mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Wednesday, January 28, 2015

Aku sedih.

Aku sedih.
Melihat sahabat seperjuanganku sewaktu di bangku sekolah
Kini
Menanggalkan tudungnya
Mengecilkan bajunya
Memendekkan kain sarungnya
Menampakkan auratnya 
Kepada mata mata jahat dunia.

Sedangkan aku ingin bertemu mereka di syurga sana.

Aku sedih.
Melihat sahabat sahabat sepermainan ku 
Sewaktu di alam remaja
Membiarkan tubuh mereka
Dipegang dihinggap disentuh dan dijilat
Makhluk makhluk kotor bernama manusia bertopeng nafsu yang menguasai jiwa.

Sedangkan aku ingin bersama mereka di syurga sana.

Aku sedih melihat diri ini
Yang masih berhempas pulas mencari dan mengemis cinta Ilahi
Kerana telah mempersiakan separuh umur ku sebelum ini semasa mengejar duniawi
Kerana tidak pernah saling menasihati diri dan sahabat sendiri
Tentang seksaMu di akhirat nanti

Sedangkan aku lihat masih terlalu ramai sahabat ku itu dibayangi api. Dan aku juga takkan dapat menyelamatkan diri sendiri bila tiupan sangkakala Mu berbunyi.

Tuhan
Bantulah mereka, bukakanlah pintu hati mereka, kasihkan lah mereka, selamatkan lah mereka
Dari azab akhirat Mu, dari panasnya api nerakaMu

Tuhan 
Bantulah juga aku untuk terus istiqamah dalam mencari redhaMu
Kerana aku sedar, masih banyak lompong dan longgar imanku.

Kerana aku ingin bersama sama mereka di dalam mahligai syurgaMu.

No comments:

Post a Comment