dah pukul 1 pagi dan sepatutnya aku dah lelapkan mata ni, dan sepatutnya jugak aku dah pakai stokin yang ade jari-jari tu. (stokin kelabu spesel dari korea). tapi banyak perkara yang berpusing-pusing. macam mana pun, syukur alhamdulillah, dah selesaikan beberapa tugas yang penting dan esok mase utk aku carik tempat praktikal. semoga dipermudahkan segala urusan aku ye, ya Allah.
tadi pagi mase mandi aku nangis. (ini bukan scene 18sxxx okeh). nangis bukan sebab aku sedih, bukan jugak sebab gembira. tapi nangis tanda aku terlalu letih dengan ujian demi ujian. dugaan demi dugaan. kesal sebab agak banyak perkara terbaik yang aku lepaskan, kecewa sebab agak banyak perkara terindah yang aku biarkan, terkilan sebab agak banyak perkara termanis yang aku leburkan. (terlalu sasterakah aku???)
pernah tak korang kejar bayang-bayang? kalau kejar+pijak bayang-bayang member lain, tu bkn aktiviti yang aku maksudkan okeh! maksud aku, kejar bayang-bayang sendiri. alah mungkin bagi orang yang seni, dorang ade maksud tersendiri tp pada akukejar bayang-bayang sendiri tu mcm buat sesuatu yang korang tak kan dapat. korang nampak bebayang (jimat ruang) tu ade tp korang nk kejar, nak tangkap. memang tak boleh lah kan!
itu yang aku rase lah mase mandi tadi.(sempat feeling dlm shower kottt). rase lost, ape yang aku rancang tak jadi, sesuatu yang tak pernah fikir pulak muncul. dan akhirnya aku terfikir, ape sebenarnye yang aku carik dalam hidup ni.
apa yang kau carik???
1. kedudukan, pengaruh, status
2. kecantikkan, kefofularan, kepandaian
3. duit berkeping, baju berdozen, makan sampai naik pening
semua ni kau dah punya, tapi KEKOSOSNGAN tu masih ada.
kenapa????
No comments:
Post a Comment