mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Monday, December 17, 2012

dua bab!

Selamat sejahtera ke atas kamu :)

Alhamdulillah, hari ni dah abis baca dua bab untuk subjek "Business Ethics". Dah berapa hari aku bermalas-malasan, tidur awal,bangun lewat. hehe. Jadi mulai hari ni (Isnin), aku kena mula ulang kaji beb. sem ni aku ada 4 subjek nak kena "cover". lepas tu sem depan praktikal. yeay! tak sabar nak jadi orang yang berkerjaya. haha

semalam sempat berborak dengan kakak kesayangan hamba, dengan bangganya dia mms gambar hadiah hari jadi dia. jam tangan TISSOT youuu! tu lah jam tangan impian aku tau tak?! takpelah, belum rezeki lagi nak dapat. erm, mungkin boleh masuk dalam "wish list" ? hehe.

ok, cakap pasal tarikh exam, kertas pertama aku jatuh betul-betul masa hari lahir aku, 2 Januari. bak kata Shikin "hadiah hari jadi Kak Bell tu". tak tau nak bagi perasaan apa. blur. uhuk.

last exam pulak lama wooo. 17 Januari. sebelum tu ada gap seminggu. nampak tak permainan dia? orang yang susun jadual ni saja nak bagi aku menginap lama-lama kat USM ni. mungkin nak bagi aku habiskan sisa belajar ni puas-puas, ronda-ronda Penang ni. haha. erm, banyak kenangan sebenarnya bila masuk USM ni. manis, pahit, masam, kelat-kelat kecipir. (kecipir?? kacang botol lah) hewhewhew

oklah, beradu dulu. terima kasih kerana membaca ;)

selamat malam kamu semua.

Friday, December 14, 2012

hujung-hujung sem

yeayyyyyy!!! semua asaimen dah siap hantar. tinggal dua kelas je lagi, itu pun untuk tip2 sebelum final exam. rase ringan sangat sekarang ni sebab semua keje dah habis buat. boleh dikatakan semalam seharian aku duduk dalam bilik beb. betul-betul jadi anak dara pingitan. haha

tapi yang tak boleh blah nye, rumate aku boleh pulak berkurung kat makmal komputer, masuk hari i dah 3 hari die duduk dalam tu. excited tengok youtube agaknye. maklum lah pihak U block youtube. terima hakikat lah sebab dorang bagi wifi free kan. haha.

tapi yang janggalnya, bila dah takde keje ni rase tak best. sebab apa? sebab duit tinggal RM150 je beb. nak pergi meronggeng memang tak lepas lah. nak pergi berjalan pon motor tak sihat sangat. betul-betul ikat perut beb. nak makan tengahari pon takut. haha.

sebelum ni tak pernah rase sempit sangat macam ni. lepas kena ragut tu Ya Allah, rase terjejas sikit lah. syukur masih dapat bertahan beb.

takpe, kena sabar okay. semua ni ada hikmahnya. insyaAllah, aku dapat keje gaji ribu-ribu. mane tau kan. tuah ayam nampak kat kaki, tuah aku mungkin tahun dpn?

Amin. ;)

Tuesday, November 27, 2012

kasih ibu di celah tekanan Loreal Brandstorm!

assalammualaikum.

haiyarghhhhh!!

serius, tertekan beb. berhari-hari aku buat benda alah ni dengan grup aku. Sampai ke tengah malam tak siap-siap lagi. Ingatkan dah boleh  teruskan dengan kerja yang sedia ada, tapi rupanya salah pilih produk. 

what de???? fuhhh..fuhhh..fuhhhhhhh. (tarik afas dalam-dalam cik kak)

di tengah-tengah tekanan ni, rupa-rupanya ibu aku selitkan coklat sedap kat dalam bekas tu.

It is HERSHEY, dear!

yeayyyy. alhamdulillah! nah, take a look ya =)



Sunday, November 25, 2012

munakahat!

koyangggg!!! (gedik ala-ala chomel..puihhh)

eh..assalammualaikum!

hari ni aku ada test munakahat pukul 4 petang! wow, dah lama tak ada test pasal kawen-kawen ni kan. lepas tu, pensyarah cakap ada 20 soalan sahaje okeh!

20 soalan??? 

aku tak tau nak rasa suka atau duka beb. sebab kalau banyak soalan haruslah aku boleh tembak kaw-kaw. tapi ni 20 soalan, haruslah soalan tu lebih bentuk aplikasi. ye tak?

ye atau tak, nanti bila test baru boleh dipastikan. haha. apa-apa pun, doakan aku dapat ingat balik apa yang aku baca sebelum ni okeh. kot-kot semua soalan aku boleh jawab dengan hati yang bahagia, itu bermakna aku dah boleh kawen! uoolllss dengar tak?...
bermakna aku dah boleh kawen okeh! hahaha

#ehem, berangan kejap. haha

mood nak gaduh

memang lah aku suka carik pasal dengan kau. sebab kau tu suka carik gaduh dengan aku.

aku ni lembut hati tahu tak? senang aje nak maafkan orang. tapi kau aje yang tak tahu. ppffttt!!!!

sumpah,aku rasa nak hempuk je bantal kabu ni kat muka kau. bagi kau pengsan. lepas tu letak kau atas katil, selimutkan kau elok-elok. biar kau tak bising-bising lagi. lepas tu boleh lah aku ngadap muka comel kau tu.

serius, kau tau tak kau comel?

tapi kau jadi tak comel bila marah. aku rasa nak tenyeh-tenyeh aje muka kau dengan ais krim Hagen Daz bila kau marah. (biar nampak manis sikit)

ooppss,sekarang dah pukul 1.42 pagi. mata aku penat dah ni. nanti aku bebel lagi hokeh. papaiiiiii!!!!!!

chup chup,

Nabilah Khanafi.




Monday, October 8, 2012

kosong part 1


dah pukul 1 pagi dan sepatutnya aku dah lelapkan mata ni, dan sepatutnya jugak aku dah pakai stokin yang ade jari-jari tu. (stokin kelabu spesel dari korea). tapi banyak perkara yang berpusing-pusing. macam mana pun, syukur alhamdulillah, dah selesaikan beberapa tugas yang penting dan esok mase utk aku carik tempat praktikal. semoga dipermudahkan segala urusan aku ye, ya Allah.

tadi pagi mase mandi aku nangis. (ini bukan scene 18sxxx okeh). nangis bukan sebab aku sedih, bukan jugak sebab gembira. tapi nangis tanda aku terlalu letih dengan ujian demi ujian. dugaan demi dugaan. kesal sebab agak banyak perkara terbaik yang aku lepaskan, kecewa sebab agak banyak perkara terindah yang aku biarkan, terkilan sebab agak banyak perkara termanis yang aku leburkan. (terlalu sasterakah aku???)

pernah tak korang kejar bayang-bayang? kalau kejar+pijak bayang-bayang member lain, tu bkn aktiviti yang aku maksudkan okeh! maksud aku, kejar bayang-bayang sendiri. alah mungkin bagi orang yang seni, dorang ade maksud tersendiri tp pada akukejar bayang-bayang sendiri tu mcm buat sesuatu yang korang tak kan dapat. korang nampak bebayang (jimat ruang) tu ade tp korang nk kejar, nak tangkap. memang tak boleh lah kan!

itu yang aku rase lah mase mandi tadi.(sempat feeling dlm shower kottt). rase lost, ape yang aku rancang tak jadi, sesuatu yang tak pernah fikir pulak muncul. dan akhirnya aku terfikir, ape sebenarnye yang aku carik dalam hidup ni.

apa yang kau carik???

1.  kedudukan, pengaruh, status
2.  kecantikkan, kefofularan, kepandaian
3.  duit berkeping, baju berdozen, makan sampai naik pening

semua ni kau dah punya, tapi KEKOSOSNGAN tu masih ada. 

kenapa????

Wednesday, October 3, 2012

BaRa tAk BaRa!

assalammualaikum.

Dalam banyak-banyak hari, pernah tak korang rasa nak menjerit, dan menangis? Kalau jarang, hari ni aku kongsi rasa ini. Yep, aku rasa nak menjerit, nak menangis tapi tak keluar pun air mata. Mungkin sebab ini semua hasil tindak balas perasaan yang bercampur bergaul bermesra dalam hati dengan otak.

Hati kata " jeritlah, menangis lah. keluarkan segala rasa kecewa tu"

Otak kata " tak payah lah, bersabar lah. Jangan bazirkan sesuatu yang berharga dari mata kau hanya sebab perkara yang remeh ni"

Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tapi kadang-kadang naluri tu kena jugak kita guna. Cuma yang membezakannya, otak tu digunapakai sekali atau tak???

Beb, apa aku merepek malam-malam ni? haha. Dah pukul 1 pagi dah pun, bukan 1 malam. Berapa minit dah  korang membazir baca entry aku nih kan. haha.

Ringkasnya macam ni lah. Malam ni aku kecewa beb. Bukan malam ni aje, dah berapa malam aku rasa macam ni. Syukur lah siang macam tak rasa sangat. Ni lah yang lecehnya kalau tak banyak keje. (padahal keje banyak, saje tak nak buat. huhu). Frust sebab dah bape hari mr.FR buat perangai. Aku tau lah kau sibuk der, tapi tak patut lah kau buat aku macam ni. Penat kot aku tunggu kau, aku bising-bising pun bukan kau suka. Aku lagi lah tak suka. (mendera perasaan sendiri tau!)

Kalau lah kau baca apa aku tulis ni, aku nak kau tau aku tak suka tertunggu-tunggu, tapi kalau ye pun kau nak pergi, (maksudnya nak pegi buat keje lah,bukan tinggalkan aku hokeyy) cakaplah baik-baik dengan aku. Ini tak, macam cakap dengan kucing pulak.

"yang, aku banyak keje ni. hari ni aku sibuk lah, nak kena masuk lab, masuk sungai, amek sampel, potong rambut, pegi gym. jadi kau jangan nakal-nakal dow. penat aku jaga kau nanti. kbai"

Terkebil-kebil beb aku baca, tak sempat nak balas, dah out. (ape seyy perangai. huhu). Macam ibu kita, suruh kita tidur, bagi bantal bagi selimut then tutup lampu. Tak cakap good nite, tak nyanyi-nyanyi selawat bagi kita tidur pun. (mase kecik-kecik selalu frust kan kalau ibu buat macam ni). 

Nak tak nak sabar jelah. Bukan lah aku mintak kau berirama melayu kat telinga aku ni. Aku pun tak sanggup nak dengar beb! haha. Ha ni lah perkara yang aku tak puas hati sangat semenjak dua tiga menjak ni. 

Korang pun kadang-kadang rasa macam ni gak kan. Tak bara dengan en/cik hati pun, kadang membara dengan kawan-kawan, adik beradik. kadang dengan ibu abah gak kan. semua sebab ditinggalkan macam tu aje.(macam "kbai"), So, sebelum sape-sape buat korang macam ni, ade baiknya korang jgn praktikkan perangai macam tu. Bara seyy mangsa tu nanti. Boleh dendam 7 keturunan beb! haha

#mungkin dulu aku buat orang macam tu, tu yang kena balik. what goes around comes around, kata omputeh. hihi