mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Monday, December 24, 2012

Muzium Perang Penang

Macam banyak sangat teks kat entry sebelum ni, jadi malam ni aku nak upload gambar-gambar lah. Snap gambar ni masa kitorang (aku, shikin, mira, bibix, hilal dan mus) pergi merayap ke Muzium Perang. Dah lama simpan niat ke sana sebab ramai kata tempat tu "keras". Sebelum tu nak share info sikit lah. 

Bayaran masuk RM20 seorang untuk siang hari. Kalau malam RM35 seorang. Kalau bawak 40 orang keatas boleh dapat RM15. Kalau datang sini,pastikan korang berkasut sukan ok. sebab kawasan ni luas berbukit. Kalau pakai heel konpem korang akan jalan kaki pusing kubu ni. Btw, muzium ni bekas kubu British masa Perang Dunia kedua dulu. 

So enjoy lah pic ni semua :)


pintu masuk

baru hiking tapi dah tinggi,  boleh nampak jambatan kedua penang

replika pertama yang kitorang "nodai" haha


kami tak sah kalau tak bergambar. haha


Kat bawah ni pulak antara gambar-gambar masa kitorang panjat terowong. tinggi terowong ni dalam 9meter. Aku memang tak pandang bawah lah sebab gayat, tambah pulak bawah tu gelap. kot-kot ternampak entiti ke. memang payah lah. haha

mira steady je, bawah dia aku tunggu turn. huhu


ni pulak shikin. dari jauh dah senyum.


hilal muat okeh!

yeay, berjaya panjat!!
ni dalam terowong untuk tentera larikan diri
Lepas panjat terowong, kitorang terus naik lagi sampai puncak. macam-macam ada. tapi kitorang kehausan. so korang kalau nak datang sini jangan lupa bawak air sebotol dua ok. kalau yang fit macam aku ni takpelah. haha. okeh, gambar seterusnya!!!


tempat askar meninjau.

sempat posing ala model. puii

okeh, setakat ni dulu aku upload. sebab banyak sangat gambar. walaupun kamera mus abes bateri, kamera pink hilal masih ade. haha. lagipun aku upload banyak-banyak bukan ramai tengok pun. haha. ah tak kira, blog aku, aku punya suka! heee. Apa pun syukur, kami tak diganggu oleh apa-apa yang tak elok. tapi pesanan, korang kena jaga tingkah laku ok.

Nite chuolsss -_-




KAMI DAH SAMPAI, ANDA BILA LAGI? HAHAHA


No comments:

Post a Comment