mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Tuesday, March 18, 2014

Mengurat Tak Sudah

Ha yang ini aku tak tahulah nak marah ke nak gelak.

Semalam waktu aku menjalankan tugas kat ofis nun, dapat panggilan daripada mamat ni. Gaya bahasa masa memula macam berprinsip, tawaduk dan berkebajikan. Maklumlah pegawai kebajikan katanya. Mintak tolog itu ini. Aku pun selaku penduduk Malaysia yang berbudi bahasa, pekerja yang bakal jadi majikan dan sahabat yang boleh bawak bincang, dengan ikhlasnya nak menolong lah apa yang patut. Sebab dengar ayat " saya carik penginapan ni untuk orang-orang OKU"

So kalau engkorang, mestilah melting hati tu jap. Rasa kesian lahaiii. 

Tapi ingatkan dah habis. Tetiba boleh pulak dia ayat aku! (tak kisah lah kalau engkorang kata aku perasan or whateverrr). Boleh pulak bagi gambar pakai kopiah lepas tu tazkirah. Yang palig tak boleh blah bagi gambar Kaabah. Apa ingat aku tergoda lah dengan imej ustaz yang dia bagi tu?! Tepuk dahi terus ahkak. Rasa nak mencarut je time tu. Bayangkan lah dari siang bawak ke malam. Sampai esok pagi, rajin beno taip tazkirah. Hello aku tak kisah, lagi berbesar hati kalau ada yang sudi kongsi ilmu agama. Yelah,ilmu aku pun masih cetek paras paras hidung aje ni. Tapi tolonglah, bukan dengan niat nak mengorat ke menggatal ke hape.

Tapi pengajaran jugak lah kat aku. Tak nak dah letak gambar comel comel. Terus tukar gambar tak tunjuk muka kat watsep tu. huhu. Mula nya letak gambar nampak muka biar senang orang nak berurusan dengan kita. Tapi ni dah salah guna pulak. Sabar jelah nak oii.

Kalau aku dapat mamat ni, aku luku luku kepala lutut dia 100 kali! huh


Yang senang di ayat tapi susah melekat,
Kak Nab

Sunday, March 16, 2014

M.E.M.O.R.I

M.E.M.O.R.I

Enam huruf je. Tapi banyak isinya.

Selagi masih bernafas, selagi itu masih banyak yang kita masih ingat. 

Jangan tak mengaku kalau kau kadang-kadang pernah terbangun tengah malam, atau hujunh-hujung mata yang nak terlelap. Semata-mata nak bukak balik laptop, tengok gambar-gambar lama. Gambar dua tiga tahun lepas. Tak pun gambar lima enam tahun lepas. Dan tiba-tiba kau tersenyum, tiba-tiba airmata kau mengalir.

Teringat cerita lama. cerita sedih. cerita bahagia. cerita lawak. dan cerita marah.

Itu jugak pesen aku. Boleh tiba tiba jadi drama samarinda. Paling teruk kalau  masuk slot Suria Cinta. perghhh

ok,ok. Sebenarnya nak cover yang aku tengah layan mood kenangan mengusik jiwa ni. Dah 25 tahun hidup kat bumi Allah ni. Banyak perkara berlaku dalam hidup. Membesar menjadi seorang perempuan. Yang boleh tahan ayu jelita (kahkahkah). Di tambah sifat peramah (ikut kesesuaian kawasan), ramai orang aku kenal. Tapi tak semua masuk dalam memori ingatan. Betapa bahagianya lah kalau aku wujud dalam memori ramai orang. Harap ingatan yang baik-baik jelah pasal aku. Kot-kot aku ni terwujud dalam ingatan "patahkan hati orang, dendam tak kesudahan, cinta tak kesampaian, penghalang anugerah tokoh pelajar sekolah" dan yang sewaktu dengannya,harap angpa maafkan aku na. Takde niat pun nak jadi kenangan negatif dalam jiwa raga akal fikiran engkorang. 

Untuk orang orang yang dalam ingatannya masih ada aku, masih wujud imbasan senyumku, masih terasa kehadiran aku, terima kasih sebab izinkan aku hadir dalam lembar lembar memori kamu. Bertuahlah aku kalau aku menjadi penyebab senyum kamu, menjadi titik mula bahagia kamu dan seterusnya jadi memori indah malam malam kamu. Begitu juga aku. Bertuahnya aku mempunyai memori indah dengan kamu.

Terima kasih sebab berikan yang indah wujud dalam memori aku. Terima kasih sebab berikan aku isi dalam doa doa ku. Semoga aku, kau dan dia terus bahagia!




Wednesday, February 5, 2014

Dia Telah Memanggil...


Aku jarang mengalah bila diuji. Tapi kali ni, rasa tak larat lagi. Berat sangat bahu nak diangkat. Lagi berat kepala nak pandang ke depan.

Kau pernah rasa macam ni? Sungguh, aku betul betul rasa diuji. Kali ni. 

Mungkin sangat terasa. Sebab kali ni aku melangkah sorang sorang.
Kali ini aku bertatih pelan pelan.
Kali ini aku menangis diam diam.
Kali ini aku bicara agak kurang.

Cuma yang aku pasti, kali ini sujud aku lebih dalam. 
Waktunya tak lagi hanya malam.
Doaku lebih panjang. 
Kadang tidak mahu bangun, kalau boleh aku mahu terus duduk disitu. Bersendirian.

"Allah, jika ujianMu ini untuk menjadikan aku lebih kuat dan matang, untuk jadikan aku manusia yang lebih sempurna pada masa depan, Aku redha dengan ujianMu wahai Tuhan. Namun aku mohon, gantikanlah kesukaran ini dengan nilai kebaikkan yang lebih besar. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Aku rasa aku tahu apa yang Dia mahu berikan.
Masa bersamaNya. Rayuan dan rintihan kepadaNya.

Sungguh manusia, kau terlalu leka tentang dunia. Kau lupa pada Pencipta.
Mungkin ini lah masa, untuk kau kembali sujud pada Dia.

Tuesday, February 4, 2014

friendzone lebih selamat?

Gituuu tajuk entry hari ni. Hahaha


Siapa setuju friendzone lebih baik angkat tangan! Yang tak setuju angkat kepala! 
Hoiii kang ada yang tanggal kepala. Mak tak tanggung ok.

Semalam scroll twitter, tetiba terbaca ada orang confess pasal dia kena friendzone dgn kwn yang dia minat. Aku pun cakap dalam hati "alahaiiii macam sadisnye kau"

Tapi diam-diam aku pun fikir jugak, ada baiknya friendzone kan aje. Senang sikit. Kau tak melebih, aku pun tak rasa serba salah. Ha kejam sikit gitu. Haha

Kenapa wujud friendzone? ntah aku pun tak tahu asal kejadiannya yg sebenar. huhu. Yang aku paham, dua makhluk berlawanan jantina ini telah berkawan lama. Mungkin bertpuluh tahun, mungkin berpuluh ribu hari. Tapi akhirnya salah sorang terjatuh hati uolsss kat kawan dia tu. Mungkin dua-dua ada feeling pun ye jugak. Tapi atas sebab yang dorg dah pilih dan tak dapat dielakkan,so tak dapatlah nak jadi pasangan kekasih. So decide jadi friendzone. Gitu. Panjang Kak Nab explain ni. hahaha

Pada aku susahnya friendzone ni :

1. Kena sembunyik feeling perasaan korang tu.
2. Kena jadi pelesu. Berlagak tak toucing atau terasa dgn setiap perbuatan orang yang kau suka. Lagi-lagi terpaksa berlakon jadi selamba. Setakat cakap "I Love You" kat orang tu tanpa ada perasaan. Konon-kononlah. 
3. Terpaksa nangis sembam muka kat bantal bila tacing dgn apa kawan kau tu buat. Yelah,nak merajuk kang cakap over pulak. Nak buat takde pape pun tak lah tahan sangat. Sedih woooo
4. Kalau kau ada masalah nak bayar air sirap kat warung Kak Leha tu, tebal pulak muka nak mintak pinjam dia. kalau dgn boipren / gelpren korang, cepat je nk buat ayat pinjam duit. kannnn?
5. Tak boleh nak beria belikan kek sambut besday orang tu. Kang nanti nampak over pulak engkorang. 

Ha gitu lah yang aku dah analisa buruk sikit friendzone ni. Sebab dulu aku penah buat lah aku tau. Haha

Tapi yang bagusnya.....ada bagus ke? 

Mungkin hubungan persahabatan tu terjaga lah. Cuma kalau kau makan hati, kau tak boleh nak merajuk rajuk hentak kaki depan member tu. Tak de nye die nak pujuk kan.

Gitulah yang aku fikir dari semalam. Takde lah buruk sangat pun friendzone. Dah kalau tak boleh lebih dari kawan nak buat macam mana kan. Mungkin lebih baik jadi kawan aje. Allah lebih tahu mana yang baik untuk kita ye dok?

Monday, January 27, 2014

Youth Exchange and Study Programme 2013 - Pariaman,Indonesia

Ini cerita tahun lepas punya. Baru hari ni nak update. haha.

Malas nak mukadimah panjang-panjang. Aku organized program ni tahun lepas bulan November. Masa tu baru masuk kerja kat Cheras ni. Dan juga baru masuk NGO ni. Tak tahu lah aku sebab apa boleh join NGO ni. Mungkin pak cik aku aktif, jadi aku pun tumpang lah sikit. Tapi aku dengan yakinnya cakap aku join pun sebab aku layak join. Suka hati korang lah nak cakap apa pun. huhu

Ok sambung,programni kerjasama dengan Komitee Nasional Pemuda Indonesia (KNPI),Kota Pariaman, Sumatera Barat. Sempena Pesta Tabuik dorang ni,so kita pun buat lah program. Sebenarnya program ni exco lain punya. Tapi bila aku dah dilantik jadi Pengerusi Biro YES ni, aku lah take over. Kalut + hangin + stress memang tak payah cakap dah nampak. Apa pun program berjaya. Tak rugi tak untung. Program berbayar nok. Kau mampu buat?

*hisf hisfff jangan riak.

Hari pertama tiba di Kota Pariaman. Kasi pulun nasik padang dulu

Kira sesi suai kenal lah ni. Aku duk je depan tu, buat-buat fokus.

Ni ha komponen Tabuik tu. Beso baq hang. Dorang bawak sikit-sikit, pasang kat dataran.

Amoi-amoi UMT seghonok main gedang. Siap menari. Kau hado?

Tu belakang tu yg macambadan kuda tu badan Tabuik. Kira tinggi 4 tingkat bangunan kalau siap pasang semua.

Muka-muka eksaited nak lepaskan penyu. Nak buek camno, penyu Ganu dah tak ado.

Memasing bagi semangat kat anak penyu untuk balik ke laut. syahdu time ni.

Ni lah gadis-gadis peserta program. Muslimah semua ni. Tapi kuat berjalan.


Aktiviti kat rumah anak yatim. Macam biase, aku akak fasi yang berjaya. Dgn presiden sekali jadi siput kat depan tu.

Sebahagian penghuni anak yatim Muhammadiyah.

Nak balik dah. Macam biase, aku pengarah program mesti ade kat depan. kahkahkah

Pastu melawat home industry. Si balkis dok try nak buat kuih. semua failed! termasuk aku.


Petang-petang pulak join Aksi Bumi Hijau dorang. Tanam-tanam pokok kat area Taman Jawi nyah.

Sesi amek gambo harus ade. Dgn Wawako (wakil walikota). macam wakil meteri beso lah gitu.

Ha tu Tabuik dah siap. bawak tepi pantai. ni view dari atas pentas. betapa tingginye ia!
Alhamdulillah. Selesai program. Aku panggil ni program "cuci tangan". Malas nak bagitau sebab. apa pun syukur dah selesai. sekarang fokus program kat Ho Chi Minh, Vietnam, bulan Februari nanti. sape nak join meh follow FB aku, tinggal kan msg. Kbai.

Tuesday, January 7, 2014

Cerita hari selasa

Assalammualaikum! Hello!

ceria gitu nok. haha

sebenarnya aku dah nak balik ofis ni. dah pukul 4.35 petang. kira dah nak pukul 5 lah kan. orang kat Putrajaya tu pukul 4.30 dah keluar pergi jogging okay (mungkin tak semua).

Hari ni aku bengang sikit dengan sorang makhluk ni. kita tanya dia, dia tanya kita. rasa rasa macam nak bagi pelempang sedas dua. boleh?

ok, dah habis dengan mamat sorang tu. malas aku nak memaki hamun, sebab misi utama tahun 2014 ni nak jadi perempuan sopan + solehah. kau hado? 

Sebenarnya aku nak kongsi kisah benar ni. tak tipu. sungguh!

Pagi tadi seseorang yang rapat dengan aku tu dalam kesusahan. kesian. tayar motor pancit. dan kebetulan aku bangun awal pagi tadi. (satu lagi azam 2014 : bangun awal pagi). jadi dapat lah aku pergi tengok dia kat kedai motor tu, sambil-sambil pergi sarapan. sebab masa tu baru pukul 8.30 pagi, aku selalu masuk ofis pukul 9.30. hehe.

Masa nak gerak tu, aku tengok minyak keta tinggal satu bar. semalam dah berjalan dari cheras-bangi, bangi patah balik cheras. memang rasa macam dah nak liplap lampu tu. tapi tawakal aje sambil mulut ni ucap "SubhanaAllah" sepanjang jalan. yelah, bayangkan jalan kat KL ni kan kalau tak jem tak sah. risau lah mati tepi jalan je keta aku tu. haha. sambung cerita. yakin je aku bawak keta, sambil mata tu jeling-jeling kat gambo tank minyak. memang agak jem jugak jalan. Akhirnya sampai jugak kat tempat motor dia pancit!

Syukur sangat-sangat! 

Moralnya : zikir tu pembuka jalan. dengan syarat kau yakin Allah sentiasa menolong hambaNya. rajin-rajinkan berzikir. InsyaAllah, susah akan jadi mudah. 

Wednesday, December 18, 2013

ringkasannya

balik ke sini. berbulan sibuk.

yes. baru kerja. not. sudah 4 bulan bekerja. alhamdulillah, habis grad terus diminta bertugas.

yes. starting sedap. not. bukan kerja senang. macam-macam task aku kena buat. 

hari pertama. ikut bos besar pergi mesyuarat. aku dah macam semut kecik. semua orang pakai kot, pakai tali leher. aku? pakai sandal dan berkain labuh. berpeluh-peluh tangan dan muka sebab neves. alhamdulillah. aku tak pengsan sampai abes mesyuarat.

hari-hari seterusnya. 
kat pejabat. dapat meja kecik, nun tepi pintu. tapi aku duduk sorang. tingkat atas tu aku yang punya. haha. syukur.

sebulan bekerja. gaji cash. macam sasau tengok duit riban riban kat tangan. semua orang aku nak belanja makan. haha. tapi masih gagal menyimpan sedikit.

bulan kedua. task besar. handle meeting kat Langkawi. macam-macam hal jadi. sampai pergi check up dua kali kat klinik sebab migrain yang amat sangat. last-last doktor suruh aku pergi hospital. dan aku tak sambung check up sampai hari ni. phewww

bulan ketiga. diberi jawatan tambahan. tambah kerja. first task, buat program kat Indonesia. 2 minggu je aku kena take over semua benda. bergaduh dengan yang senior. sampai sekarang aku tak boleh ngam dengan dia. alahaiii

set up NGO untuk pakcik-pakcik bisnesman. pening dengan perangai dan kerenah masing-masing. mentang-mentang untung riban riban. alhamdulillah. sekarang dah ada langkah pertama.

sekarang. 

alhamdulillah. dapat lagi rezeki. bos aku cakap "itu duit pening kepala kau buat kerja". 

masih lagi bekerja untuk kerja yang aku mampu dan tahu buat. doakan aku berjaya. doakan aku sentiasa dalam rahmat Allah, Tuhan yang Esa.