mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Wednesday, May 30, 2012

chill lah!


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihla
h kerana anda tidak mahu memahami orang lain.
Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.
Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah kerana anda belum buat persiapan.
Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah kerana anda pernah tidak menghargai orang lain suatu ketika dahulu…

Ketika hati brsedih kita perlu untuk memilih..
Pilihlah untuk senyum, walaupun kita memiliki sebab untuk muram..
Pilihlah untuk bangkit walaupn kita telah jatuh dan malu..
Pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita ada alasan untuk kecewa..
Kerana ingatlah.. ALLAH sentiasa bersama orang yang bersabar.

inspiration from: diarihati.

hanya pada Mu

Ya Allah,


kuatkan hati ini, kuatkan iman ini, kuatkan akidah ini..


Ya Allah,


aku rela Engkau matikan cinta ini
aku rela Engkau padamkan kasih ini
aku rela Engkau kuburkan sayang ini
seandainya cinta ini menjauhkan aku dari cinta Mu..melalaikan aku dari mendekati Mu..


Ya Allah,


berulang kali air mata ini mengalir bukan kerana Mu
berjuta kali hati ini menangis bukan kerana Mu
namun Engkau masih bersama ku...


ampunkan aku..


wahai tuhan yang maha luas rahmatnya.








Friday, May 11, 2012

ibuku syurgaku

Assalammualaikum..


akhirnya setelah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, sempat juga aku buka blog yang lapuk ni. rase-rase berhabuk tebal 8 kaki agaknya sebab dah lama aku tinggal. haha. 


ok hari ni baru je habis persidangan Parlimen Belia Malaysia (percubaan) yang berlangsung di Palace of The Golden Horses. penat weh, walaupun tak lah kena cangkul parit ke tebang pokok ke tapi tetap penat sebab memerah otak untuk mencari persoalan-persoalan, cadangan-cadangan untuk diusul atau dibentangkan di parlimen ni. ingat senang ke??


sebab apa aku cakap macam tuh sebab ahli-ahli parlimen lain semuanya hebat-hebat giler!!! tapi aku pun hebat jugak sebab berpeluang bertanyakan soalan kepada YB Menteri Belia dan Sukan secara langsung. itulah orang kata, tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia Allah je yang tahu. hehe. ok tak nak bercakap pasal Parlimen Belia Malaysia (percubaan) ni panjang-panjang sebab entry aku tentang kekangan masa.


bila difikir-fikirkan balik, memang aku tak cukup masa. ke sana, ke mari sebab terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang pelbagai sama ada dalam kampus atau luar kampus. pernah satu hari (dalam minggu lepas) aku penat giler sampai satu tahap tak tertanggung dah rasa bila kerja-kerja datang bertimpa-timpa. masa tu Allah je yang tahu apa aku rasa. akhirnya, tumpah jugak air mata yang dah lama tak mengalir nih. huhu. alhamdulillah ada juga yang sanggup mendengar luahan(lebih kepada rungutan..haha).


tapi itu masih tak cukup sebab aku rasa ada yang kurang. bila fikir punya fikir, baru tersedar yang dah lama aku tak telefon ibu abah. bila telefon abah, rasa lega sikit tapi masih ada yang kurang sebab aku masih lagi terasa apa yang aku nak tak dapat lagi. esoknya baru dapat telefon ibu, itu pun dalam kereta masa hujan lebat. macam dalam filem pulak kan rasanya. hujan-hujan, aku pun "berhujan" dalam kereta. haha. syukur, baru aku rasa betul-betul tenang lepas cakap dengan ibu. betul lah kalau aku cakap "ibuku syurgaku"..hehe


apa yang aku nak kongsikan hari ini adalah fungsi atau peranan orang tua dalam kehidupan kita. redhanya ibu bapa kepada kita samalah seperti redhanya Allah kepada kita. lebih-lebih lagi ibu atau mak atau umi atau mummy atau mama, macam-macam panggilan kepada wanita yang mengandung dan melahirkan kita, jangan sesekali kita nafikan hak mereka. 


jadi sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 13 Mei nanti, aku nak ucapkan 
TERIMA KASIH kepada ibu aku : PUAN NORMAH BINTI JAAFAR, sebab sentiasa ada untuk aku. walaupun ibu tak baca blog aku nih, aku doakan ibu sentiasa dirahmati Allah di mana jua. dan SELAMAT HARI IBU juga kepada semua ibu di seluruh dunia!.

Tuesday, March 20, 2012

...dari anak ibu

salam.
ya Allah hari ni tetiba je rasa sayu. 

kamu, banyak cerita tentang kita, dari awal kenal sampai kita rapat. dari gambar 1st yg kita amek masa sekolah sampai gambar last kita keluar hari tu sebagai kawan.

terbanglah kamu, terbang setinggi boleh. jadi seseorang yang dapat saya banggakan, supaya keputusan yang saya buat ni tak sia-sia. cinta bukan hanya perkataan yang perlu diulang setiap hari tapi cinta juga bermaksud kesanggupan, kesungguhan kamu membuat orang yang kamu cinta jadi lebih baik berbanding semalam walaupun kamu perlu melepaskan dia pergi. mungkin sekarang kamu tak nampak apa kebaikkan itu, tapi insyaAllah, seandainya Allah izinkan, kamu akan jumpa hikmah daripada apa yang berlaku sekarang. semoga kamu lebih tabah dan bahagia.

hidupa baik-baik kamu. =)


Patah Seribu

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…

#lagu sekadar ingatan.


Wednesday, March 7, 2012

hepi besday ketue kelas!

salam. ah ha entry nih ditujukan khas untuk s.a.h.a.b.a.t aku. sbb ape sahabat? sbb die suke sebut "sahabat" gk. motifff..haha



der, hepi besday, selamat hari lahir yang ke 23. semoga selamat dunia akhirat. antara kite ber4, aku paling benci ko der, sebab mulut ko macam longkang. tapi kalau ko xde, kadang macam senyap pulak dunie nih. antara korg 3 org pulak, ko yg paling x ensem der. tapi ko yg dpt perhatian awek2 sbb ko suke kuar pakai short. yg lg 2 org tuh suar panjang ok. haha.

sori weh sebab aku lupe hari ni hari jadi ko, aku ingat bulan mac tapi mmg tak ingat tarikh. terharu beb, sebab ko tepon aku tengahari tadi semate-mate nk ingtkan hari ni besday ko. serius terharu! haha. 

ape pun gud luck dalam hidup der! jgn lupe jenguk aku kt utara ni, lagi2 mase aku konvo. sbb aku dh buat entry khas utk ko nih.haha. study betul-betul k, klu aku yakin dgn ko, aku hantar anak aku tusyen ngn ko.huhu.

last but not least, HEPI BESDAY WAN!!!


aku dan m&m's

ok hangin! hari ni punye plan tak jadi. penat aku curik masa tapi tak dapat buat ape yang sepatutnya. nak marah-marah pun tak guna sebab tinggal aku sorang je dalam bilik nih. rumate tersayang pergi berjalan pulak kat sungai petani. tau aku ikut je die pergi sana. tak de lah aku berhangin macam nih kan. 


hurrmmmmmm. ok, dh hilang sikit marah nih. ntah, tak tau sangat sebab pe marah. dah lar abaikan. =)


tapi tadi best juga sebab aku dapat beli coklat yg dah lama aku nak. m&m's lah pe lagi!








 dah lah kecik-kecik, comel! lepas tuh coklat semua, tak de kacang. nikmat tau! before nih makan nips yg ungu tu sebab ade kismis dalamnya. tapi mmg dh lama ngidam m&m's nih, cume tak dapat beli sebab mahal. erkk rm8+ tuh pun mahal kan. eishh biar lah, duit aku, so suke ati aku lah nak kate mahal ke tak kan. huh.


ok, dah. jangan kacau aku. 


#nak menikmati m&m's dgn aman!





Sunday, February 19, 2012

Fujimaru punye pasal!


 Bismillah.

Salam. =D. entry hari ni cuma nak upload gambar masa program kapal belia asean. Nama kapal tu Fujimaru, aku pun tak ingat sangat dah berapa tahun dorg buat program ni, yang pasti dah bertahun-tahun. hehe. disebabkan program ni dah lama habis, aku malas nak bebel panjang-panjang. saja nak publish gambar masa program tu. sebab aku rasa aku cantik dalam gambar-gambar ni. (ayyooo, perasan!). haha.

selamat menjamu mata. wink wink!!


1st day tgk kapal, senyum!


lompat si katak lompat. ewahh








ngn staf dlm kapal.





ha nampak tu, mak ayah die bg name "Fujimaru"




err yg ni time tunggu keje. sempat main polar bear. damn!



yg ni dalam kapal.
ok, sile undi kami! haha
kami volunteers! (dorg yg ckp cmtu..haha)

dorg standby nk terjun kapal. haha

yg ni mase kapal nk pergi, dorg dok lepas reben bagai. cantik klu tgk live.

dan ini hasilnye. (kami yg trbelit dgn reben ni. dasat!)
ok, kje dh abes, mse utk meronggeng. haha

time to going home. sayonara!