mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Monday, October 8, 2012

kosong part 1


dah pukul 1 pagi dan sepatutnya aku dah lelapkan mata ni, dan sepatutnya jugak aku dah pakai stokin yang ade jari-jari tu. (stokin kelabu spesel dari korea). tapi banyak perkara yang berpusing-pusing. macam mana pun, syukur alhamdulillah, dah selesaikan beberapa tugas yang penting dan esok mase utk aku carik tempat praktikal. semoga dipermudahkan segala urusan aku ye, ya Allah.

tadi pagi mase mandi aku nangis. (ini bukan scene 18sxxx okeh). nangis bukan sebab aku sedih, bukan jugak sebab gembira. tapi nangis tanda aku terlalu letih dengan ujian demi ujian. dugaan demi dugaan. kesal sebab agak banyak perkara terbaik yang aku lepaskan, kecewa sebab agak banyak perkara terindah yang aku biarkan, terkilan sebab agak banyak perkara termanis yang aku leburkan. (terlalu sasterakah aku???)

pernah tak korang kejar bayang-bayang? kalau kejar+pijak bayang-bayang member lain, tu bkn aktiviti yang aku maksudkan okeh! maksud aku, kejar bayang-bayang sendiri. alah mungkin bagi orang yang seni, dorang ade maksud tersendiri tp pada akukejar bayang-bayang sendiri tu mcm buat sesuatu yang korang tak kan dapat. korang nampak bebayang (jimat ruang) tu ade tp korang nk kejar, nak tangkap. memang tak boleh lah kan!

itu yang aku rase lah mase mandi tadi.(sempat feeling dlm shower kottt). rase lost, ape yang aku rancang tak jadi, sesuatu yang tak pernah fikir pulak muncul. dan akhirnya aku terfikir, ape sebenarnye yang aku carik dalam hidup ni.

apa yang kau carik???

1.  kedudukan, pengaruh, status
2.  kecantikkan, kefofularan, kepandaian
3.  duit berkeping, baju berdozen, makan sampai naik pening

semua ni kau dah punya, tapi KEKOSOSNGAN tu masih ada. 

kenapa????

Wednesday, October 3, 2012

BaRa tAk BaRa!

assalammualaikum.

Dalam banyak-banyak hari, pernah tak korang rasa nak menjerit, dan menangis? Kalau jarang, hari ni aku kongsi rasa ini. Yep, aku rasa nak menjerit, nak menangis tapi tak keluar pun air mata. Mungkin sebab ini semua hasil tindak balas perasaan yang bercampur bergaul bermesra dalam hati dengan otak.

Hati kata " jeritlah, menangis lah. keluarkan segala rasa kecewa tu"

Otak kata " tak payah lah, bersabar lah. Jangan bazirkan sesuatu yang berharga dari mata kau hanya sebab perkara yang remeh ni"

Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tapi kadang-kadang naluri tu kena jugak kita guna. Cuma yang membezakannya, otak tu digunapakai sekali atau tak???

Beb, apa aku merepek malam-malam ni? haha. Dah pukul 1 pagi dah pun, bukan 1 malam. Berapa minit dah  korang membazir baca entry aku nih kan. haha.

Ringkasnya macam ni lah. Malam ni aku kecewa beb. Bukan malam ni aje, dah berapa malam aku rasa macam ni. Syukur lah siang macam tak rasa sangat. Ni lah yang lecehnya kalau tak banyak keje. (padahal keje banyak, saje tak nak buat. huhu). Frust sebab dah bape hari mr.FR buat perangai. Aku tau lah kau sibuk der, tapi tak patut lah kau buat aku macam ni. Penat kot aku tunggu kau, aku bising-bising pun bukan kau suka. Aku lagi lah tak suka. (mendera perasaan sendiri tau!)

Kalau lah kau baca apa aku tulis ni, aku nak kau tau aku tak suka tertunggu-tunggu, tapi kalau ye pun kau nak pergi, (maksudnya nak pegi buat keje lah,bukan tinggalkan aku hokeyy) cakaplah baik-baik dengan aku. Ini tak, macam cakap dengan kucing pulak.

"yang, aku banyak keje ni. hari ni aku sibuk lah, nak kena masuk lab, masuk sungai, amek sampel, potong rambut, pegi gym. jadi kau jangan nakal-nakal dow. penat aku jaga kau nanti. kbai"

Terkebil-kebil beb aku baca, tak sempat nak balas, dah out. (ape seyy perangai. huhu). Macam ibu kita, suruh kita tidur, bagi bantal bagi selimut then tutup lampu. Tak cakap good nite, tak nyanyi-nyanyi selawat bagi kita tidur pun. (mase kecik-kecik selalu frust kan kalau ibu buat macam ni). 

Nak tak nak sabar jelah. Bukan lah aku mintak kau berirama melayu kat telinga aku ni. Aku pun tak sanggup nak dengar beb! haha. Ha ni lah perkara yang aku tak puas hati sangat semenjak dua tiga menjak ni. 

Korang pun kadang-kadang rasa macam ni gak kan. Tak bara dengan en/cik hati pun, kadang membara dengan kawan-kawan, adik beradik. kadang dengan ibu abah gak kan. semua sebab ditinggalkan macam tu aje.(macam "kbai"), So, sebelum sape-sape buat korang macam ni, ade baiknya korang jgn praktikkan perangai macam tu. Bara seyy mangsa tu nanti. Boleh dendam 7 keturunan beb! haha

#mungkin dulu aku buat orang macam tu, tu yang kena balik. what goes around comes around, kata omputeh. hihi