mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Sunday, July 1, 2012

cerita tentang bosan

assalammualaikum.

hari ni aku ade cerita tentang bosan. seharian aku makan, tidur, drive, makan, tidur. macam orang kaya pun ade, macam driver orang kaya pun ade beb. kalau tengok pola hidup aku hari ni, jangan terkejut lah kalau esok berat aku naik 15 kilo. adoi!

disebabkan aku tak de kerja sangat nak dibuat hari ni, aku layan jela mesej. tapi jadi bengang tetiba sebab aku sangat takde kerja nak dibuat hari ni. nak tengok tv, dah nak muntah rasanya tv tu tengok aku. hahaha. lepas tu ditambah pulak dengan rumah yang bersepah, budak-budak kecik dok bergaduh, memang lah aku rasa nak sumbat dorang semua dalam mesin basuh. (kasi dorang senyap).haha

pengajarannya hari ni, korang jangan lah biar hidup korang diselubungi bosan, sebab bila dah bosan memang nak mengamuk je rasa. macam aku tadi. tak memasal aku boleh hangin dengan sepupu aku. dah tu dengan tetibanya aku bangun dari sofa, kemas meja makan, bawak pinggan cawan kotor pergi dapur then sambung tidur. haha. bengan betul lah!

jadi, aktif-aktifkan lah diri tu weh jangan dok diam ja. lemak pun tak terbakar tau.hahaha

#jangan biar kebosanan melanda anda kerana apabila ia berlaku, sia-sialah hidup anda yang amat bermakna ni.

cik_nur




No comments:

Post a Comment