Yup, aku bara gila pagi ni. Beb nasib kau kawan aku. Kalau ikut hati aku ni dah lama dah aku maki kau dari jauh. Tapi aku masih lagi perempuan yang ayu dan sopan santun. *sarcastic mungkin.
Macam ni lah. Korang kalau berkawan jangan bagi kawan tu makan hati banyak sangat. Kita mungkin ada kawan yang selalu gelak sama-sama, ada masa dia suka mengadu sampai nangis-nangis kat kita, sampai bengkak-bengkak mata. Tapi jangan sesekali memperkecilkan dia. Sebab dia pun manusia biasa. Korang pun manusia biasa. Tak kan sepanjang masa korang lebih bagus dari dia. Dan macam tu jugak dia, tak kan seluruh hidupnya penuh gelak tawa atau berlinang air mata.
Mungkin kita selalu anggap dia kasar, dia pentingkan diri tapi jangan pernah kita lupa bahawa kita pun macam tu gak kadang-kadang. Aku pernah dengar lah orang tua-tua kata, nak tau seseorang tu macam mana,tengok pada sahabatnya. Serius beb, perangai sahabat tu sedikit sebanyak ada sama dengan perangai kita. Tapi bukan semua lah.
Jadi, aku fikir punya fikir, "mungkin perangai aku pun macam ni jugak. macam mana dia sakitkan hati aku masa ni, agaknya dulu aku pernah sakitkan hati dia macam ni jugak"
Nampak tak beb? Jadi bersederhanalah dalam setiap perkara. Tapi tak normal namanya kalau kita tak rasa marah. Sedangkan Rasulullah pun pernah didatangi dengan rasa marah tapi Baginda dapat hadapi perasaan ni dengan tenang.
"Kalau kita tak dapat ikut semua cara Rasulullah,jangan kita tinggal semua sifat Baginda"
Assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment