mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Sunday, July 15, 2012

perempuan garang...

Asssalammualaikum. selamat memulakan hari yang indah!

hari ini, aku masih kat UTM menunggu 4 hari lagi berbaki utk MASUM 2012. pagi-pagi lagi teman sebilik aku, Cik Fifa dah bukak FB. Gagahnya lah dia pagi-pagi ni. Kalau aku jangan harap lah, naik muntah aku tengok FB. Tapi kadang-kadang perlu gak jengah si laman muka buku tu. hehe.


Pagi ni aku terfikir tentang apa yang aku nak taip. Banyak perkara aku fikir beb, tapi akhirnya aku terfikir tentang perempuan garang. Sebab apa? sebab pagi-pagi lagi aku dah gaduh dengan Encik FR. ada ke patut dia kata aku garang, tak reti ambil hati dia, yang paling tak boleh blah bila dia kata aku tak pernah pujuk dia. (Tapi macam betul gak aku tak pernah pujuk dia. haha) Dah tu pulak dia kata dia tak pernah rasa aku ambil kisah pasal dia. berhangin aku beb! Rasa macam nak hempuk dengan bantal kapas je tau. (kalau lah boleh. hahaha)


ok, abaikan yang kami gaduh-gaduh tu. hehe. Aku sebagai perempuan yang dikatakan garang dan tak de perasaan ni nak bagi tau lah kat korang semua lelaki yang amat-amat lah teringin perempuan yang lembut dan   yang memiliki ayat-ayat manis bahawasanya tak semua perempuan yang garang tu tak de perasaan atau hati batu macam yang korang fikirkan. Ada banyak punca, sebab, reason, kenapa dia garang. Lagi-lagi bila dah jadi awek korang, macam-macam pulak yang korang komplen, komen, kondem. Tak patut tau tak! hishhh. Tak de masalah pun kalau kami yang perempuan-perempuan ni garang masa jadi awek korang, sebab kita tak kahwin lagi kan der. Nanti kalau dah halal, baru lah boleh manja-manja sakan, lembut-lembut bagai. Masa tu baru lah korang sedar betapa beruntungnyaaaaaaaaaa korang dapat perempuan yang garang sebelum kahwin. Nampak??? =)


Jadinya, sabar lah ye wahai lelaki bila korang jumpa perempuan-perempuan yang garang macam kami ni. hehe. 


Jangan risau kalau kami garang, sebab semua tu demi masa depan yang gemilang. hahaha.













Sunday, July 1, 2012

cerita tentang bosan

assalammualaikum.

hari ni aku ade cerita tentang bosan. seharian aku makan, tidur, drive, makan, tidur. macam orang kaya pun ade, macam driver orang kaya pun ade beb. kalau tengok pola hidup aku hari ni, jangan terkejut lah kalau esok berat aku naik 15 kilo. adoi!

disebabkan aku tak de kerja sangat nak dibuat hari ni, aku layan jela mesej. tapi jadi bengang tetiba sebab aku sangat takde kerja nak dibuat hari ni. nak tengok tv, dah nak muntah rasanya tv tu tengok aku. hahaha. lepas tu ditambah pulak dengan rumah yang bersepah, budak-budak kecik dok bergaduh, memang lah aku rasa nak sumbat dorang semua dalam mesin basuh. (kasi dorang senyap).haha

pengajarannya hari ni, korang jangan lah biar hidup korang diselubungi bosan, sebab bila dah bosan memang nak mengamuk je rasa. macam aku tadi. tak memasal aku boleh hangin dengan sepupu aku. dah tu dengan tetibanya aku bangun dari sofa, kemas meja makan, bawak pinggan cawan kotor pergi dapur then sambung tidur. haha. bengan betul lah!

jadi, aktif-aktifkan lah diri tu weh jangan dok diam ja. lemak pun tak terbakar tau.hahaha

#jangan biar kebosanan melanda anda kerana apabila ia berlaku, sia-sialah hidup anda yang amat bermakna ni.

cik_nur