mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Thursday, January 17, 2013

Why I love January So Much?

Alhamdulillah, setelah beberapa hari bergelumang (ayat nak hebat) dengan buku-buku yang tebal dan mahal tu, akhirnya hari ni hari terakhir aku jawab exam. syukur. syukur. syukur. 

Banyak-banyak title, aku tak tau nak bagi title apa untuk entry ni. Yang aku fikir cuma Januari. Yep, Januari. Tapi nak bagi cantik tajuk, letak lah nama omputih. haha

Kenapa aku suka sangat bulan Januari? ---> maksud dalam Bahasa Melayu :)

Banyak perkara terbaik jadi pada bulan Januari tahun ni. SubhanaAllah. Banyak sangat ceritanya. Aku taip entry ni sambil senyum tau tak?! haha

Nak cerita pasal sambutan hari lahir. Aku ni lahir bulan Januari. 2 Januari 1989. Jadi tu sebab utama aku suka bulan Januari ni. haha. tapi yang lagi bermaknanya bila orang-orang yang aku sayang iaitu ahli-ahli dalam Geng Konah semuanya lahir bulan Januari! Whoaa! Kecuali ada sorang tu yang lahir bulan Feb. Kenapa? Alah kalau kembar seiras mana pun tetap ada beza, ini pulak kitorang yang langsung tak kembar ni kan. haha. meh aku nak tunjuk cara ktorang wish besday memasing ;)

Yang ni masa besday ai, 2 Januari 2013. sedih tau xde sambut macam tahun lepas sebab esoknye ai exam. T_T 
Yg ni bebudak 2 orang tu dok tangkap2 gambar then post kat FB ai. pukul 1 malam kejut ai suruh tengok FB. giler terkejut! macam poc*ng je. huhu. btw, bebudak ni memang kreatif and sengal. haha. 

created by kak konah and adik konah


4 Januari pulak besday Geng Konah seterusnya iaitu si mira atau nama instagramnya @cikmiya. Yang ini aku dengan kak konah a.k.a shikin punya kerja. Tampal kat pintu bilik dia, bagi dia tercari-cari sapa yang dok buat sepah kt pintu tu. Sampai post kt FB lagi tau. haha.
created by kak konah and mak konah

5 Januari pulak besday fatin dengan awin (roomate shikin). shikin jenis tak suka bazir kertas, pelajar USM katakan. USM kan suka kelestarian. hehe. kitorg guna kertas yang sama untuk wish besday fatin dan awin. sebenarnya, kertas tu guna untuk tangkap gambar kat bawah ni. dah abis guna baru lekat kat pintu miya. haha. kitorang buat 2 ucapan dalam 1 hari okey.(tulah besday dekat-dekat).

23 for awin, 24 for fatin. muahhh!




Akhir sekali 6 Januari. Besday kak konah a.k.a shikin. Banyak-banyak wish, wish untuk kak konah ni lah yang memerlukan tenaga yang banyak. Tak caya? ce tengok gambo bawah ni.



we need kain batik
also models for kain batik. haha


crayon, a lot of A4 paper, scissor, salotape. and the important aspect, "gila kamera"
nah, terbuktikan banyak tenaga. haha. yang lebih penting kemahiran mewarna kitorg kembali terserlah setelah beberapa tahun terpendam. maklumlah, kami kan pelajar sains (USM). ahakssss

apa yang aku ceghita ni cuma sebahagian je dari kemanisan bulan Januari ni. Banyak lagi aktiviti yang kami (Geng Konah) lakukan. Kalau setakat menjerit, mengilai, menyanyi sampai blok lelaki dengar, itu perkara biasa. haha. Kadang-kadang bergaduh sampai kena pujuk turun naik tangga pun ada. hee. Lain kali aku post lagi ok. Sebab banyak sangat nak cakap. Idea ni bertimpa-timpa dalam otak. Semua mintak di post kan. Memang gila glemer betul kan. haha. kbai.

Wednesday, December 26, 2012

Niat Jatuh Cinta



Beb, tadi aku survey-survey benda best kat Facebook, lepas tu tertengok video kahwin Maria Elina (blogger femes katanya). Lepas tu aku view lah blog dia. Not bad lah. Tak tau nape dia femes. Ok, aku bukan nak cerita pasal dia. Korang google lah dia sendiri.

Tapi aku tertarik dengan statement dia (tak tau kat entry mana. haha). Lebih kurang macam nilah ayat dia :

he said, from the time he fell in love with me, he wanted to marry me.

me?

of course i wanted to marry him too.


Masa ni dia bercakap pasal suami dia lah. Aku tak amek port sangat pasal jiwang tu tapi lepas tu aku terfikir. Kalau kita jatuh cinta, pastikan niat kita adalah untuk berkahwin dengan si dia. Kalau korang rasa niat macam tu tak timbul, adalah baik korang jangan bercinta. Sebab bercinta kalau untuk suka-suka ni buang masa beb. 

Jadi, aku pun semak balik hati ni, apa niat sebenar aku jatuh cinta? 

Korang pulak macam mana? 


#niat utama wajiblah kerana Allah S.W.T

Monday, December 24, 2012

Muzium Perang Penang

Macam banyak sangat teks kat entry sebelum ni, jadi malam ni aku nak upload gambar-gambar lah. Snap gambar ni masa kitorang (aku, shikin, mira, bibix, hilal dan mus) pergi merayap ke Muzium Perang. Dah lama simpan niat ke sana sebab ramai kata tempat tu "keras". Sebelum tu nak share info sikit lah. 

Bayaran masuk RM20 seorang untuk siang hari. Kalau malam RM35 seorang. Kalau bawak 40 orang keatas boleh dapat RM15. Kalau datang sini,pastikan korang berkasut sukan ok. sebab kawasan ni luas berbukit. Kalau pakai heel konpem korang akan jalan kaki pusing kubu ni. Btw, muzium ni bekas kubu British masa Perang Dunia kedua dulu. 

So enjoy lah pic ni semua :)


pintu masuk

baru hiking tapi dah tinggi,  boleh nampak jambatan kedua penang

replika pertama yang kitorang "nodai" haha


kami tak sah kalau tak bergambar. haha


Kat bawah ni pulak antara gambar-gambar masa kitorang panjat terowong. tinggi terowong ni dalam 9meter. Aku memang tak pandang bawah lah sebab gayat, tambah pulak bawah tu gelap. kot-kot ternampak entiti ke. memang payah lah. haha

mira steady je, bawah dia aku tunggu turn. huhu


ni pulak shikin. dari jauh dah senyum.


hilal muat okeh!

yeay, berjaya panjat!!
ni dalam terowong untuk tentera larikan diri
Lepas panjat terowong, kitorang terus naik lagi sampai puncak. macam-macam ada. tapi kitorang kehausan. so korang kalau nak datang sini jangan lupa bawak air sebotol dua ok. kalau yang fit macam aku ni takpelah. haha. okeh, gambar seterusnya!!!


tempat askar meninjau.

sempat posing ala model. puii

okeh, setakat ni dulu aku upload. sebab banyak sangat gambar. walaupun kamera mus abes bateri, kamera pink hilal masih ade. haha. lagipun aku upload banyak-banyak bukan ramai tengok pun. haha. ah tak kira, blog aku, aku punya suka! heee. Apa pun syukur, kami tak diganggu oleh apa-apa yang tak elok. tapi pesanan, korang kena jaga tingkah laku ok.

Nite chuolsss -_-




KAMI DAH SAMPAI, ANDA BILA LAGI? HAHAHA


Beep. Beep

Pesanan penaja :


Beb, jangan pressure orang lain lebih-lebih sebab kau tak kan tahu mungkin orang yang korang buli tu anak cucu Hulk. 


Jangan Malas Mandi :)

eiii malasnya nak mandi! hehe. sebab bukan busuk sangat. tadi pun keluar pergi makan kat kafe tu. huh
tapi disebabkan Allah bagi cuti ni,kenalah bersih-bersihkan diri sentiasa. 

Rasulullah pernah bersabda :

Antara sunnah para Rasul adalah malu, memakai wangian, bersugi dan berkahwin.

Jadi jomlah kita berwangi-wangian!

Assalammualaikum :)

Friday, December 21, 2012

Kita Dan Kawan

Pagi ni agak takde mood. 

Yup, aku bara gila pagi ni. Beb nasib kau kawan aku. Kalau ikut hati aku ni dah lama dah aku maki kau dari jauh. Tapi aku masih lagi perempuan yang ayu dan sopan santun. *sarcastic mungkin.

Macam ni lah. Korang kalau berkawan jangan bagi kawan tu makan hati banyak sangat. Kita mungkin ada kawan yang selalu gelak sama-sama, ada masa dia suka mengadu sampai nangis-nangis kat kita, sampai bengkak-bengkak mata. Tapi jangan sesekali memperkecilkan dia. Sebab dia pun manusia biasa. Korang pun manusia biasa. Tak kan sepanjang masa korang lebih bagus dari dia. Dan macam tu jugak dia, tak kan seluruh hidupnya penuh gelak tawa atau berlinang air mata. 

Mungkin kita selalu anggap dia kasar, dia pentingkan diri tapi jangan pernah kita lupa bahawa kita pun macam tu gak kadang-kadang. Aku pernah dengar lah orang tua-tua kata, nak tau seseorang tu macam mana,tengok pada sahabatnya. Serius beb, perangai sahabat tu sedikit sebanyak ada sama dengan perangai kita. Tapi bukan semua lah. 

Jadi, aku fikir punya fikir, "mungkin perangai aku pun macam ni jugak. macam mana dia sakitkan hati aku masa ni, agaknya dulu aku pernah sakitkan hati dia macam ni jugak"

Nampak tak beb? Jadi bersederhanalah dalam setiap perkara. Tapi tak normal namanya kalau kita tak rasa marah. Sedangkan Rasulullah pun pernah didatangi dengan rasa marah tapi Baginda dapat hadapi perasaan ni dengan tenang.

"Kalau kita tak dapat ikut semua cara Rasulullah,jangan kita tinggal semua sifat Baginda"

Assalammualaikum :)

Hurt 12

People usually change for two reasons : 




Its either they have learn't a lot 

Or

They have been hurt a lot.



.......................................................................

I'm Not Mad But I'm HURT.