mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Thursday, June 20, 2013

Untuk Yang Nak Balik Kampung

Assalammualaikum. Hari ni hari Jumaat kan, jadi hari ni aku pakai baju kurung warna hijau, tudung turquoise (betul ke eja tu?), kasut wedges warna coklat. eh. eh. dah macam sharifah sakinah pulak kan. 

Petang ni lepas kerja plan nak balik kampung kat Johor nun. Tapi sekarang ni Johor dilanda jerebu yang sangat membahayakan. owhhh. Jadi balik ni tak dapat lah nak buat aktiviti luar. tapi kan bukan aku selalu buat aktiviti luar pun kalau balik rumah. haha. ok lah, oklah. memandangkan ramai yang nak balik kampung hujung minggu ni, ni den nak kobau sikit lah apo yang ponting maso kek kampung nu.

1. pastikan niat anda nak balik kampung tu adalah suci murni, ikhlas dari hati. jangan balik kampung semata-mata nak tunjuk keta baru, gelang baru, orang rumah baru. ehhh

2. bawak lah baju-baju yang sesuai dengan alam kampung nuu. kalau kampung anda kat bangsar, tak kan nak bawak bikini pulak kan. kalau kampung tu kat Kampung Baru, Mukim 7 (kampung ceq), bawak lah baju yang cukup 4 meter. lagi lebih meter lagi bagus.

3. ha bagi yang kurang sihat tu, jangan lupa ubat-ubatan korang. tapi tak payah lah over sangat sampai nak bawak ubat nyamuk. hape kau hingat kampung sekarang macam hutan belukar? 

4. buah tangan. kalau dalam kalangan kami orang jawa ni, bawak ole-ole atau buah tangan itu perlu kalau nak pergi rumah orang. nampak berbudi bahasa gituuu. kalau duduk Terengganu, balik kampung kat Tawau, Sabah, apa salahnya bawak keropok lekor yang basah tu. tak pun bawak lah telur penyu sebijik dua. (kalau boleh dan relevan lah)

5.ni yang paling penting, kad pengenalan dan lesen memandu mesti kena ada. sebab kadang kita kalut tukar-tukar beg. sebab aku dah pernah kena. masa tu nak pilihanraya, dok kalut  (habis waktu kerja terus nak balik kampung), tertinggal dompet + ic + lesen memandu semua. terpaksa patah balik KL. kerja gila kau. semata-mata nak mengundi pertama kali katanya!

ha itu jelah yang sempat aku ingatkan kat anda semua. banyak lagi yang kena check bila nak balik kampung ni. apa-apa pun iolss ucapkan selamat balik kampung. Berhati-hati memandu kepada mereka yang memandu. Kepada yang tak memandu (macam aku), berhati-hati di mana jua. 

Solat jangan dilupa, doa lah minta perlindungan dariNya.

Babaiiiii

No comments:

Post a Comment