mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Wednesday, December 31, 2014

Tahun Baru 2015

Alhamdulillah. Masih Allah beri peluang bernafas untuk hidup. Untuk bertaubat. 

Semoga tahun 2015 ni lebih baik dan bagus daripada tahun lepas. InsyaAllah.

Tapi untuk aku tahun baru selalu nya mula on 2 Januari. Sebab? Hari lahir aku. Hehe.

Apa aku harap bila umur dah masuk 26 nanti?
Jadi muslimah yang istiqamah berada di jalan Allah. Alhamdulillah. Sikit sikit kita buat perubahan. Hijrah. 
Moga Allah tetapkan hati aku dan kita semua untuk sentiasa berpegang pada Islam yang lurus.

Harapan untuk kehidupan dunia pun ada jugak. Untuk jadi usahawan muslimah yang berjaya, jadi anak yang bahagiakan inu abah, sambung master, bernikah dan bina keluarga sakinah dengan Inche Tunang. InsyaAllah sentiasa harap jadi isteri dan ibu yang solehah. InsyaAllah.

Btw tengah tak berapa sihat. Harap Allah terus bagi kekuatanuntuk siapkan kerja yg diamanahkan sebelum aku keluar dari bangunan MBM tu. 

Ok. Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah. InsyaAllah.

Monday, December 29, 2014

Selamat Malam :)

Aku harap kau tidur senyum. 

Selamat malam.

Sunday, December 28, 2014

20 Disember 2014 - Tunang Inche Safiq

Alhamdulillah. Tahun 2014 dah nak sampai ke penghujung. Alhamdulillah. Banyak perkara yang jadi tapi masih Allah beri peluang untuk aku lalui dengan lancar. Adat lah masalah sikit, sompek kanan kiri tu.

Tak banyak nak catat. Tapi amat bermakna untuk aku.

DAH JADI TUNANG ORANG.

Alhamdulillah. Niat berkahwin Allah dah permudahkan. Selesai langkah kedua. Kenap kedua?
Sebab pertama tu merisik. Haha. Nak cerita lebih pun aku malu. Risau pun ada. Takut ada orang tak suka, anggap kita menunjuk. Tapi takpe. Aku kongsi jugak sikit sikit. Untuk ingatan bersama. ;p

Alhamdulillah. Tarikh 20 Disember 2014. Secara rasminya bergelar Cik Tunang kepada Inche Safiq. *sejuk pipi. Weee.

Inche Safiq ni lah besfren aku dulu masa zaman universiti sampai lah tarikh 19 Disember tu. Haha. Sama sama jemah. Kepoh. Sama sama buat kerja. Rapat tu kira macam boleh luku kepala lah! Tak sangka Allah hadirkan dia untuk jadi tunang aku dan insyaAllah pasangan dunia akhirat. Amin.

Nak story lebih tunggu lepas nikah. Sekarang baru seminggu tunang. Mohon Allah kuatkan hati kitaorang untuk tempuh alam pertunangan ni. Takut, cuak, nebes dan sewaktu dengannya lah! Maklumlah dulu kawan. Sekarang dah jadi tunang. Lepas tu nikah. Akan spend seluruh hidup bersama, insyaAllah. Jadi kadang terfikir macam mana agaknya dia nak terima perangai aku ni. Dan aku pulak nak terima perangai dia tu. Haha. 

Nak kata banyak benda berubah tu takdelah banyak sangat. Tapi adalah.

Masing masing lebih ambil berat. Setiap hari akan contact. Tapi takdelah bergayut. Awal awal dulu rajin lah dia whatsapp atau telefon. Biasalah nak ambil hati kan. HAHA. Tapi bila masing masing dah sibuk, kena lah biasakan diri untuk jarang contact. Tapi paling koman pun call sekali atau whatsapp "selamat malam". 

Long distance relationship katanyaaaa. HAHA. Takpe ada hikmahnya Allah jarakkan kita ni. Husnuzon ok. Hehe. Btw gambar tunang nanti aku upload. 

Ok lah tak larat dah nak taip. Nanti ada masa aku post lagi. Nite.

*harapan tahan mata sebab nak tunggu Inche Tunang sampai JB. Huhu


Wednesday, November 12, 2014

Fragile.

Feeling helpless when I have to ask help from others.

Feeling helpless when small problem lead me to fragile. 

Feeling helpless when I start to cry.

Yes. I am fragile. Right now.



Because of usb iphone 5s. Shit. 


Wednesday, October 29, 2014

Waktu Untuk Menangis.

I'm just STRESS. 

Dah lama tak nangis. Rasa macam berpuluh puluh peluru masuk otak. Masuk hati.

Dan setiap orang yang aku cuba rujuk semua tak available. Tak. Tak. Bukan bermaksud tidak boleh diharap. Cuma masing masing ada hal sendiri.

Atau mungkin aku yang terlalu sensitif. Terlalu cepat tertekan. Perlukan tempat untuk luahkan bila ada masalah. Perlu ada orang tenangkan bila ada tekanan. 

Dah mengadu dengan Tuhan. Cuma tetap jugak nak difikir. Kemudian tertekan sendiri. Tambah tertekan bila orang orang yang patut wujud, pegang bahu, usap kepala, tadah telinga, tak dapat muncul. 

Mungkin.

Yang aku tahu dah setengah jam aku duduk dalam kereta kat parking Tasik Permaisuri ni.

Monday, October 20, 2014

Kadang-kadang...

Kadang cinta bukan lagi cinta bila kita luahkan.

Kadang jauh lebih bermakna kalau tak boleh dekat.

Kadang pahit lebih elok daripada manis memudaratkan.

Kadang kadang...

-bidadarisarkastik




Thursday, October 16, 2014

Terbang Tinggi.

Hari ini. Aku tersenyum. Benar benar tersenyum. Sedalam dalamnya. 

Setelah bertahun berjuang. Setelah berkecai kasih sayang. Sekarang aku lihat kau mampu terbang.

Lebih tinggi. Dan tinggi lagi. Daripada apa yang aku bayangkan.

Terbang sahabat terbang. 
Terbang tinggi lintas awan. Jangan takut angin lintang.
Juga jangan risau mentari yang berbahang.
Sebab aku tahu kau mampu terbang. Walau tanpa sayap bantuan.

Terbanglah sahabat.
Aku pandang dari bawah. Panjat tangan mohon doa.
Harap kau terus bahagia. Terus berjaya.
Tapi harap kau jangan lupa lihat ke bawah. Juga harap kau selalu ingat pada Dia.

Terbang sahabat terbang.
Sebab aku juga terbang.
Walau beza persinggahan, kau dan aku perlu terus terbang.

Tuesday, October 14, 2014

Terima kasih.

Assalammualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Untuk kesekian kalinya mata aku bocor lagi. Ini kali kedua mulut tersengih, senyum pun semanis madu. Dan yang sebenarnya aku speechless.

Kali kedua kau buat aku tersengih sengih macam kerang yang tak habis rebus. Kali kedua kau buat jantung memecut laju. Dan kali kedua kau buat aku menjerit tak ingat dunia. Dan kali kedua kau buat aku ketawa sambil tutup muka.

Terima kasih Tuhan atas rasa bahagia ini. Terima kasih atas rasa kasih ini. 

Terima kasih untuk kau kerana selalu yakinkan aku dengan keputusan kita ini. 




Sunday, October 12, 2014

Beri tanpa diminta. Perempuan lebih suka.

Kenapa emosi tak stabil?
Kejap ok kejap moody. Kejap ceria tetiba je mulut macam takde insurans.

Kau tahu "datang bulan"? "Period"? 

Ha perempuan sejati akan datang bulan. Akan period. Yang tak sejati, i mean yang pondan takkan ada datang bulan.

Dan wahai lelaki, kau tahu tak seiring dengan datang bulan itu perempuan akan mengalami kesakitan di bahagian abdomen, ataupun migrain melampau, ataupun keluar jerawat menggunung, sakit pinggang macam nak patah dan sewaktu dengannya. Dan semua itu hanya dilalui oleh perempuan terbabit seorang diri. Dapat yang biasa, takdelah sakit sangat tapi kena yang sakit, memang jeruk lah muka tu. Nak  berdiri pun tak larat. Nak drive pun tak larat. Kadang nak cakap pun tak larat!

Jadi dah tentu perempuan akan jadi sensitif. Emosi. Kau bayanglah nak menghadapi kesakitan ketidakselesaan disamping kerja kerja kat rumah, pejabat dan melayan perangai kau orang lelaki yang langsung tak peka dengan sebab penyebab kami emosi ni.

Dahlah tengah emosi bercampur baur. Engkorang pulak orang lelaki ni tau nak marah merungut komplen bagai aje. Cakap perempuan ni suka emo tak tentu hala. Time kami emo baik lembut takde pulak kau puji. 

Siap cakap "kalau sakit bagitahulah. Tak kan semua nak kena tanya?".

Engkorang tau tak ayat tu menyakitkan hati? 

Kami tak bagitau sebab kami tak nak dianggap mengada, lembik, sakit sikit nak bagitau. Kami taknak merimaskan engkorang. Paham?

Jadi jangan tau nak marah aje. Time kau perlukan masa utk berhibernasi, tiba tiba hilangkan diri dengan alasan perlukan ruang, ada kami mengamuk time tu? Takde kan. Time kau tiba tiba muncul tanpa rasa bersalah sebab tiba tiba tukar angin, ada kami terus serang kau? Takdekan.

Jadi apa? Fikir lah sendiri. Jangan pentingkan diri. Perempuan nak bermanja bukan dengan cara lembut mengada ngada je, bukan dengan mintak kau belikan hadiah beg tangan kasut dan keluar jalan jalan. Kadang perhatian time sakit, dan perhatian tu kau beri tanpa kami minta. Dengan kau sendiri rasa. Sebab sesuatu yang diberi tanpa diminta lebih ikhlas rasanya pada yang menerima.

Dear you

Dear you,
We went through few years together. We've tried very hard to keep our heart beat close each other.
But the best way for both of us is here. 


I'm just being the best for you. Trying hard to be the best.

I'm just giving the best for you. Trying to give the best for you.

I'm just doing the best for you. Trying hard to make everything good for us.

Eventhough, we're not meant together. My prayers always here for you. 


Tuesday, October 7, 2014

Si Bakal Teman Sehidup Semati

Yang ketawa itu rupanya pandai menangis.

Yang paling tenang itu rupanya boleh marah.

Yang agak jauh itu rupanya paling dekat. Dengan mata. Dalam hati.

Terima kasih Bakal Teman Sehidup Semati.

Kenapa kau pilih aku?

Kalau kau pilih kerana cantiknya aku, cantik itu pasti akan hilang.
Kalau kau pilih kerana bijaknya aku, bijak itu pasti akan berkurang.
Kalau kau pilih kerana kayanya aku, kereta rumah aku masih berhutang.

Jadi kenapa kau pilih aku?


Sunday, October 5, 2014

Kecuali Tuhan...

Panas. Letih. Penat. Lapar.

Sabar hati sabar. Kita fikir sangat nak bahagiakan orang sampai kita lupa hati kita. Perasaan kita.

Kan selalu dipesan "jangan lembut hati sangat"
"Jangan manja sangat"
"Jangan nak gembirakan orang sangat"

Senang cerita "jangan harap apa apa sangat"

Jangan nak harap kat orang lain sangat.

Mereka ada hidup sendiri sebelum mereka jumpa kau. Kau pun ada hidup sendiri sebelum diberi senyum semanis gula, harapan setinggi Everest.

Pengajaran untuk kau, aku dan kita.

Kejam itu kadang perlu. Jangan baik sangat. Jangan manis sangat. Sebab takde orang yang betul betul akan sambut kau bila kau jatuh. Lagi lagi zaman sekarang. 

Kecuali Tuhan.

Tuesday, September 30, 2014

Jangan Marah

Jangan marah. 
Sebab sabar itu lebih indah.
Sebab sabar itu amat susah bagi mereka yang sentiasa resah.
Sebab sabar itu amat jauh bagi mereka yang pendek cita cita dan impiannya.

Jangan marah sayang.
Sebab hati akan sakit.
Sebab hati akan simpan rasa pedih dan perit.
Nanti lama lama kau jadi sedih. 

Wahai hati.
Sayang secukupnya. Beri seikhlasnya. Doa minta pada Dia sebanyak banyak ya.

Bila mana kau rasa lemah, kau rasa pedih. Anggap itu semua sementara. Sebab kau dan aku memang tidak tahu.
Apa aturan Tuhan yang terbaik untuk kita di hujung waktu.

Jadi jangan pernah rasa kecewa, jauh hati sampai sempit. 
Selagi masih ada nafas, selagi masih ada rasa degup jantung pantas,
Jangan rasa jemu, untuk terus luahkan perasaan.

"Sayang, terima kasih"
"Sayang, selamat pagi"
"Sayang, mimpi indah"

Sebab kau tak kan tahu, bila Tuhan mula rasa rindu terhadap dia yang kau kasih.

Sebab kau tak kan tahu, bila Tuhan mahu jemput kembali dia yang kau sisih.

Thursday, September 25, 2014

Perempuan kepala batu. Hati ais.

Merujuk pada aku. Kepala batu tapi hati air batu. 

Tapi tak tahu lah kalau ada perempuan yang sama ciri ciri macam aku tu. Haha.

Time hangin, mulut senang je nak melahar. Laser sana sini. Rasa nak dendam tu macam nak bawak ke mati! Kalau boleh time tu jugak nak tengok orang yang dimarah tu merana diri. Oh kejam betul diri ini. 

Tapi bila dah lepas semua. Baca balik ayat marah membabi buta tu, atau fikir balik cakap cakap laser marah menggila tu, rasa bersalah pulak kan. Terus fikir "over seh perangai. Tak patut macam tu. Haish teruk beno mulut"

Lepas tu tanpa disuruh suruh, fikir tak setengah masak, terus buka henpon dan taip "aku minta maaf. Aku memang jaki kat kau sebab perangai kau yang ntah hape hape tu. Tapi sori lah jugak sebab emo lebih". *sent

Hei lelaki. Nampak? Perempuan ni memang datang kepala batu, kepala hangin, kepala singa dia memang kau kena hadap dan dengar lah bebelan tak puas hatinya tu. Tapi sekejap aje. Bila dah tak emo, dia pulak dtg minta maaf kat kau. 

Jadi apa perlu kau buat time dia marah gila babi, bebel merungut pasal sakit hati? 
Jadi pendengar setia. Pendengar terbaik. 

Anggap lah boleh dpt award lelaki terbaik mukabumi. Haha. Bagi perempuan lepas semua rasa. Jangan dimarah. Jangan ditinggal. Bila dia dah habis meluah dan merungut, bagi ayat lembut lembut. Kalau dia yg salah, kau nasihat dia cara paling berhikmah. Kalau kau salah, minta maaf. Kena cakap "maaf" "sorry" dulu. Baru explain. Tunjuk sikit kau ambil berat pasal hati keciwa dia tu. Takdelah hangin sangat cik kak tu. Rasa dihargai ada lah. Haha.

Tu pasal entri kepala batu tapi hati ais. Paham?


*ps: ni entri minggu minggu sudah. Baru perasan dia pending so aku upload lah. Haha. Boleh je baca buat tambah ilmu.

Wednesday, September 24, 2014

RIP Kak Jen

Pukul 2 pagi.

Aina call time aku tengah tidur. Untuk bagitahu Kak Jen dah meninggal. Kak Jen ni macam bos ketiga dalam ofis aku.

Ntah kenapa mulut semalam celupar. Rupanya dia meninggal hari ni. Rest in peace Kak Jenita Shanti.

Monday, September 22, 2014

Hari pick up line seMalaysia

Memang tergelak bila ingat balik siang tadi. Ayat ayat pick up line yang wujud hari ni. Ni bukan tipu tipu ok.

Satu.

"You dah gerak ke? Dah sampai mana tu?"

"Dah sampai kat hati you"

Hahaha

Dua.

"Dik, nak tembikai ni dua. Berapa ye?"

"Rm2 je kak. Err kak..."

"Ok. Erm nape dik?"

"Senyuman akak lagi manis dari tembikai tu"

Tiga. Sambungan tembikai manis. Ada sambungannya ok.

"Err. Terima kasih dik..."

"Betul kak. Yang ni saya tak tipu"

"Apa dia dik?"

"Kakak memang cantik"

Allah. Ternganga aku tiba tiba. Masuk kereta memang aku gelak gila. 

Terfikir gak apa yang cantiknya? Jerawat aku ada sebijik kat pipi ni ha. Haha.

Macam macam kan. Ntah lah adik tu. Maybe dia memang peramah mcm tu. Bagus. Pandai buat orang lain ingat dia kalau pergi kedai tu lagi.

Oklah. Rehat. Mana tahu esok dapat ayat pick up lines lagi. Hahaha


Thursday, September 18, 2014

Satu kedai banyak tauke

Ah hai. Ke segamat ke kita.

Bandar koboi, bandar mati. Itu lah yang aku dengar dari dulu sampai sekarang.

Takdelah mati sangat pun sebenarnya. Mungkin sebab tak banyak bangunan. Kawasan luas. Tu yang kedai pukul 12 malam dah tutup. Kalau kat KL ni awal lagi ni. Hai lahhh KL.

Kaitan satu kedai banyak tauke? Entah. Sebab aku dok fikir pasal program aku ni.  Satu program tapi banyak kepala. Sampai payah nak selaraskan. Yang ini kepala ayam, yang itu kepala cicak, yang sana kepala kambing, yang sinun kepala beruang. Habis semua bercakaran.

Ah payah! 

Monday, September 15, 2014

Please tell me.

Am I thinking too much? Am I worried too much? Am I caring too much? Or am I loving you too much?

I've tried hard. To ignoring you. Pretend like you're not exist. 

Lord, How long this gonna be happen? Every single second, I couldn't stop thinking. Is it my fault? Is there is anything I'm doing wrong?

Tell me. Yes. Tell me. What's wrong? 

My dear. Take as much times you want. Take as bigger space as you wish. I will never stop you. I will never force you. 

Just please. Tell me. Tell me if I'm wrong. Because I miss you a lot.

Sunday, September 14, 2014

Bahagia

Baru selesai siapkan dokumen untuk mesyuarat esok. 

2.13 am.

Lepas tu facebook-walking. Rasanya lebih ke arah stalking. Haha. 

Dapatan hasil stalking tadi:
1. Dia ok.
2. Dia dah ada anak.
3. Dia dah bertunang.
4. Dia masih berusaha untuk move on.

Lama. Lama dah sebenarnya. Tapi entah lah. Agaknya orang perempuan memang macam ni ke? Atau cuma perempuan macam aku yang begini. Begini, macam ni. Maksudnya selalu nak tengok yang lama, yang dulu. Mungkin sebab banyak perkara indah, kenangan indah. Yup. Memang banyak yang indah indag dulu. Sebab setiap yang diberi, memang aku bagi seikhlas hati. Sebolehnya untuk melihat senyuman dari wajah mereka, untuk dengar ketawa senang dari mulut mereka.

Dan lepas tu aku kembali ke sini. Ke blog lama yang sudah bersawang. Yang aku jenguk bila ada dua keadaan. Sedih dan gembira. Dan blog ini masih begini. Selepas beberapa tahun. 

Dan emailnya masih sama sejak tahun pertama diwujudkan oleh salah seorang manusia yang paling aku sayang. Tapi kadang kadang paling suka buat aku bengang. You know who you are. Right babe? Heh

Ironinya. Semuanya bahagia. Sedang dan masih bahagia. Tinggal aku tertanya. Macam mana cara untuk bahagia? Bahagia itu yang macam mana? 

Aku tinggalkan yang lama hanya untuk cari bahagia. Ya dulu memang sayang. Tapi tak bahagia. Tapi mereka bahagia. Macam mana aku tau? Entah. Sebab aku nampak senyuman digaris muka mereka. Itu senyuman bahagia sewaktu bersama aku. Dan itu juga senyuman bahagia setelah ketiadaan aku. Sudah. Pening.

Berhenti dulu. Terasa serabut. 

Ya. Kita akan bahagia. Kita memang boleh bahagia. Tinggal kau pilih nak atau tak?

Aku pilih nak tapi biar bahagia yang datang cari. Aku dah penat mengemis hati. 

Monday, August 25, 2014

...bukan rezeki kita

Kali ni bercakap tentang rezeki. 

Banyak sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni. Kebanyakkannya memang belum kita dapat. Harta, benda, karier, pasangan dan macam macam lagi. Dan bila kita dah dapat apa yang kita nak sebelum ni, ada benda lain pulak yang kita nak kejarkan.

Ini hidup. Penuh dengan keinginan dan impian. Penuh dengan cita cita dan harapan. Tapi tak semua kita dapat. Sebahagian je yang kita capai.

Bercakap tentang rezeki yang berkaitan dengan diri sendiri, kali ni bukan rezeki aku. Nak tapi tak dapat. Tak tahu sebav apa tak dapat. Nangis jugak bila tau tak dapat tu. Rasa sedih, stress jugak lah.

Tapi alhamdulillah, bila duduk diam diam terfikir, mungkin aku belum layak atau tak sesuai untuk apa yang aku nak. Mungkin Allah dah standby yang lebih baik untuk aku. Dah memang bukan rezeki aku.

Jadi redha. Sabar. Ikhlas.

Tiga perkara ni yang aku sedang belajar dan cuba capai. Ya. Allah sedang bercakap dengan aku. Allah sedang menguji aku. Dan ya, itu bukan rezeki aku. 

Sabar. Ikhlas. Reda.
Itu lah Islam.

Wednesday, August 20, 2014

Kabur

Ntah kenapa tiba tiba aku rasa arah aku kelam.
Apa yang aku rancang nampak pudar.
Semangat yang dulu tinggi menggunung terasa melayang layang.

Pandang depan. Kabur.
Ini lebih kabur dari pandangan mata sebenar. Ya, aku rabun.
Tapi ini bukan kabur rabun.

Ini hilang arah.
Ini hilang tujuan.
Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima hari.
Masih lagi kabur. Rasa macam semua berhenti. Semua yang aku tulis dalam plan tindakan hilang. 

Susah hati aku. Tenang mula hilang. 
Gelisah mula datang. 

Ok. Butir butir jerawat dah kelihatan. Mungkin sampai masa aku duduk diam diam. Tengok belakang. 

Ada apa apa yang aku terlepas pandang? Ada apa apa yang aku tersalah cakap?

Thursday, August 14, 2014

Kisah Yang Berubah.

Bismillah. Assalammualaikum.

Lama. Terasa lama. Tanpa sedar banyak perkara berubah.

Dulu ambil gambar guna kamera filem. Simpan duit kena pegi kaunter. Tulis blog lalu laptop. Sekarang semua kat hujung jari je.

Bukan pasal teknologi dan gajet aku nak cerita. Ini tentang hidup. Tentang dunia. Tentang kisah kita.

Untuk pertama kalinya, di sini aku mohon maaf. Untuk setiap perancangan yang tidak seperti yang kita jangka kan. Untuk setiap susunan kata kata yang terlepas aku ucapkan. Untuk setiap janji janji yang tak tertunaikan. 

Untuk rasa hati yang bukan untuk kau lagi.

Jujurnya. Aku tak pernah terfikir sejauh ini hidup kita berpusing. Berubah. Bertukar. Tak pernah fikir. Kau mungkin saja ucap "tak percaya" "tak mungkin". 

Dan percayalah kau. Aku juga ucap ayat yang sama. Dan tak tipu perasaan terkejut, tak percaya itu masih ada. 

Semua cepat. Laju. Aku anggap ini semua aturan Allah. Dia empunya hidup kita, Dia berkuasa atas kita. Dan semuanya berjalan tanpa halangan, antara aku dan dia. 

Aku tau singkat. Kau dan mereka akan kata aku buat keputusan dalam waktu singkat. Aku akui. Aku cuma tetapkan dalam hati, aku serah pada Sang Pemilik Hati dan keluarga tersayang. Aku tak tahu baik atau tidak. Betul atau salah. Yang aku tahu, aku yakin dengan Dia. Aku terima aturan Maha Esa. 

Aku sedang cuba kenal dia. Dan dia juga masih usaha. Untuk sama sama sesuaikan hati kami berdua. Untuk sama sama tunjuk apa yang sama apa yang beza.
Kerana istilah sahabat antara kami akan bertukar. 
Kerana insyaAllah kami akan hidup bersama. 

Thursday, June 5, 2014

Telefon Kokak

Sebelum tengok wayang. Sambil mulut mengunyah sandwich. 

Dia : Jom ambil gambar jap. Eh,heng pulak telefon ni. 

Aku : Awak tukar lah telefon tu. Telefon tu dah kokak lah. 

Dia : Nak tukar telefon apa sayang? 

Aku : Ha,Iphone! Gambar cantik! 

Dia : Berapa harga? 

Aku : RM 2000+ lah awak. 

Dia : Erm. Kalau saya tukar Iphone sekarang, tak dapat lah beli cincin tunang. (cakap sambil sengih) 

Aku : (kecikkan mata)

Tuesday, May 20, 2014

...and I still care

Kadang ada masa kita akan lihat balik. apa yang dah kita lalui dalam beberapa tahun belakang ni.

Dan ada perkara yang akan tetap kita bawa ke depan. Mungkin bukan sebagai harapan. Lebih kepada kenangan.

Terima kasih kepada orang-orang yang memberikan kenangan yang baik.

Dan aku harap aku juga menjadi kenangan yang baik dalam hidup kamu.

Biar senyap, biar hilang. Asalkan dalam hati aku, dalam doa aku masih ada sedikit untuk kamu.

Bahagia. Bahagia aku rasa. Bila lihat kamu dari jauh. Dan nampak kamu juga bahagia.

Itu bahagia sebenar.

Coretan ini bukan untuk harap simpati, jauh sekali ingin kembali. Cuma kadang-kadang bila ada waktu-waktu tersendiri. Memori itu akan muncul tanpa disedari.

Aku tak menyesal kehilangan kamu dan kamu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku yakin dan percaya. Kamu juga mahu aku bahagia. 

Seperti kamu dan dia. Seperti kamu dan dia. Juga seperti kamu dan dia.

Terima kasih untuk masa dulu. Terima kasih untuk waktu itu. 

Terima kasih kamu :)


Wednesday, April 2, 2014

Keghairahan

Hamboi. Malam-malam camni tajuk entry ghairah ghairah. haha

Lawak jugak tetiba perkataan ni muncul dalam otak aku. Tapi sebenarnya ada perkara tiba-tiba melintas kat fikiran ni ha.

Tadi aku adalah terbaca kat blog mana ntah tak ingat. Writer tu cakap antara kerja yang tak membosankan, tak buat kita rasa macam benda tu kerja adalah menulis. Ada 10 kerja tapi yang aku fokus sekarang ni kat menulis. Atau sekarang orang banyak menaip jadi kita ambil sebagai mengarang lah kan. Universal sikit bunyiknya jahhh.

Lepas tu aku teringat semalam,ada orang muncul kat tv cakap kita mesti carik balik passion kita. Maknanya keghairahan kita. Ini bukan ghairah 18sx tu lah. = ='(ada sorang member tu suka guna simbol macam ni untuk cakap "blerghhh")

Lat dua tiga hari lepas, aku macam dilanda kebosanan tahap meroyan. Terasa macam kosong sampai lah aku hangin hangin kat sorang mamat ni. Tak pasal-pasal aku kena marah balik. cilakak!

Bila fikir punya fikir, baru aku teringat. I lost my passion! damn!

Jadi hilang semangat untuk bergerak secara produktif. Rasa malas nak bangun tido, nak siapkan kerja,nak pergi pejabat, nak pergi solat. Semua rasa mcm =='

Macam-macam cara aku carik balik. Dua hari jugak lah aku lost. Tak tau apa yang aku carik. Pastu hari kedua tersedo. Firstly, mintak ampun kat Tuhan sebab lalai. Ikut sangat rasa bosan kat hati tu. Ini semua pengaruh syaitonnnn. cilakak betul!. Lepas tu aku ingat aku suka baca novel, suka mengarang. Jadi terus datang balik semangat tu selepas blogwalking. gituuu.

Kiranya pesanan aku malam ni :

" ada masa kita akan rasa kosong. Saat semua ada dalam genggaman namun kita masih lagi tidak puas. Terasa macam ada lagi paku tak dipahat, tiang tak diketuk. Sedangkan rumahnya sudah siap. Jika itu apa yang kau rasa sekarang, kembali lah. Kembalilah kepada Pencipta. Ingatlah kembali tujuan asal kita di dunia. Untuk apa kita bergembira andai itu menjauhkan kita dari Dia. Relakan kekosongan itu ada, kerana detik itu lah Dia mahu kita kembali padaNya"
Manusia akan selalu kecewa saat menghadapi dua nikmat. Nikmat sihat dan nikmat lapang.

Rahmat Tuhan yang mana satu yang telah kau sia-siakan? 

Soalan Asas Untuk Bakal Majikan

Assalammualaikum.

Tadi dapat mesej dengan Tuan Presiden, suruh aku telefon ofis mitak update tugasan baru. Sementelah itu (ayat klasik), nak bagi tahu yang aku kena pindah ofis lagi. Masuk ni dua kali aku pindah ofis dalam masa sebulan. Rezeki jadi orang bagus buat kerja ni, semua orang nak kau nok. (perasan)

Hari ni aku cuma nak ingatkan diri sendiri dan engkorang lah, pasal soalan-soalan asas yang patut engkorang tanyakan kepada bakal majikan engkorang sebelum terima sesuatu kerja tu. Sebab aku dah pernah terkena, main terima je keja. Tak memasal semua kerja yang tak relate dengan aku pun aku buat. So kat bawah ni adalah beberapa perkara yang engkorang boleh tanyakan untuk sesuatu jawatan tu:

1. Skop kerja saya apa? Saya tahu saya kerja bahagian sekretariat Perpadua tapi saya nak lebih terperinci sebab takut lari dari tugas. 
- Supaya engkorang ada guideline kerja engkorang. Takdelah engkorang jadi kuli buat kerja orang.

2. Berapa gaji yang saya akan dapat? Dan siapa akan bayar gaji saya? (jumlah gaji kena lebih tinggi daripada gaji sebelumnya) . 
- Dan perlu tahu siapa akan bayar gaji anda. Soalan ni lebih sesuai diguna kalau engkorang kena trasfer ke syarikat lain.

3. Apakah kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan jika sy memilih kerja di tempat anda? Berapa hari cuti, ada dapat bonus tak? Ada KWSP tak?

Ha tu semua kena tanya. Itu soalan yang paling asas sekali, kot kot ada soalan lain elok ditanyakan mse interview tu, tanyalah. Bakal majikan akan nampak engkorang berminat lah pasal company dia tu.

Itu je yang akak rasa soalan asas.

Thursday, March 27, 2014

Penenang Dalam Kesulitan


SubhanaAllah. Aku terlupa, sepatutnya aku berikan penyelesaian di setiap entry aku. Bukan meluah tanpa jalan keluar kan. Kat sini aku kongsi kan, kalau kita tengah marah, susah hati, penat hati dan perasaan dengan apa sahaj yang datang. Jangan lupa zikirkan ayat di bawah. Ini yang paling senang, moga kita sama sama dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah





There is neither might nor any power except with Allah

Wednesday, March 26, 2014

Salah Guna Ayat Untuk Kepentingan

Selamat tengahari!

Entah kenapa beberapa hari ni aku asyik dapat mood negatif aje. Banyak perkara tiba-tiba melingkar. Dengan kerja yang bertukar-tukar pejabat, bertukar-tukar kerja. Bajet semua orang nak aku kan. Tapi masih lagi aku rasa tak stabil.

Hari ni ambil masa lunch hour ni aku nak persoalkan orang yang suka salah guna bahasa atau salah guna ayat untuk kepentingan sendiri. 

Pernah engkorang dapat ayat macam ni "take this as your challenge, you will know how strong you are" atau dalam Bahasa Melayu nya "ambil ia sebagai cabaran awak". Ya, memang ayat ni ayat untuk memotivasikan kita. Cuma aku rasa kebanyakkan orang guna ayat ni untuk lepaskan tanggungjawab sendiri kat orang lain. 

Tapi kebanyakkan kita fikir macam ni " ha aku dulu selalu dapat keje last minit,ad hoc, tapi boleh aku buat. kelam kabut tu memang lah"

Memang lah boleh buat, sebab nak tak nak kena buat. Kalau tak nama kau buruk, reputasi kau jatuh. Tapi kenapa setelah beberapa kali kau dapat keje kelam kabut macam tu, kau masih tak ubah cara kerja? Jadikan kerja lebih teratur. Lebih mudah untuk kau urus. Lebih mudah untuk kau selesaikan tanggungjawab yang lain. 

Bukan ke Islam itu menggalakkan kita sentiasa tenang. Buat keputusan dalam keadaan yang tenang. Buat kerja dalam keadaan yang teratur. Kalau kita masih juga nak buat kerja last minit, dengan alasan "itu adalah cabaran" kita tak rasa ke sebenarnya kita hanya memperdaya diri sendiri?

Aku memang akui, aku seorang yang sukakan jadual yang teratur, kerja-kerja dilakukan ikut proses, dan akan jadi kelam kabut bila satu perkara tu lari dari jadual sepatutnya. Tapi yes aku bukan lah sebegitu rigid. Cuma aku suka ada aturan, supaya tak kelam kabut kemudiannya. Tapi memang semua tak sempurna,pasti akan ada slack sana sini. Apa pun, selagi boleh kawal, kawal lah. Selagi sempat atur, atur lah. Jangan semua nak ad hoc. 

Aku memang benci akan kelam kabut sebab aku sendiri kadang-kadang kalut.

Komplen tak sudah sudah

Assalammualaikum, selamat petang.

Alkisahnya pagi pagi tadi aku dah rasa hangin satu badan. Tapi petang ni baru dapat taip sebab kena lah siapkan keje kat ofis kan. Tak kan lah pekerja berdedikasi macam aku ni nak curik tulang time keje. Ye tak?

Semua orang nak sempurna, semua orang nak gaji tinggi, rumah besar, kereta mewah yang tak payah bayar bulan-bulan ansurans, makanan sedap, badan sihat,otak cerdas dan macam-macam lagi lah. Tapi pernah tak guna otak sikit kalau engkorang nak dapat semua tu engkorang kena USAHA.

Yup, usaha. Baru dapat yang terbaik. Sebab Allah tak ubah nasib kita kalau kita sendiri tak nak ubah, means kita tak nak usaha. Bila dah usaha insyaAllah Allah bagi yang terbaik. Tapi kalau dah usaha pun,kau masih dapat yang belum baik, jadi sangka baik dengan Pencipta. Mungkin Dia nak bagi yang lebih baik.

Ok, tutup part tu. Tu semua orang dah paham.

Ini yang aku tak paham. Dan aku rasa engkorang ada yang tak paham jugak. Bangsa orang yang suka komplen sana sini, komplen tak sudah-sudah. Tapi nak hasip tip top, power, luar biasa bagus. Apa kes? Aku dah jumpa bangsa macam ni. Tak banyak tapi menyakitkan hati jugak. Mula-mula aku boleh lagi layan, dengar luahan hati dia. Lama-lama aku tengok dia yang sendiri tak nak usaha. Semua main nak tadah. Bill Gates pun boleh bankrap kalau dapat staf bangsa nganga je macam ni!

Kau sebelum komplen, kau tengok dulu usaha kau. Banyak mana dah? Level berapa dah? Baru kau boleh komplen suka hati kau. Paham?



kamus Joho
bangsa : jenis

Tuesday, March 18, 2014

Mengurat Tak Sudah

Ha yang ini aku tak tahulah nak marah ke nak gelak.

Semalam waktu aku menjalankan tugas kat ofis nun, dapat panggilan daripada mamat ni. Gaya bahasa masa memula macam berprinsip, tawaduk dan berkebajikan. Maklumlah pegawai kebajikan katanya. Mintak tolog itu ini. Aku pun selaku penduduk Malaysia yang berbudi bahasa, pekerja yang bakal jadi majikan dan sahabat yang boleh bawak bincang, dengan ikhlasnya nak menolong lah apa yang patut. Sebab dengar ayat " saya carik penginapan ni untuk orang-orang OKU"

So kalau engkorang, mestilah melting hati tu jap. Rasa kesian lahaiii. 

Tapi ingatkan dah habis. Tetiba boleh pulak dia ayat aku! (tak kisah lah kalau engkorang kata aku perasan or whateverrr). Boleh pulak bagi gambar pakai kopiah lepas tu tazkirah. Yang palig tak boleh blah bagi gambar Kaabah. Apa ingat aku tergoda lah dengan imej ustaz yang dia bagi tu?! Tepuk dahi terus ahkak. Rasa nak mencarut je time tu. Bayangkan lah dari siang bawak ke malam. Sampai esok pagi, rajin beno taip tazkirah. Hello aku tak kisah, lagi berbesar hati kalau ada yang sudi kongsi ilmu agama. Yelah,ilmu aku pun masih cetek paras paras hidung aje ni. Tapi tolonglah, bukan dengan niat nak mengorat ke menggatal ke hape.

Tapi pengajaran jugak lah kat aku. Tak nak dah letak gambar comel comel. Terus tukar gambar tak tunjuk muka kat watsep tu. huhu. Mula nya letak gambar nampak muka biar senang orang nak berurusan dengan kita. Tapi ni dah salah guna pulak. Sabar jelah nak oii.

Kalau aku dapat mamat ni, aku luku luku kepala lutut dia 100 kali! huh


Yang senang di ayat tapi susah melekat,
Kak Nab

Sunday, March 16, 2014

M.E.M.O.R.I

M.E.M.O.R.I

Enam huruf je. Tapi banyak isinya.

Selagi masih bernafas, selagi itu masih banyak yang kita masih ingat. 

Jangan tak mengaku kalau kau kadang-kadang pernah terbangun tengah malam, atau hujunh-hujung mata yang nak terlelap. Semata-mata nak bukak balik laptop, tengok gambar-gambar lama. Gambar dua tiga tahun lepas. Tak pun gambar lima enam tahun lepas. Dan tiba-tiba kau tersenyum, tiba-tiba airmata kau mengalir.

Teringat cerita lama. cerita sedih. cerita bahagia. cerita lawak. dan cerita marah.

Itu jugak pesen aku. Boleh tiba tiba jadi drama samarinda. Paling teruk kalau  masuk slot Suria Cinta. perghhh

ok,ok. Sebenarnya nak cover yang aku tengah layan mood kenangan mengusik jiwa ni. Dah 25 tahun hidup kat bumi Allah ni. Banyak perkara berlaku dalam hidup. Membesar menjadi seorang perempuan. Yang boleh tahan ayu jelita (kahkahkah). Di tambah sifat peramah (ikut kesesuaian kawasan), ramai orang aku kenal. Tapi tak semua masuk dalam memori ingatan. Betapa bahagianya lah kalau aku wujud dalam memori ramai orang. Harap ingatan yang baik-baik jelah pasal aku. Kot-kot aku ni terwujud dalam ingatan "patahkan hati orang, dendam tak kesudahan, cinta tak kesampaian, penghalang anugerah tokoh pelajar sekolah" dan yang sewaktu dengannya,harap angpa maafkan aku na. Takde niat pun nak jadi kenangan negatif dalam jiwa raga akal fikiran engkorang. 

Untuk orang orang yang dalam ingatannya masih ada aku, masih wujud imbasan senyumku, masih terasa kehadiran aku, terima kasih sebab izinkan aku hadir dalam lembar lembar memori kamu. Bertuahlah aku kalau aku menjadi penyebab senyum kamu, menjadi titik mula bahagia kamu dan seterusnya jadi memori indah malam malam kamu. Begitu juga aku. Bertuahnya aku mempunyai memori indah dengan kamu.

Terima kasih sebab berikan yang indah wujud dalam memori aku. Terima kasih sebab berikan aku isi dalam doa doa ku. Semoga aku, kau dan dia terus bahagia!




Wednesday, February 5, 2014

Dia Telah Memanggil...


Aku jarang mengalah bila diuji. Tapi kali ni, rasa tak larat lagi. Berat sangat bahu nak diangkat. Lagi berat kepala nak pandang ke depan.

Kau pernah rasa macam ni? Sungguh, aku betul betul rasa diuji. Kali ni. 

Mungkin sangat terasa. Sebab kali ni aku melangkah sorang sorang.
Kali ini aku bertatih pelan pelan.
Kali ini aku menangis diam diam.
Kali ini aku bicara agak kurang.

Cuma yang aku pasti, kali ini sujud aku lebih dalam. 
Waktunya tak lagi hanya malam.
Doaku lebih panjang. 
Kadang tidak mahu bangun, kalau boleh aku mahu terus duduk disitu. Bersendirian.

"Allah, jika ujianMu ini untuk menjadikan aku lebih kuat dan matang, untuk jadikan aku manusia yang lebih sempurna pada masa depan, Aku redha dengan ujianMu wahai Tuhan. Namun aku mohon, gantikanlah kesukaran ini dengan nilai kebaikkan yang lebih besar. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Aku rasa aku tahu apa yang Dia mahu berikan.
Masa bersamaNya. Rayuan dan rintihan kepadaNya.

Sungguh manusia, kau terlalu leka tentang dunia. Kau lupa pada Pencipta.
Mungkin ini lah masa, untuk kau kembali sujud pada Dia.

Tuesday, February 4, 2014

friendzone lebih selamat?

Gituuu tajuk entry hari ni. Hahaha


Siapa setuju friendzone lebih baik angkat tangan! Yang tak setuju angkat kepala! 
Hoiii kang ada yang tanggal kepala. Mak tak tanggung ok.

Semalam scroll twitter, tetiba terbaca ada orang confess pasal dia kena friendzone dgn kwn yang dia minat. Aku pun cakap dalam hati "alahaiiii macam sadisnye kau"

Tapi diam-diam aku pun fikir jugak, ada baiknya friendzone kan aje. Senang sikit. Kau tak melebih, aku pun tak rasa serba salah. Ha kejam sikit gitu. Haha

Kenapa wujud friendzone? ntah aku pun tak tahu asal kejadiannya yg sebenar. huhu. Yang aku paham, dua makhluk berlawanan jantina ini telah berkawan lama. Mungkin bertpuluh tahun, mungkin berpuluh ribu hari. Tapi akhirnya salah sorang terjatuh hati uolsss kat kawan dia tu. Mungkin dua-dua ada feeling pun ye jugak. Tapi atas sebab yang dorg dah pilih dan tak dapat dielakkan,so tak dapatlah nak jadi pasangan kekasih. So decide jadi friendzone. Gitu. Panjang Kak Nab explain ni. hahaha

Pada aku susahnya friendzone ni :

1. Kena sembunyik feeling perasaan korang tu.
2. Kena jadi pelesu. Berlagak tak toucing atau terasa dgn setiap perbuatan orang yang kau suka. Lagi-lagi terpaksa berlakon jadi selamba. Setakat cakap "I Love You" kat orang tu tanpa ada perasaan. Konon-kononlah. 
3. Terpaksa nangis sembam muka kat bantal bila tacing dgn apa kawan kau tu buat. Yelah,nak merajuk kang cakap over pulak. Nak buat takde pape pun tak lah tahan sangat. Sedih woooo
4. Kalau kau ada masalah nak bayar air sirap kat warung Kak Leha tu, tebal pulak muka nak mintak pinjam dia. kalau dgn boipren / gelpren korang, cepat je nk buat ayat pinjam duit. kannnn?
5. Tak boleh nak beria belikan kek sambut besday orang tu. Kang nanti nampak over pulak engkorang. 

Ha gitu lah yang aku dah analisa buruk sikit friendzone ni. Sebab dulu aku penah buat lah aku tau. Haha

Tapi yang bagusnya.....ada bagus ke? 

Mungkin hubungan persahabatan tu terjaga lah. Cuma kalau kau makan hati, kau tak boleh nak merajuk rajuk hentak kaki depan member tu. Tak de nye die nak pujuk kan.

Gitulah yang aku fikir dari semalam. Takde lah buruk sangat pun friendzone. Dah kalau tak boleh lebih dari kawan nak buat macam mana kan. Mungkin lebih baik jadi kawan aje. Allah lebih tahu mana yang baik untuk kita ye dok?

Monday, January 27, 2014

Youth Exchange and Study Programme 2013 - Pariaman,Indonesia

Ini cerita tahun lepas punya. Baru hari ni nak update. haha.

Malas nak mukadimah panjang-panjang. Aku organized program ni tahun lepas bulan November. Masa tu baru masuk kerja kat Cheras ni. Dan juga baru masuk NGO ni. Tak tahu lah aku sebab apa boleh join NGO ni. Mungkin pak cik aku aktif, jadi aku pun tumpang lah sikit. Tapi aku dengan yakinnya cakap aku join pun sebab aku layak join. Suka hati korang lah nak cakap apa pun. huhu

Ok sambung,programni kerjasama dengan Komitee Nasional Pemuda Indonesia (KNPI),Kota Pariaman, Sumatera Barat. Sempena Pesta Tabuik dorang ni,so kita pun buat lah program. Sebenarnya program ni exco lain punya. Tapi bila aku dah dilantik jadi Pengerusi Biro YES ni, aku lah take over. Kalut + hangin + stress memang tak payah cakap dah nampak. Apa pun program berjaya. Tak rugi tak untung. Program berbayar nok. Kau mampu buat?

*hisf hisfff jangan riak.

Hari pertama tiba di Kota Pariaman. Kasi pulun nasik padang dulu

Kira sesi suai kenal lah ni. Aku duk je depan tu, buat-buat fokus.

Ni ha komponen Tabuik tu. Beso baq hang. Dorang bawak sikit-sikit, pasang kat dataran.

Amoi-amoi UMT seghonok main gedang. Siap menari. Kau hado?

Tu belakang tu yg macambadan kuda tu badan Tabuik. Kira tinggi 4 tingkat bangunan kalau siap pasang semua.

Muka-muka eksaited nak lepaskan penyu. Nak buek camno, penyu Ganu dah tak ado.

Memasing bagi semangat kat anak penyu untuk balik ke laut. syahdu time ni.

Ni lah gadis-gadis peserta program. Muslimah semua ni. Tapi kuat berjalan.


Aktiviti kat rumah anak yatim. Macam biase, aku akak fasi yang berjaya. Dgn presiden sekali jadi siput kat depan tu.

Sebahagian penghuni anak yatim Muhammadiyah.

Nak balik dah. Macam biase, aku pengarah program mesti ade kat depan. kahkahkah

Pastu melawat home industry. Si balkis dok try nak buat kuih. semua failed! termasuk aku.


Petang-petang pulak join Aksi Bumi Hijau dorang. Tanam-tanam pokok kat area Taman Jawi nyah.

Sesi amek gambo harus ade. Dgn Wawako (wakil walikota). macam wakil meteri beso lah gitu.

Ha tu Tabuik dah siap. bawak tepi pantai. ni view dari atas pentas. betapa tingginye ia!
Alhamdulillah. Selesai program. Aku panggil ni program "cuci tangan". Malas nak bagitau sebab. apa pun syukur dah selesai. sekarang fokus program kat Ho Chi Minh, Vietnam, bulan Februari nanti. sape nak join meh follow FB aku, tinggal kan msg. Kbai.

Tuesday, January 7, 2014

Cerita hari selasa

Assalammualaikum! Hello!

ceria gitu nok. haha

sebenarnya aku dah nak balik ofis ni. dah pukul 4.35 petang. kira dah nak pukul 5 lah kan. orang kat Putrajaya tu pukul 4.30 dah keluar pergi jogging okay (mungkin tak semua).

Hari ni aku bengang sikit dengan sorang makhluk ni. kita tanya dia, dia tanya kita. rasa rasa macam nak bagi pelempang sedas dua. boleh?

ok, dah habis dengan mamat sorang tu. malas aku nak memaki hamun, sebab misi utama tahun 2014 ni nak jadi perempuan sopan + solehah. kau hado? 

Sebenarnya aku nak kongsi kisah benar ni. tak tipu. sungguh!

Pagi tadi seseorang yang rapat dengan aku tu dalam kesusahan. kesian. tayar motor pancit. dan kebetulan aku bangun awal pagi tadi. (satu lagi azam 2014 : bangun awal pagi). jadi dapat lah aku pergi tengok dia kat kedai motor tu, sambil-sambil pergi sarapan. sebab masa tu baru pukul 8.30 pagi, aku selalu masuk ofis pukul 9.30. hehe.

Masa nak gerak tu, aku tengok minyak keta tinggal satu bar. semalam dah berjalan dari cheras-bangi, bangi patah balik cheras. memang rasa macam dah nak liplap lampu tu. tapi tawakal aje sambil mulut ni ucap "SubhanaAllah" sepanjang jalan. yelah, bayangkan jalan kat KL ni kan kalau tak jem tak sah. risau lah mati tepi jalan je keta aku tu. haha. sambung cerita. yakin je aku bawak keta, sambil mata tu jeling-jeling kat gambo tank minyak. memang agak jem jugak jalan. Akhirnya sampai jugak kat tempat motor dia pancit!

Syukur sangat-sangat! 

Moralnya : zikir tu pembuka jalan. dengan syarat kau yakin Allah sentiasa menolong hambaNya. rajin-rajinkan berzikir. InsyaAllah, susah akan jadi mudah.