mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Monday, August 25, 2014

...bukan rezeki kita

Kali ni bercakap tentang rezeki. 

Banyak sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni. Kebanyakkannya memang belum kita dapat. Harta, benda, karier, pasangan dan macam macam lagi. Dan bila kita dah dapat apa yang kita nak sebelum ni, ada benda lain pulak yang kita nak kejarkan.

Ini hidup. Penuh dengan keinginan dan impian. Penuh dengan cita cita dan harapan. Tapi tak semua kita dapat. Sebahagian je yang kita capai.

Bercakap tentang rezeki yang berkaitan dengan diri sendiri, kali ni bukan rezeki aku. Nak tapi tak dapat. Tak tahu sebav apa tak dapat. Nangis jugak bila tau tak dapat tu. Rasa sedih, stress jugak lah.

Tapi alhamdulillah, bila duduk diam diam terfikir, mungkin aku belum layak atau tak sesuai untuk apa yang aku nak. Mungkin Allah dah standby yang lebih baik untuk aku. Dah memang bukan rezeki aku.

Jadi redha. Sabar. Ikhlas.

Tiga perkara ni yang aku sedang belajar dan cuba capai. Ya. Allah sedang bercakap dengan aku. Allah sedang menguji aku. Dan ya, itu bukan rezeki aku. 

Sabar. Ikhlas. Reda.
Itu lah Islam.

Wednesday, August 20, 2014

Kabur

Ntah kenapa tiba tiba aku rasa arah aku kelam.
Apa yang aku rancang nampak pudar.
Semangat yang dulu tinggi menggunung terasa melayang layang.

Pandang depan. Kabur.
Ini lebih kabur dari pandangan mata sebenar. Ya, aku rabun.
Tapi ini bukan kabur rabun.

Ini hilang arah.
Ini hilang tujuan.
Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima hari.
Masih lagi kabur. Rasa macam semua berhenti. Semua yang aku tulis dalam plan tindakan hilang. 

Susah hati aku. Tenang mula hilang. 
Gelisah mula datang. 

Ok. Butir butir jerawat dah kelihatan. Mungkin sampai masa aku duduk diam diam. Tengok belakang. 

Ada apa apa yang aku terlepas pandang? Ada apa apa yang aku tersalah cakap?

Thursday, August 14, 2014

Kisah Yang Berubah.

Bismillah. Assalammualaikum.

Lama. Terasa lama. Tanpa sedar banyak perkara berubah.

Dulu ambil gambar guna kamera filem. Simpan duit kena pegi kaunter. Tulis blog lalu laptop. Sekarang semua kat hujung jari je.

Bukan pasal teknologi dan gajet aku nak cerita. Ini tentang hidup. Tentang dunia. Tentang kisah kita.

Untuk pertama kalinya, di sini aku mohon maaf. Untuk setiap perancangan yang tidak seperti yang kita jangka kan. Untuk setiap susunan kata kata yang terlepas aku ucapkan. Untuk setiap janji janji yang tak tertunaikan. 

Untuk rasa hati yang bukan untuk kau lagi.

Jujurnya. Aku tak pernah terfikir sejauh ini hidup kita berpusing. Berubah. Bertukar. Tak pernah fikir. Kau mungkin saja ucap "tak percaya" "tak mungkin". 

Dan percayalah kau. Aku juga ucap ayat yang sama. Dan tak tipu perasaan terkejut, tak percaya itu masih ada. 

Semua cepat. Laju. Aku anggap ini semua aturan Allah. Dia empunya hidup kita, Dia berkuasa atas kita. Dan semuanya berjalan tanpa halangan, antara aku dan dia. 

Aku tau singkat. Kau dan mereka akan kata aku buat keputusan dalam waktu singkat. Aku akui. Aku cuma tetapkan dalam hati, aku serah pada Sang Pemilik Hati dan keluarga tersayang. Aku tak tahu baik atau tidak. Betul atau salah. Yang aku tahu, aku yakin dengan Dia. Aku terima aturan Maha Esa. 

Aku sedang cuba kenal dia. Dan dia juga masih usaha. Untuk sama sama sesuaikan hati kami berdua. Untuk sama sama tunjuk apa yang sama apa yang beza.
Kerana istilah sahabat antara kami akan bertukar. 
Kerana insyaAllah kami akan hidup bersama.