mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Monday, September 24, 2012

Pelangi Di Balik Hujan


hei jangan nak bersedih! hidup ni bukan untuk diisi dengan tangisan kesedihan, kedukaan dan kepahitan. bukan juga untuk kau biarkan kekecewaan melingkari seluruh hidupmu.

hei jangan nak bersedih! kau bukan hidup disebabkan kesedihan ini. dan kau juga  bukan akan mati disebabkan kesedihan ni. biarkan rasa sedih, rasa kecewa menari-nari di depan kau. biarkan.tapi kau jangan nak terikut dengan rentaknya. kau jangan menari dengan lagunya.

hei jangan nak bersedih! ramai lagi orang yang ingin tengok kau tersenyum. banyak lagi sebab untuk kau berlapang hati. pernah tak engkau sedar betapa riangnya gelak tawa engkau? pernah tak engkau sedar betapa ramainya insan terubat dengan melihat senyuman manis engkau?

sekarang bangun! bangun dari kesedihan, dari kekecewaan, dari segala macam keburukan yang menghalang engkau untuk jadi manusia hebat!. engkau perlu sedar, engkau makhluk terbaik, yang dianugerahkan akal, diberikan iman. walau iman itu ada turun naiknya, jangan sekali kau menyerah. jangan sekali kau beralah.

walau apa pun yang berlaku, ingatlah setiap ujian yang diberikan pada engkau bukan sia-sia, bukannya percuma. ada sesuatu yang perlu dibayar namun ada balasan yang setimpal. 

Seperti pelangi yang muncul selepas hujan, itulah juga yang akan kau temui selepas setiap kesulitan yang engkau alami. Percayalah.. kesedihan itu baik untuk engkau kerana lawannya sedih adalah gembira. Lawannya duka adalah bahagia. 

Dan Allah tidak akan mengirimkan ujian jika engkau tidak mampu menghadapinya.


nabilahkhanafi

Sunday, August 5, 2012

kasih ibu

oh hoiii..suci je tajuk entry kali ni. maklum lah bulan puasa. hehe. sebelum tu tak terlambat sangat lah aku nak ucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang berpuasa. sedar tak sedar tinggal separuh bulan je lagi nak raya kan. neves! haha


Bercakap pasal ibu, semua orang tahu siapa ibu. tak kisah lah mama ke mak ke ummi ke. yang penting peranan itu sama kan. Tak payah pergi jauh-jauh cari contoh, cukup aku ambil ibu aku sebagai contoh terbaik. kalau korang ada contoh lagi baik pun, tak de salahnya. hehe.


Masuk hari ni dah 3 hari aku demam, tapi syukur masih berdaya lagi nak menaip kat blog ni. haha. Nak dijadikan cerita pukul 1 pagi tadi, tatkala (wah ayat sastera!) semua orang dah nak tidur, aku kena sakit kepala yang betul-betul kaw. macam tahun lepas lah, yang aku kena enjek tuh. Merangkak aku pergi ketuk bilik ibu. Siap menangis lagi tu kak oi. huhu.


Bila dah namanya ibu, mestilah dia risau kan, aku ni jenis yang tak suka pergi klinik pun akhirnya setuju sebab tak sanggup tengok ibu risau. (terharu tau..huuu). Dalam pukul 1.30pagi tu ibu drive kereta pergi cari klinik. Pulak tu semua klinik tutup, doktor pergi qiamullail agaknya (nak sedapkan hati). Akhirnya, jumpa juga klinik kat tengah bandar. Siap periksa, kena lah aku enjek satu dos. gile lenguh tangan! nasib tak enjek kt punggung. hahaha.


Sampai rumah pukul 2 lebih. Pukul 4.30 ibu dah nak bangun siapkan sahur. Kesian sangat aku tengok ibu. Kena jaga anak dara dia yang sakit ni, siapkan sahur lagi. Itu baru sikit, tak ditambah lagi tanggungjawab yang lain. Untung ibu pandai memandu. Jadi, orang perempuan sekalian, sila lah persiapkan diri anda dengan pelbagai persiapan macam lesen memandu, simpanan kewangan, insurans, macam-macam lagi lah sebelum kahwin. Nanti kalau dah jadi isteri, bersambung pulak title jadi ibu, besar tanggungjawab tu. Jangan fikir nak beronok-ronok aje!





Wahai perempuan,
Belajarlah makna sebenar tanggungjawab dari seorang ibu yang solehah,
Sebab kau akan mengerti, apa makna sebenar kehidupan.

_cik nabilah_

Sunday, July 15, 2012

perempuan garang...

Asssalammualaikum. selamat memulakan hari yang indah!

hari ini, aku masih kat UTM menunggu 4 hari lagi berbaki utk MASUM 2012. pagi-pagi lagi teman sebilik aku, Cik Fifa dah bukak FB. Gagahnya lah dia pagi-pagi ni. Kalau aku jangan harap lah, naik muntah aku tengok FB. Tapi kadang-kadang perlu gak jengah si laman muka buku tu. hehe.


Pagi ni aku terfikir tentang apa yang aku nak taip. Banyak perkara aku fikir beb, tapi akhirnya aku terfikir tentang perempuan garang. Sebab apa? sebab pagi-pagi lagi aku dah gaduh dengan Encik FR. ada ke patut dia kata aku garang, tak reti ambil hati dia, yang paling tak boleh blah bila dia kata aku tak pernah pujuk dia. (Tapi macam betul gak aku tak pernah pujuk dia. haha) Dah tu pulak dia kata dia tak pernah rasa aku ambil kisah pasal dia. berhangin aku beb! Rasa macam nak hempuk dengan bantal kapas je tau. (kalau lah boleh. hahaha)


ok, abaikan yang kami gaduh-gaduh tu. hehe. Aku sebagai perempuan yang dikatakan garang dan tak de perasaan ni nak bagi tau lah kat korang semua lelaki yang amat-amat lah teringin perempuan yang lembut dan   yang memiliki ayat-ayat manis bahawasanya tak semua perempuan yang garang tu tak de perasaan atau hati batu macam yang korang fikirkan. Ada banyak punca, sebab, reason, kenapa dia garang. Lagi-lagi bila dah jadi awek korang, macam-macam pulak yang korang komplen, komen, kondem. Tak patut tau tak! hishhh. Tak de masalah pun kalau kami yang perempuan-perempuan ni garang masa jadi awek korang, sebab kita tak kahwin lagi kan der. Nanti kalau dah halal, baru lah boleh manja-manja sakan, lembut-lembut bagai. Masa tu baru lah korang sedar betapa beruntungnyaaaaaaaaaa korang dapat perempuan yang garang sebelum kahwin. Nampak??? =)


Jadinya, sabar lah ye wahai lelaki bila korang jumpa perempuan-perempuan yang garang macam kami ni. hehe. 


Jangan risau kalau kami garang, sebab semua tu demi masa depan yang gemilang. hahaha.













Sunday, July 1, 2012

cerita tentang bosan

assalammualaikum.

hari ni aku ade cerita tentang bosan. seharian aku makan, tidur, drive, makan, tidur. macam orang kaya pun ade, macam driver orang kaya pun ade beb. kalau tengok pola hidup aku hari ni, jangan terkejut lah kalau esok berat aku naik 15 kilo. adoi!

disebabkan aku tak de kerja sangat nak dibuat hari ni, aku layan jela mesej. tapi jadi bengang tetiba sebab aku sangat takde kerja nak dibuat hari ni. nak tengok tv, dah nak muntah rasanya tv tu tengok aku. hahaha. lepas tu ditambah pulak dengan rumah yang bersepah, budak-budak kecik dok bergaduh, memang lah aku rasa nak sumbat dorang semua dalam mesin basuh. (kasi dorang senyap).haha

pengajarannya hari ni, korang jangan lah biar hidup korang diselubungi bosan, sebab bila dah bosan memang nak mengamuk je rasa. macam aku tadi. tak memasal aku boleh hangin dengan sepupu aku. dah tu dengan tetibanya aku bangun dari sofa, kemas meja makan, bawak pinggan cawan kotor pergi dapur then sambung tidur. haha. bengan betul lah!

jadi, aktif-aktifkan lah diri tu weh jangan dok diam ja. lemak pun tak terbakar tau.hahaha

#jangan biar kebosanan melanda anda kerana apabila ia berlaku, sia-sialah hidup anda yang amat bermakna ni.

cik_nur




Thursday, June 28, 2012

trauma lelaki..arghhhh

hahaha. over je title entry kan. asasnya memang aku dah trauma pun beb. tadi dok berbual dengan kawan aku si kecik molek tu. bercakap pasal lelaki. alah, perkara ni memang selalu dibahaskan sejak akhir-akhir ni.


"aku nak tunang bulan depan"


"si Liza nak kawen dah tahun depan"


"oii pakwe kau sape?"


semua tu statement dan pertanyaan yang buat aku teruja nak dengar (mula-mula lah) tapi bila kesimpulannya ditanyakan kat aku balik,


"kau bila nak kawen?"


terus moody beb aku. bukan apa, kalau aku nak kawen, aku bagitau lah beb! bukan aku tak nak cakap pasal ni tapi aku tak pasti lagi aku nak kawen dengan sape. haha. bunyik macam hot sangat kan tapi tu lah kenyataannya. calon ramai beb, semua orang boleh isi borang calon tapi yang betul-betul lepas filter ni tak de lagi. bila fikir-fikir balik, aku jadi trauma. serik. biar lah macam ni, bukan aku tak usaha. tapi kalau masanya belum sampai, nak buat macam mana. buat apa bercinta bagai kalau masa bercinta tu aku asyik makan hati, pendam rasa. lama-lama mati beb. macam ni kan senang.


# korang kot-kot suka aku, hantar rombongan minang terus, sebab aku trauma bercinta. hahaha




Cik_Nur

happy birthday


entry kali ni untuk yang jauh di mata dekattttt di hati..haha


selamat hari lahir yang ke 23 ! semoga dengan bertambahnya usia kamu pada 29 Jun ini, bertambah lah juga rezeki, kesihatan, dan tercapai segala impian yang diingini. insyaAllah.
takde hadiah yang dapat aku bagi, sebab dah hujung sem ni. cuma doa je yang dapat diberi dari jauh. lagipun besday aku yang lepas kau tak bagi hadiah pun kan. dengar citer kena tarik balik hadiah tu. haha.
tak pe lah, tak kisah lah, asalkan ukhwah ini berpanjangan. maaf salah silap dan halalkan makan minum. mesti kau dapat hadiah banyak kan. hehe
aku doakan semoga kau bahagia di samping keluarga tersayang, dan membesar menjadi anak lelaki yang soleh dan dapat memberikan kesenangan kepada mak bapak di dunia dan akhirat nanti, insyaAllah. nah lagu untuk kau.

happy birthday_click5


Hey you, I know I'm in the wrong
Time flies when you're having fun

You wake up another year is gone you're 21 (tukar 23 lah)
I guess you wanna know
Why I'm on the phone
Its been a day or so
I know it's kinda late
But happy birthday

Yeah yeah woah woah
I know you hate me
Yeah yeah woah woah
Well I miss you too
Yeah yeah I know
I know it's kinda late
But happy birthday

So hard when you're far away
It's lame but I forgot the date
I won't make the same mistake
I'm so to blame

So now you know
Don't hang up the phone
I wish I was at home
I know it's way to late
But happy birthday

Yeah yeah
I know you hate me
Yeah yeah
Well i miss you too
Yeah yeah I know
I know it's kinda late
But happy birthday

It's not that I don't care
You know I'll make it up to you
If i could I'd be there

Yeah yeah
Yeah yeah
Well I miss you too
Yeah yeah I know
I know it's kinda late
But happy birthday
Yeah yeah
I know you hate me
Yeah yeah
Well i miss you too
Yeah yeah I know
I know it's kinda late
But happy birthday
To you

Monday, June 11, 2012

semua isi hati ku untuk kamu

selamat datang hari yang penuh kebahagiaan!

kamu, minta maaf kalau apa yang kami buat itu melukakan hati kamu. orang tahu dia sahabat kamu, jangan risau orang tak kan ambil dia dari kamu. cuma kamu harus ingat, dia pun kawan orang. macam kamu, dia pun sebahagian dari hati orang, hidup orang. cuma dia saja yang orang ada untuk luahkan apa yang orang rasa. maaf, orang bukan anak uncle Salleh yang dapat belanja dorang kfc atau pun mcd. orang cuma mampu berkawan dengan dorang, lagipun kamu dah tak nak kawan dengan orang. orang terima kamu buang semua memori kita, kamu delete semua gambar kita. cuma tolong jangan buang mereka dari orang. mereka sahabat dunia akhirat orang, insyaAllah kamu pun.

kamu, orang ikut apa yang kamu nak sekarang. kamu minta orang pergi jauh dari kamu kan, kamu tak nak orang ada di sisi kamu lagi kan. orang ikut ya kamu. kamu, apa pun yang kamu fikir, orang tak kan salahkan kamu. kamu tak tahu sebab sebenar. biarlah hanya orang dengan dia dan Dia yang tahu. andai satu hari nanti kamu tahu kebenarannya, jangan menyesal ya sebab orang tak menyesal dengan apa yang orang buat sekarang sebab orang dah nampak hasilnya. dan orang tahu, 3 tahun akan datang insyaAllah semuanya akan jadi lebih baik untuk kita semua. 

tak tahu kenapa orang suka dengar lagu nih, tajuk dia "semua isi hatimu". orang bagi kat orang yang nak dengar lagu ni. 

Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaan ku untukmu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu
Cubalah tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Cubalah tu cubalah tuk mengerti aku
Cubalah tuk merasa aku
seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu