Kau tahu, apa lagi yang sukar untuk aku?
Bila sampai masa kau perlu lepaskan seseorang yang bertahun kau letak dalam hati. Tanpa dia tahu dan kau juga tak mahu dia tahu.
Kau tahu, apa lagi yang sukar untuk aku?
Bila kau perlu buang segala kenangan dengan seseorang yang bertahun engkau simpan. Yang tak perlu kau buka lembar satu satu isi kertas, yang segalanya kau boleh ingat dan bayang dalam sekali nafas.
Kau tahu apa lagi yang sukar untuk aku?
Bila kau perlu padam segala momen kau dengan dia, dalam keadaan kau tak sedia. Dan dalam keadaan kau dengan dia jadi jauh tiba tiba.
Kau mahu tahu lagi apa yang lebih sukar untuk aku?
Bila segala rasa, kenangan dan memori kau dah berjaya humban jauh jauh, tiba tiba dia datang tanpa suara. Tanpa kata kata. Sedangkan kau tak dapat tanya apa apa.
Berapa lama lagi hati kau perlu aku jaga?
Berapa banyak lagi rasa kecewa singgah dalam dada?
Kau tahu apa yang betul betul sukar untuk aku?
Meninggalkan kau tanpa tahu apa yang ada antara kita.
No comments:
Post a Comment