk RM20 seorang untuk siang hari. Kalau malam RM35 seorang. Kalau bawak 40 orang keatas boleh dapat RM15. Kalau datang sini,pastikan korang berkasut sukan ok. sebab kawasan ni luas berbukit. Kalau pakai heel konpem korang akan jalan kaki pusing kubu ni. Btw, muzium ni bekas kubu British masa Perang Dunia kedua dulu. 

So enjoy lah pic ni semua :)


pintu masuk

baru hiking tapi dah tinggi,  boleh nampak jambatan kedua penang

replika pertama yang kitorang "nodai" haha


kami tak sah kalau tak bergambar. haha


Kat bawah ni pulak antara gambar-gambar masa kitorang panjat terowong. tinggi terowong ni dalam 9meter. Aku memang tak pandang bawah lah sebab gayat, tambah pulak bawah tu gelap. kot-kot ternampak entiti ke. memang payah lah. haha

mira steady je, bawah dia aku tunggu turn. huhu


ni pulak shikin. dari jauh dah senyum.


hilal muat okeh!

yeay, berjaya panjat!!
ni dalam terowong untuk tentera larikan diri
Lepas panjat terowong, kitorang terus naik lagi sampai puncak. macam-macam ada. tapi kitorang kehausan. so korang kalau nak datang sini jangan lupa bawak air sebotol dua ok. kalau yang fit macam aku ni takpelah. haha. okeh, gambar seterusnya!!!


tempat askar meninjau.

sempat posing ala model. puii

okeh, setakat ni dulu aku upload. sebab banyak sangat gambar. walaupun kamera mus abes bateri, kamera pink hilal masih ade. haha. lagipun aku upload banyak-banyak bukan ramai tengok pun. haha. ah tak kira, blog aku, aku punya suka! heee. Apa pun syukur, kami tak diganggu oleh apa-apa yang tak elok. tapi pesanan, korang kena jaga tingkah laku ok.

Nite chuolsss -_-




KAMI DAH SAMPAI, ANDA BILA LAGI? HAHAHA


Beep. Beep

Pesanan penaja :


Beb, jangan pressure orang lain lebih-lebih sebab kau tak kan tahu mungkin orang yang korang buli tu anak cucu Hulk. 


Jangan Malas Mandi :)

eiii malasnya nak mandi! hehe. sebab bukan busuk sangat. tadi pun keluar pergi makan kat kafe tu. huh
tapi disebabkan Allah bagi cuti ni,kenalah bersih-bersihkan diri sentiasa. 

Rasulullah pernah bersabda :

Antara sunnah para Rasul adalah malu, memakai wangian, bersugi dan berkahwin.

Jadi jomlah kita berwangi-wangian!

Assalammualaikum :)

Friday, December 21, 2012

Kita Dan Kawan

Pagi ni agak takde mood. 

Yup, aku bara gila pagi ni. Beb nasib kau kawan aku. Kalau ikut hati aku ni dah lama dah aku maki kau dari jauh. Tapi aku masih lagi perempuan yang ayu dan sopan santun. *sarcastic mungkin.

Macam ni lah. Korang kalau berkawan jangan bagi kawan tu makan hati banyak sangat. Kita mungkin ada kawan yang selalu gelak sama-sama, ada masa dia suka mengadu sampai nangis-nangis kat kita, sampai bengkak-bengkak mata. Tapi jangan sesekali memperkecilkan dia. Sebab dia pun manusia biasa. Korang pun manusia biasa. Tak kan sepanjang masa korang lebih bagus dari dia. Dan macam tu jugak dia, tak kan seluruh hidupnya penuh gelak tawa atau berlinang air mata. 

Mungkin kita selalu anggap dia kasar, dia pentingkan diri tapi jangan pernah kita lupa bahawa kita pun macam tu gak kadang-kadang. Aku pernah dengar lah orang tua-tua kata, nak tau seseorang tu macam mana,tengok pada sahabatnya. Serius beb, perangai sahabat tu sedikit sebanyak ada sama dengan perangai kita. Tapi bukan semua lah. 

Jadi, aku fikir punya fikir, "mungkin perangai aku pun macam ni jugak. macam mana dia sakitkan hati aku masa ni, agaknya dulu aku pernah sakitkan hati dia macam ni jugak"

Nampak tak beb? Jadi bersederhanalah dalam setiap perkara. Tapi tak normal namanya kalau kita tak rasa marah. Sedangkan Rasulullah pun pernah didatangi dengan rasa marah tapi Baginda dapat hadapi perasaan ni dengan tenang.

"Kalau kita tak dapat ikut semua cara Rasulullah,jangan kita tinggal semua sifat Baginda"

Assalammualaikum :)

Hurt 12

People usually change for two reasons : 




Its either they have learn't a lot 

Or

They have been hurt a lot.



.......................................................................

I'm Not Mad But I'm HURT.




Tuesday, December 18, 2012

Be Strong. Be Strong. Be Strong.

Terus TABAH
Terus KUAT

Kau Yang Terbaik. Percayalah. Allah akan gantikan sesuatu yang hilang dari tangan kita dengan sesuatu yang lebih baik.

Nak tau sebab apa? Sebab Allah hadirkan sesuatu itu bukan saja-saja. Dia mahu kau gunakan akal kau untuk berfikir,  untuk menilai apa yang terbaik untuk kau.

Bangun. Belum terlambat untuk kau berlari. Lari jauh-jauh. Kejar impian kau, kejar cita-cita kau, kejar hidup kau. 

Terus berlari. Lari dan lari.

Sampai masa kau akan TERBANG TINGGI.


Hidung Berhingus Hati Berkecai

salam sejahtera ke atas awak semua.

poyo tak tajuk entry hari ni? tetibe teringat cara Johan cakap "poyo" masa Maharaja Lawak Mega haritu. hehe.

dah beberapa hari aku bersin tak henti-henti tapi hari ni paling banyak kali. nak study pun rasa tak selesa. tisu pulak dah habis buat lap hidung. sroot. sroottt

pasal apa entry bunyik macam tu, apa kaitan hidung dengan hati kan beb?. sadis lah nak cakap. 

korang pernah tak rasa berharap sangat kemudian tak ditunaikan. lagi-lagi dalam keadaan korang yang memerlukan perhatian dan kasih sayang ni (demam lah maknanya. hehe). berapa hari dah En.FR sibuk beb. aku yekan ajelah. malas nak bising-bising sebab dia sibuk dengan viva dan FYP. tapi perempuan kan, biasalah nak ada yang bagi perhatian. terutamanya dalam keadaan tak sihat ni. sebulan kot aku tak jumpa dia. tak kisah pun tak jumpa sebenarnya. haha. tapi pandai-pandailah amik hati.

ni lah yang orang lelaki selalu pandang ringan. pandang sebelah mata. masa mula-mula mengayat, pehhh kalau boleh henpon tu penuh dengan mesej berbunga bagai dari korang (orang lelaki). tapi bila dah diterima, jangan kata telefon. mesej pun jarang gila. tapi aku pun bukan suka sangat hari-hari nak berhubung. cukup lah tanya khabar amik berat. lepas tu buat kerja masing-masing. habis cerita bro.

dah lah malas aku nak cakap banyak. mata pun makin berat, hati pun makin sakit. takpe,lepas ni aku tumbuk-tumbuk bantal taik tu. (tanda protes).

sekian.

#bantal taik tu bantal bentuk taik, hadiah besday aku. tlg jgn rasa aku pengotoq. :)


Monday, December 17, 2012

dua bab!

Selamat sejahtera ke atas kamu :)

Alhamdulillah, hari ni dah abis baca dua bab untuk subjek "Business Ethics". Dah berapa hari aku bermalas-malasan, tidur awal,bangun lewat. hehe. Jadi mulai hari ni (Isnin), aku kena mula ulang kaji beb. sem ni aku ada 4 subjek nak kena "cover". lepas tu sem depan praktikal. yeay! tak sabar nak jadi orang yang berkerjaya. haha

semalam sempat berborak dengan kakak kesayangan hamba, dengan bangganya dia mms gambar hadiah hari jadi dia. jam tangan TISSOT youuu! tu lah jam tangan impian aku tau tak?! takpelah, belum rezeki lagi nak dapat. erm, mungkin boleh masuk dalam "wish list" ? hehe.

ok, cakap pasal tarikh exam, kertas pertama aku jatuh betul-betul masa hari lahir aku, 2 Januari. bak kata Shikin "hadiah hari jadi Kak Bell tu". tak tau nak bagi perasaan apa. blur. uhuk.

last exam pulak lama wooo. 17 Januari. sebelum tu ada gap seminggu. nampak tak permainan dia? orang yang susun jadual ni saja nak bagi aku menginap lama-lama kat USM ni. mungkin nak bagi aku habiskan sisa belajar ni puas-puas, ronda-ronda Penang ni. haha. erm, banyak kenangan sebenarnya bila masuk USM ni. manis, pahit, masam, kelat-kelat kecipir. (kecipir?? kacang botol lah) hewhewhew

oklah, beradu dulu. terima kasih kerana membaca ;)

selamat malam kamu semua.

Friday, December 14, 2012

hujung-hujung sem

yeayyyyyy!!! semua asaimen dah siap hantar. tinggal dua kelas je lagi, itu pun untuk tip2 sebelum final exam. rase ringan sangat sekarang ni sebab semua keje dah habis buat. boleh dikatakan semalam seharian aku duduk dalam bilik beb. betul-betul jadi anak dara pingitan. haha

tapi yang tak boleh blah nye, rumate aku boleh pulak berkurung kat makmal komputer, masuk hari i dah 3 hari die duduk dalam tu. excited tengok youtube agaknye. maklum lah pihak U block youtube. terima hakikat lah sebab dorang bagi wifi free kan. haha.

tapi yang janggalnya, bila dah takde keje ni rase tak best. sebab apa? sebab duit tinggal RM150 je beb. nak pergi meronggeng memang tak lepas lah. nak pergi berjalan pon motor tak sihat sangat. betul-betul ikat perut beb. nak makan tengahari pon takut. haha.

sebelum ni tak pernah rase sempit sangat macam ni. lepas kena ragut tu Ya Allah, rase terjejas sikit lah. syukur masih dapat bertahan beb.

takpe, kena sabar okay. semua ni ada hikmahnya. insyaAllah, aku dapat keje gaji ribu-ribu. mane tau kan. tuah ayam nampak kat kaki, tuah aku mungkin tahun dpn?

Amin. ;)