mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Thursday, October 31, 2013

aku cun saja

aku sudah teruskan hidup aku. 


Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami
Ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja
Semuanya cun saja

Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba minta maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja


nak full version, boleh taip CUN SAJA by Sleeq

Tuesday, October 8, 2013

Aku Perlu Bersandar

SubhanaAllah. 

L E T I H

Diam diam aku akui, aku letih dengan kerja kerja ni. Ahad lepas baru balik dari Langkawi sebab ada program kat sana. Dan terus rushing kena kemas barang kat ofis, sibuk dengan minit mesyuarat dan projek-projek yang aku kena handle. projek besar. bukan tahap projek pelajar U tapi dengan mereka yang profesional. aku tak mengeluh tapi aku letih.

Hujung minggu kena ke Pulau Tioman. aku harap itu masa yang betul-betul bagus untuk aku kumpul semula tenaga yang baru, untuk dapatkan semula kesegaran.

Cuma dalam masa yang sama, telefon aku hilang lagi. Dorang cakap aku cuai sebab 3 kali hilang telefon. First, hilang kat JB, tertinggal dalam bas tak sampai 15minit dan takde. Kedua, aku kena ragut kat Penang. Dan ketiga ni telefon hilang masa aku sibuk alih barang kat Pudu.

Korang cakap macam-macam tapi pernah tak korang rasa kat tempat aku. Dengan keletihan yang amat sangat. Aku drive dari Perak ke KL, sampai KL subuh-subuh masa orang azan dan nak kena cek barang-barang korang sampai barang aku sendiri aku lupa letak mana. ikut kan hati nak cakap Sh*T. tapi sabar. sabar. sabar.

Nak tahu apa aku perlukan dari kamu semua? bukan aku mintak kamu semua ganti barang aku yang dah hilang, aku tak minta kamu semua keluarkan duit untuk bayar balik apa yang aku dahuluka. tapi aku minta doa dan sokongan kalian diwaktu aku susah dan tertekan. aku cuma perlu bahu untuk aku bersandar, lepaskan semua rasa keletihan ni.

Itu dah cukup. 

Wednesday, July 24, 2013

ganti hati

pening aku ni. kejap ya kejap tak. nasib lah bulan puasa, kalau tak memang aku muntah dengan sengaja lah. dah akhir-akhir ni cuba lah buat perangai baik sikit dengan aku ni. 

pernah tak kau rasa sakit hati sampai macam dah takde tahap kesakitan hati itu?
pernah tak?

kalau tak pernah meh lah sini ganti hati dengan aku. baru kau faham macam mana rasa tu.

dapat? dapat? dapat?

sign out!





Thursday, June 20, 2013

good news will synergies others!

Salam. Salam. Salam.

Aku dapat berita gembira tadi. Walaupun ada orang tengah betulkan econ kat ofis, siap pakai gerudi lagi, tak menghalang aku untuk berbual dengan dia. haha. Sanggup ceq laghi pi keluaq pasai nak berbual dengan dia. huhu

Sebenarnya si dia telefon tadi dari Penang. Hello, jarang okay si dia nak call aku siang-siang macam ni. Kalau tak, hal penting je baru dia call. eh hape yang haku hepi sangat ni?? 

ok cerita macam ni, dia baru lepas habis final exam. jadi dia saje je call. tapi sebab apa aku hepi sangat? sebab dapat borak lama dengan dia. dapat dengan suara dia yang tengah gembira. hello, final exam sangat menyesakkan dada okay!. lepas tu borak-borak dengan dia. rupa-rupanya ada cerita yang dia tak sempat nak bagitau. nasib bos besar takde, sempat lah berborak belakang cctv. sanguppppp. haha

Lepas tu terus bukak FB dia, skrol punya skrol ternampak post pasal tawaran kerja. Bangga sungguh aku sebab dia dapat dua tawaran kerja. Belum grad dah dapat kerja. SubhanaAllah, rezeki Allah sangat murah untuk dia. erm, aku jugak yang masih dilema nak carik kerja atau sambug belajar. ayyoo.

Tapi motif aku buat entry ni sebab aku gembira. Sumbernya dari mood dia yang gembira, disalurkan kepada aku. Dan aku rasa dari segi psikologinya, cas-cas gembira telah masuk ke emosi aku dan menyebabkan aku terasa nak gembira aje hari ni. eh gembiranya aku! HAHAHA

Jadi kesimpulannya, mood kita akan mempengaruhi orang sekeliling kita, tak banyak tapi sedikit mesti ada. Bermaksud, kalau awak nak bahagia, salurkan kebahagiaan kepada orang lain. Kalau awak nak ketenangan, berikan ketenangan kepada orang lain. Untuk awak-awak yang suka wujudkan ketegangan dan ketidak stabilan, berhentilah bertindak demikian. Sebab nanti awak juga akan dapan balasan. Paham dok?

Senyum itu sedekah, kasih sayang itu percuma. Taburkan ia walau dimana kita berada. 

Babaiii

Untuk Yang Nak Balik Kampung

Assalammualaikum. Hari ni hari Jumaat kan, jadi hari ni aku pakai baju kurung warna hijau, tudung turquoise (betul ke eja tu?), kasut wedges warna coklat. eh. eh. dah macam sharifah sakinah pulak kan. 

Petang ni lepas kerja plan nak balik kampung kat Johor nun. Tapi sekarang ni Johor dilanda jerebu yang sangat membahayakan. owhhh. Jadi balik ni tak dapat lah nak buat aktiviti luar. tapi kan bukan aku selalu buat aktiviti luar pun kalau balik rumah. haha. ok lah, oklah. memandangkan ramai yang nak balik kampung hujung minggu ni, ni den nak kobau sikit lah apo yang ponting maso kek kampung nu.

1. pastikan niat anda nak balik kampung tu adalah suci murni, ikhlas dari hati. jangan balik kampung semata-mata nak tunjuk keta baru, gelang baru, orang rumah baru. ehhh

2. bawak lah baju-baju yang sesuai dengan alam kampung nuu. kalau kampung anda kat bangsar, tak kan nak bawak bikini pulak kan. kalau kampung tu kat Kampung Baru, Mukim 7 (kampung ceq), bawak lah baju yang cukup 4 meter. lagi lebih meter lagi bagus.

3. ha bagi yang kurang sihat tu, jangan lupa ubat-ubatan korang. tapi tak payah lah over sangat sampai nak bawak ubat nyamuk. hape kau hingat kampung sekarang macam hutan belukar? 

4. buah tangan. kalau dalam kalangan kami orang jawa ni, bawak ole-ole atau buah tangan itu perlu kalau nak pergi rumah orang. nampak berbudi bahasa gituuu. kalau duduk Terengganu, balik kampung kat Tawau, Sabah, apa salahnya bawak keropok lekor yang basah tu. tak pun bawak lah telur penyu sebijik dua. (kalau boleh dan relevan lah)

5.ni yang paling penting, kad pengenalan dan lesen memandu mesti kena ada. sebab kadang kita kalut tukar-tukar beg. sebab aku dah pernah kena. masa tu nak pilihanraya, dok kalut  (habis waktu kerja terus nak balik kampung), tertinggal dompet + ic + lesen memandu semua. terpaksa patah balik KL. kerja gila kau. semata-mata nak mengundi pertama kali katanya!

ha itu jelah yang sempat aku ingatkan kat anda semua. banyak lagi yang kena check bila nak balik kampung ni. apa-apa pun iolss ucapkan selamat balik kampung. Berhati-hati memandu kepada mereka yang memandu. Kepada yang tak memandu (macam aku), berhati-hati di mana jua. 

Solat jangan dilupa, doa lah minta perlindungan dariNya.

Babaiiiii

Wednesday, June 19, 2013

masak oh masak

salam. ah ha, hari ni sepatutnya aku kena masak. biasalah budak praktikal kat sini memang kena masaksebelum habis praktikal. pening gak aku carik idea nak masak apa. dapat pulak partner utagha yang semangat nak masak tomyam kung dia tu. hadoi. bayangkan lah selatan campur utara, tak kan lah asam pedas dan campur tomyam kan. 

fikir punya fikir, terus telefon ibu (the best cooker in the universe). hehe. borak macam-macam, pusing sana sini baru lah aku bagitau ibu pasal hal-hal memasak ni. yelah, tak kan nak mintak idea terus kan. semata-mata sangattt. jadi dapat lah idea. bling! ibu suggest buat ayam masak black pepper jew uosll.

jadi dengan semangatnya aku nak masak ayam black pepper ni, tetibe cik ahkak dari event planner (segmen yang aku jaga masa Festival Belia Putrajaya tu telefon, bagitau bos dia nak belikan lunch. 

wohaa! rezeki. so postpone lah turn aku memasak ke minggu depan hari Isnin. sempat lah mak try masak kat umah nak. sebab minggu ni mak balik rumah. yieha!!


ok lah, nak sambung tengok cerita online. hamboiii, praktikal katanye!

Tuesday, June 11, 2013

You shouldn't have to







IF SOMEONE WANTS YOU IN THEIR LIFE, THEY WILL PUT YOU THERE.

YOU SHOULDN'T HAVE TO FIGHT FOR A SPOT.