mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Tuesday, September 25, 2012

bicara hati

ya Allah, kesilapan demi kesilapan aku lakukan.
kesilapan kali ini merupakan penutup untuk diri ku.

benar ya Allah, aku tersilap langkah.
benar ya Allah, aku tersilap bicara
namun hanya engkau ya Allah...
yang mengetahui perasaan ini padanya.

hanya engkau ya Allah, yang mengetahu sayang ini padanya

tapi mungkin benar katanya
aku dan dia tidak boleh bersama
mungkin benar fikirnya
aku dengan die tidak akan bahagia

aku redha padaMu ya Allah
aku pasrah dengannya

aku mohon padaMu ya Allah
kuatkan hati ini
kuatkan jiwa ini
kuatkan iman ini

jika dia masih menyayangi, dia tahu ke mana aku pergi
jika dia amat mencintai, dia tahu isi dalam hati ini

jika aku masih ada dalam hatinya, jemput aku kembali sebelum aku benar-benar pergi....


Monday, September 24, 2012

Pelangi Di Balik Hujan


hei jangan nak bersedih! hidup ni bukan untuk diisi dengan tangisan kesedihan, kedukaan dan kepahitan. bukan juga untuk kau biarkan kekecewaan melingkari seluruh hidupmu.

hei jangan nak bersedih! kau bukan hidup disebabkan kesedihan ini. dan kau juga  bukan akan mati disebabkan kesedihan ni. biarkan rasa sedih, rasa kecewa menari-nari di depan kau. biarkan.tapi kau jangan nak terikut dengan rentaknya. kau jangan menari dengan lagunya.

hei jangan nak bersedih! ramai lagi orang yang ingin tengok kau tersenyum. banyak lagi sebab untuk kau berlapang hati. pernah tak engkau sedar betapa riangnya gelak tawa engkau? pernah tak engkau sedar betapa ramainya insan terubat dengan melihat senyuman manis engkau?

sekarang bangun! bangun dari kesedihan, dari kekecewaan, dari segala macam keburukan yang menghalang engkau untuk jadi manusia hebat!. engkau perlu sedar, engkau makhluk terbaik, yang dianugerahkan akal, diberikan iman. walau iman itu ada turun naiknya, jangan sekali kau menyerah. jangan sekali kau beralah.

walau apa pun yang berlaku, ingatlah setiap ujian yang diberikan pada engkau bukan sia-sia, bukannya percuma. ada sesuatu yang perlu dibayar namun ada balasan yang setimpal. 

Seperti pelangi yang muncul selepas hujan, itulah juga yang akan kau temui selepas setiap kesulitan yang engkau alami. Percayalah.. kesedihan itu baik untuk engkau kerana lawannya sedih adalah gembira. Lawannya duka adalah bahagia. 

Dan Allah tidak akan mengirimkan ujian jika engkau tidak mampu menghadapinya.


nabilahkhanafi