mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Sunday, August 5, 2012

kasih ibu

oh hoiii..suci je tajuk entry kali ni. maklum lah bulan puasa. hehe. sebelum tu tak terlambat sangat lah aku nak ucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang berpuasa. sedar tak sedar tinggal separuh bulan je lagi nak raya kan. neves! haha


Bercakap pasal ibu, semua orang tahu siapa ibu. tak kisah lah mama ke mak ke ummi ke. yang penting peranan itu sama kan. Tak payah pergi jauh-jauh cari contoh, cukup aku ambil ibu aku sebagai contoh terbaik. kalau korang ada contoh lagi baik pun, tak de salahnya. hehe.


Masuk hari ni dah 3 hari aku demam, tapi syukur masih berdaya lagi nak menaip kat blog ni. haha. Nak dijadikan cerita pukul 1 pagi tadi, tatkala (wah ayat sastera!) semua orang dah nak tidur, aku kena sakit kepala yang betul-betul kaw. macam tahun lepas lah, yang aku kena enjek tuh. Merangkak aku pergi ketuk bilik ibu. Siap menangis lagi tu kak oi. huhu.


Bila dah namanya ibu, mestilah dia risau kan, aku ni jenis yang tak suka pergi klinik pun akhirnya setuju sebab tak sanggup tengok ibu risau. (terharu tau..huuu). Dalam pukul 1.30pagi tu ibu drive kereta pergi cari klinik. Pulak tu semua klinik tutup, doktor pergi qiamullail agaknya (nak sedapkan hati). Akhirnya, jumpa juga klinik kat tengah bandar. Siap periksa, kena lah aku enjek satu dos. gile lenguh tangan! nasib tak enjek kt punggung. hahaha.


Sampai rumah pukul 2 lebih. Pukul 4.30 ibu dah nak bangun siapkan sahur. Kesian sangat aku tengok ibu. Kena jaga anak dara dia yang sakit ni, siapkan sahur lagi. Itu baru sikit, tak ditambah lagi tanggungjawab yang lain. Untung ibu pandai memandu. Jadi, orang perempuan sekalian, sila lah persiapkan diri anda dengan pelbagai persiapan macam lesen memandu, simpanan kewangan, insurans, macam-macam lagi lah sebelum kahwin. Nanti kalau dah jadi isteri, bersambung pulak title jadi ibu, besar tanggungjawab tu. Jangan fikir nak beronok-ronok aje!





Wahai perempuan,
Belajarlah makna sebenar tanggungjawab dari seorang ibu yang solehah,
Sebab kau akan mengerti, apa makna sebenar kehidupan.

_cik nabilah_

No comments:

Post a Comment