mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Thursday, March 14, 2013

to do list...

FACE  IT, LEAVE IT...

AND


MOVE ON

Wednesday, March 13, 2013

hanya padaMU

Ya Allah, 

Engkau mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi,
apa yang tersimpan juga yang terluah

Engkau mengetahui apa yang aku cari selama ini,
Dan hanya engkau yang mengetahui siapa diri aku ini.

Ya Allah,

Jika hinaan yang dilemparkan kepada aku adalah untuk meningkatkan kesabaran dalam diriku,
untuk menambahkan ketakwaan dalam iman ku,
aku mohon tabahkan hati ini.

Ya Allah,

Jangan engkau hinakan dia sebagaimana dia menghina diriku
tapi cukuplah engkau bukakan mata hatinya untuk melihat siapa aku yang sebenar.

Ya Allah,

Kuatkanlah aku untuk melangkah
Kerana engkau tahu yang terbaik untuk aku.


aku sayang kamu

assalammualaikum.

hampir berbulan baru bukak blog ni. sibuk sangat dengan praktikal lah beb.

Malam ni aku "tacing". tadi aku borak-borak dengan geng konah. ntah macam mana boleh jadi serius. yes, aku cuma nak nasihat tapi rasanya adalah yang "broken heart" dengan percakapan aku tu. btw, yes, i'm sorry for hurting your feeling. I did it because I love you. I love all of you. 

yang buat aku terfikir untuk bagi nasihat camtu bila aku teringat siang tadi aku dapat info yang sijil dekan dah keluar. yes, I'm dean holder! Alhamdulillah. :)

ok sambung. sebenarnya, aku agak bijak jugaklah (tak bangga diri okay). tapi disebabkan sibuk dengan aktiviti persatuan, dicampur lak masalah perhubungan (cintan cintun yang tak berkesudahan), pelajaran aku jadi terganggu. aku tak fokus. tapi syukur, masih terkawal cuma aku sibuk. macam mana pun, syukur alhamdulillah, sem lepas aku dpt buat yang terbaik lepas aku rehat dari aktiviti yang banyak tu. bukan kata aktiviti luar tak bagus cuma aku rasa dah sampai masa aku fokus untuk pelajaran.

alhamdulillah, hasilnya dapat dekan. FYI, I'm USM student. Agak susah nak dpt dekan, lebih-lebih lagi kena bersaing dengan kaum sepet. 

jadi bila dikurniakan oleh Allah rezeki yg mcm ni, agak besar untuk aku. lebih-lebih lagi aku lalui mcm2 perkara. sebab tu bila aku berborak dgn geng konah (pangkat adik2) aku ckp sikit2. aku nak dorang capai pe yg aku terlepas. tak nak dorang terlambat. tapi yelah, mungkin bila cakap lalu skrin, perasaan tu tak sampai. takpe. yang penting aku sayangkan dorang dan tak nak dorang terlepas kejayaan yang sebenarnya boleh dorang capai. 

selamat malam! semoga Allah redha