mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Wednesday, June 19, 2013

masak oh masak

salam. ah ha, hari ni sepatutnya aku kena masak. biasalah budak praktikal kat sini memang kena masaksebelum habis praktikal. pening gak aku carik idea nak masak apa. dapat pulak partner utagha yang semangat nak masak tomyam kung dia tu. hadoi. bayangkan lah selatan campur utara, tak kan lah asam pedas dan campur tomyam kan. 

fikir punya fikir, terus telefon ibu (the best cooker in the universe). hehe. borak macam-macam, pusing sana sini baru lah aku bagitau ibu pasal hal-hal memasak ni. yelah, tak kan nak mintak idea terus kan. semata-mata sangattt. jadi dapat lah idea. bling! ibu suggest buat ayam masak black pepper jew uosll.

jadi dengan semangatnya aku nak masak ayam black pepper ni, tetibe cik ahkak dari event planner (segmen yang aku jaga masa Festival Belia Putrajaya tu telefon, bagitau bos dia nak belikan lunch. 

wohaa! rezeki. so postpone lah turn aku memasak ke minggu depan hari Isnin. sempat lah mak try masak kat umah nak. sebab minggu ni mak balik rumah. yieha!!


ok lah, nak sambung tengok cerita online. hamboiii, praktikal katanye!

No comments:

Post a Comment