Malas nak mukadimah panjang-panjang. Aku organized program ni tahun lepas bulan November. Masa tu baru masuk kerja kat Cheras ni. Dan juga baru masuk NGO ni. Tak tahu lah aku sebab apa boleh join NGO ni. Mungkin pak cik aku aktif, jadi aku pun tumpang lah sikit. Tapi aku dengan yakinnya cakap aku join pun sebab aku layak join. Suka hati korang lah nak cakap apa pun. huhu
Ok sambung,programni kerjasama dengan Komitee Nasional Pemuda Indonesia (KNPI),Kota Pariaman, Sumatera Barat. Sempena Pesta Tabuik dorang ni,so kita pun buat lah program. Sebenarnya program ni exco lain punya. Tapi bila aku dah dilantik jadi Pengerusi Biro YES ni, aku lah take over. Kalut + hangin + stress memang tak payah cakap dah nampak. Apa pun program berjaya. Tak rugi tak untung. Program berbayar nok. Kau mampu buat?
*hisf hisfff jangan riak.
Hari pertama tiba di Kota Pariaman. Kasi pulun nasik padang dulu |
Kira sesi suai kenal lah ni. Aku duk je depan tu, buat-buat fokus. |
Ni ha komponen Tabuik tu. Beso baq hang. Dorang bawak sikit-sikit, pasang kat dataran. |
Amoi-amoi UMT seghonok main gedang. Siap menari. Kau hado? |
Tu belakang tu yg macambadan kuda tu badan Tabuik. Kira tinggi 4 tingkat bangunan kalau siap pasang semua. |
Muka-muka eksaited nak lepaskan penyu. Nak buek camno, penyu Ganu dah tak ado. |
Memasing bagi semangat kat anak penyu untuk balik ke laut. syahdu time ni. |
Ni lah gadis-gadis peserta program. Muslimah semua ni. Tapi kuat berjalan. |
Aktiviti kat rumah anak yatim. Macam biase, aku akak fasi yang berjaya. Dgn presiden sekali jadi siput kat depan tu. |
Sebahagian penghuni anak yatim Muhammadiyah. |
Nak balik dah. Macam biase, aku pengarah program mesti ade kat depan. kahkahkah |
Pastu melawat home industry. Si balkis dok try nak buat kuih. semua failed! termasuk aku. |
Petang-petang pulak join Aksi Bumi Hijau dorang. Tanam-tanam pokok kat area Taman Jawi nyah. |
Sesi amek gambo harus ade. Dgn Wawako (wakil walikota). macam wakil meteri beso lah gitu. |
Ha tu Tabuik dah siap. bawak tepi pantai. ni view dari atas pentas. betapa tingginye ia! |
No comments:
Post a Comment