Sebab sabar itu lebih indah.
Sebab sabar itu amat susah bagi mereka yang sentiasa resah.
Sebab sabar itu amat jauh bagi mereka yang pendek cita cita dan impiannya.
Jangan marah sayang.
Sebab hati akan sakit.
Sebab hati akan simpan rasa pedih dan perit.
Nanti lama lama kau jadi sedih.
Wahai hati.
Sayang secukupnya. Beri seikhlasnya. Doa minta pada Dia sebanyak banyak ya.
Bila mana kau rasa lemah, kau rasa pedih. Anggap itu semua sementara. Sebab kau dan aku memang tidak tahu.
Apa aturan Tuhan yang terbaik untuk kita di hujung waktu.
Jadi jangan pernah rasa kecewa, jauh hati sampai sempit.
Selagi masih ada nafas, selagi masih ada rasa degup jantung pantas,
Jangan rasa jemu, untuk terus luahkan perasaan.
"Sayang, terima kasih"
"Sayang, selamat pagi"
"Sayang, mimpi indah"
Sebab kau tak kan tahu, bila Tuhan mula rasa rindu terhadap dia yang kau kasih.
Sebab kau tak kan tahu, bila Tuhan mahu jemput kembali dia yang kau sisih.
No comments:
Post a Comment