mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Tuesday, October 8, 2013

Aku Perlu Bersandar

SubhanaAllah. 

L E T I H

Diam diam aku akui, aku letih dengan kerja kerja ni. Ahad lepas baru balik dari Langkawi sebab ada program kat sana. Dan terus rushing kena kemas barang kat ofis, sibuk dengan minit mesyuarat dan projek-projek yang aku kena handle. projek besar. bukan tahap projek pelajar U tapi dengan mereka yang profesional. aku tak mengeluh tapi aku letih.

Hujung minggu kena ke Pulau Tioman. aku harap itu masa yang betul-betul bagus untuk aku kumpul semula tenaga yang baru, untuk dapatkan semula kesegaran.

Cuma dalam masa yang sama, telefon aku hilang lagi. Dorang cakap aku cuai sebab 3 kali hilang telefon. First, hilang kat JB, tertinggal dalam bas tak sampai 15minit dan takde. Kedua, aku kena ragut kat Penang. Dan ketiga ni telefon hilang masa aku sibuk alih barang kat Pudu.

Korang cakap macam-macam tapi pernah tak korang rasa kat tempat aku. Dengan keletihan yang amat sangat. Aku drive dari Perak ke KL, sampai KL subuh-subuh masa orang azan dan nak kena cek barang-barang korang sampai barang aku sendiri aku lupa letak mana. ikut kan hati nak cakap Sh*T. tapi sabar. sabar. sabar.

Nak tahu apa aku perlukan dari kamu semua? bukan aku mintak kamu semua ganti barang aku yang dah hilang, aku tak minta kamu semua keluarkan duit untuk bayar balik apa yang aku dahuluka. tapi aku minta doa dan sokongan kalian diwaktu aku susah dan tertekan. aku cuma perlu bahu untuk aku bersandar, lepaskan semua rasa keletihan ni.

Itu dah cukup. 

No comments:

Post a Comment