Aku jarang mengalah bila diuji. Tapi kali ni, rasa tak larat lagi. Berat sangat bahu nak diangkat. Lagi berat kepala nak pandang ke depan.
Kau pernah rasa macam ni? Sungguh, aku betul betul rasa diuji. Kali ni.
Mungkin sangat terasa. Sebab kali ni aku melangkah sorang sorang.
Kali ini aku bertatih pelan pelan.
Kali ini aku menangis diam diam.
Kali ini aku bicara agak kurang.
Cuma yang aku pasti, kali ini sujud aku lebih dalam.
Waktunya tak lagi hanya malam.
Doaku lebih panjang.
Kadang tidak mahu bangun, kalau boleh aku mahu terus duduk disitu. Bersendirian.
"Allah, jika ujianMu ini untuk menjadikan aku lebih kuat dan matang, untuk jadikan aku manusia yang lebih sempurna pada masa depan, Aku redha dengan ujianMu wahai Tuhan. Namun aku mohon, gantikanlah kesukaran ini dengan nilai kebaikkan yang lebih besar. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"
Aku rasa aku tahu apa yang Dia mahu berikan.
Masa bersamaNya. Rayuan dan rintihan kepadaNya.
Sungguh manusia, kau terlalu leka tentang dunia. Kau lupa pada Pencipta.
Mungkin ini lah masa, untuk kau kembali sujud pada Dia.
No comments:
Post a Comment