Alhamdulillah, hari ni dah abis baca dua bab untuk subjek "Business Ethics". Dah berapa hari aku bermalas-malasan, tidur awal,bangun lewat. hehe. Jadi mulai hari ni (Isnin), aku kena mula ulang kaji beb. sem ni aku ada 4 subjek nak kena "cover". lepas tu sem depan praktikal. yeay! tak sabar nak jadi orang yang berkerjaya. haha
semalam sempat berborak dengan kakak kesayangan hamba, dengan bangganya dia mms gambar hadiah hari jadi dia. jam tangan TISSOT youuu! tu lah jam tangan impian aku tau tak?! takpelah, belum rezeki lagi nak dapat. erm, mungkin boleh masuk dalam "wish list" ? hehe.
ok, cakap pasal tarikh exam, kertas pertama aku jatuh betul-betul masa hari lahir aku, 2 Januari. bak kata Shikin "hadiah hari jadi Kak Bell tu". tak tau nak bagi perasaan apa. blur. uhuk.
last exam pulak lama wooo. 17 Januari. sebelum tu ada gap seminggu. nampak tak permainan dia? orang yang susun jadual ni saja nak bagi aku menginap lama-lama kat USM ni. mungkin nak bagi aku habiskan sisa belajar ni puas-puas, ronda-ronda Penang ni. haha. erm, banyak kenangan sebenarnya bila masuk USM ni. manis, pahit, masam, kelat-kelat kecipir. (kecipir?? kacang botol lah) hewhewhew
oklah, beradu dulu. terima kasih kerana membaca ;)
selamat malam kamu semua.
No comments:
Post a Comment