Lelaki yang aku cintai,
Begitu mendambakan kasih llahi,
Tiada melainkan di hati,
Hanya Iman dan taqwa kepada pencipta diri.
Rasullulah dijadikan teladan,
Al-Quran dan sunnah menjadi rujukan,
Kerana dia begitu mengimpikan,
Indah iman dan islam dalam kehidupan.
Lelaki pemilik hatiku,
Berbakti pada ummi dan abi,
Selagi ia masih berpandu,
Apa yang diperintah Tuhan yang satu.
Dirinya sedar juga mengakui,
Tanggungjawab yg diberi Rabbul Izzati,
Untuk melindungi dan menjauhi,
Kaum keluarga dari neraka Illahi.
Lelaki yang menarik minatku,
Menyuburkan iman siang dan malam,
Dia juga yang aku mahu,
Menundukkan pandangan dari yang haram.
Pemilik cintaku ini,
Tidak hanya mengimpikan yang solehah,
Tetapi turut mengislah diri,
Untuk menjadi pemuda soleh.
Sentiasa berusaha menahan diri,
Daripada memberi cinta di hati,
Yang hanya khusus untuk isteri,
Kerana cintanya tidak mahu dikongsi.
Lelaki yang aku sayangi,
Ku terima nikah yang kau beri,
Ku mohon benihkan dalam diri,
Cinta pada Rasullulah dan Rabbi.
Ku mencintaimu kerana agama,
Andainya hilang islam mu,
Terima la hakikat bahawa,
Cintaku tiada lagi untuk mu.
Lelaki yang aku kasihi,
Sentiasa mempersiapkan diri,
Memimpin amanah yang dimiliki,
Menuju ke syurga firdausi.
Ku fahami kau bukan nabi,
Kau tidak sempurna,
punya kekurangan tersendiri,
Aku juga bukan bidadari,
tapi yang aku mahu,
kita saling memperbaiki,
memperingatkan diri,
di mana jua kita berada.
Lelaki yang amat kucintai,
Pemilik cinta hatiku ini,
Setelah Allah SWT dan Rasulullah SAW,
Ku khususkan hanya untuk dia yg bergelar suamiku,
Yang menemaniku ke syurga tertinggi.
utk kmu...lelaki yg aku cintai.....
inspirasi dr rumate trsyg......
inspirasi dr rumate trsyg......
alahai trima kasih la syg,....hak3
ReplyDeletesame2 kaseh...
ReplyDeleteSayang roomate panda saya(^_^)
ReplyDelete