mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Tuesday, November 27, 2012

kasih ibu di celah tekanan Loreal Brandstorm!

assalammualaikum.

haiyarghhhhh!!

serius, tertekan beb. berhari-hari aku buat benda alah ni dengan grup aku. Sampai ke tengah malam tak siap-siap lagi. Ingatkan dah boleh  teruskan dengan kerja yang sedia ada, tapi rupanya salah pilih produk. 

what de???? fuhhh..fuhhh..fuhhhhhhh. (tarik afas dalam-dalam cik kak)

di tengah-tengah tekanan ni, rupa-rupanya ibu aku selitkan coklat sedap kat dalam bekas tu.

It is HERSHEY, dear!

yeayyyy. alhamdulillah! nah, take a look ya =)



Sunday, November 25, 2012

munakahat!

koyangggg!!! (gedik ala-ala chomel..puihhh)

eh..assalammualaikum!

hari ni aku ada test munakahat pukul 4 petang! wow, dah lama tak ada test pasal kawen-kawen ni kan. lepas tu, pensyarah cakap ada 20 soalan sahaje okeh!

20 soalan??? 

aku tak tau nak rasa suka atau duka beb. sebab kalau banyak soalan haruslah aku boleh tembak kaw-kaw. tapi ni 20 soalan, haruslah soalan tu lebih bentuk aplikasi. ye tak?

ye atau tak, nanti bila test baru boleh dipastikan. haha. apa-apa pun, doakan aku dapat ingat balik apa yang aku baca sebelum ni okeh. kot-kot semua soalan aku boleh jawab dengan hati yang bahagia, itu bermakna aku dah boleh kawen! uoolllss dengar tak?...
bermakna aku dah boleh kawen okeh! hahaha

#ehem, berangan kejap. haha

mood nak gaduh

memang lah aku suka carik pasal dengan kau. sebab kau tu suka carik gaduh dengan aku.

aku ni lembut hati tahu tak? senang aje nak maafkan orang. tapi kau aje yang tak tahu. ppffttt!!!!

sumpah,aku rasa nak hempuk je bantal kabu ni kat muka kau. bagi kau pengsan. lepas tu letak kau atas katil, selimutkan kau elok-elok. biar kau tak bising-bising lagi. lepas tu boleh lah aku ngadap muka comel kau tu.

serius, kau tau tak kau comel?

tapi kau jadi tak comel bila marah. aku rasa nak tenyeh-tenyeh aje muka kau dengan ais krim Hagen Daz bila kau marah. (biar nampak manis sikit)

ooppss,sekarang dah pukul 1.42 pagi. mata aku penat dah ni. nanti aku bebel lagi hokeh. papaiiiiii!!!!!!

chup chup,

Nabilah Khanafi.




Monday, October 8, 2012

kosong part 1


dah pukul 1 pagi dan sepatutnya aku dah lelapkan mata ni, dan sepatutnya jugak aku dah pakai stokin yang ade jari-jari tu. (stokin kelabu spesel dari korea). tapi banyak perkara yang berpusing-pusing. macam mana pun, syukur alhamdulillah, dah selesaikan beberapa tugas yang penting dan esok mase utk aku carik tempat praktikal. semoga dipermudahkan segala urusan aku ye, ya Allah.

tadi pagi mase mandi aku nangis. (ini bukan scene 18sxxx okeh). nangis bukan sebab aku sedih, bukan jugak sebab gembira. tapi nangis tanda aku terlalu letih dengan ujian demi ujian. dugaan demi dugaan. kesal sebab agak banyak perkara terbaik yang aku lepaskan, kecewa sebab agak banyak perkara terindah yang aku biarkan, terkilan sebab agak banyak perkara termanis yang aku leburkan. (terlalu sasterakah aku???)

pernah tak korang kejar bayang-bayang? kalau kejar+pijak bayang-bayang member lain, tu bkn aktiviti yang aku maksudkan okeh! maksud aku, kejar bayang-bayang sendiri. alah mungkin bagi orang yang seni, dorang ade maksud tersendiri tp pada akukejar bayang-bayang sendiri tu mcm buat sesuatu yang korang tak kan dapat. korang nampak bebayang (jimat ruang) tu ade tp korang nk kejar, nak tangkap. memang tak boleh lah kan!

itu yang aku rase lah mase mandi tadi.(sempat feeling dlm shower kottt). rase lost, ape yang aku rancang tak jadi, sesuatu yang tak pernah fikir pulak muncul. dan akhirnya aku terfikir, ape sebenarnye yang aku carik dalam hidup ni.

apa yang kau carik???

1.  kedudukan, pengaruh, status
2.  kecantikkan, kefofularan, kepandaian
3.  duit berkeping, baju berdozen, makan sampai naik pening

semua ni kau dah punya, tapi KEKOSOSNGAN tu masih ada. 

kenapa????

Wednesday, October 3, 2012

BaRa tAk BaRa!

assalammualaikum.

Dalam banyak-banyak hari, pernah tak korang rasa nak menjerit, dan menangis? Kalau jarang, hari ni aku kongsi rasa ini. Yep, aku rasa nak menjerit, nak menangis tapi tak keluar pun air mata. Mungkin sebab ini semua hasil tindak balas perasaan yang bercampur bergaul bermesra dalam hati dengan otak.

Hati kata " jeritlah, menangis lah. keluarkan segala rasa kecewa tu"

Otak kata " tak payah lah, bersabar lah. Jangan bazirkan sesuatu yang berharga dari mata kau hanya sebab perkara yang remeh ni"

Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tapi kadang-kadang naluri tu kena jugak kita guna. Cuma yang membezakannya, otak tu digunapakai sekali atau tak???

Beb, apa aku merepek malam-malam ni? haha. Dah pukul 1 pagi dah pun, bukan 1 malam. Berapa minit dah  korang membazir baca entry aku nih kan. haha.

Ringkasnya macam ni lah. Malam ni aku kecewa beb. Bukan malam ni aje, dah berapa malam aku rasa macam ni. Syukur lah siang macam tak rasa sangat. Ni lah yang lecehnya kalau tak banyak keje. (padahal keje banyak, saje tak nak buat. huhu). Frust sebab dah bape hari mr.FR buat perangai. Aku tau lah kau sibuk der, tapi tak patut lah kau buat aku macam ni. Penat kot aku tunggu kau, aku bising-bising pun bukan kau suka. Aku lagi lah tak suka. (mendera perasaan sendiri tau!)

Kalau lah kau baca apa aku tulis ni, aku nak kau tau aku tak suka tertunggu-tunggu, tapi kalau ye pun kau nak pergi, (maksudnya nak pegi buat keje lah,bukan tinggalkan aku hokeyy) cakaplah baik-baik dengan aku. Ini tak, macam cakap dengan kucing pulak.

"yang, aku banyak keje ni. hari ni aku sibuk lah, nak kena masuk lab, masuk sungai, amek sampel, potong rambut, pegi gym. jadi kau jangan nakal-nakal dow. penat aku jaga kau nanti. kbai"

Terkebil-kebil beb aku baca, tak sempat nak balas, dah out. (ape seyy perangai. huhu). Macam ibu kita, suruh kita tidur, bagi bantal bagi selimut then tutup lampu. Tak cakap good nite, tak nyanyi-nyanyi selawat bagi kita tidur pun. (mase kecik-kecik selalu frust kan kalau ibu buat macam ni). 

Nak tak nak sabar jelah. Bukan lah aku mintak kau berirama melayu kat telinga aku ni. Aku pun tak sanggup nak dengar beb! haha. Ha ni lah perkara yang aku tak puas hati sangat semenjak dua tiga menjak ni. 

Korang pun kadang-kadang rasa macam ni gak kan. Tak bara dengan en/cik hati pun, kadang membara dengan kawan-kawan, adik beradik. kadang dengan ibu abah gak kan. semua sebab ditinggalkan macam tu aje.(macam "kbai"), So, sebelum sape-sape buat korang macam ni, ade baiknya korang jgn praktikkan perangai macam tu. Bara seyy mangsa tu nanti. Boleh dendam 7 keturunan beb! haha

#mungkin dulu aku buat orang macam tu, tu yang kena balik. what goes around comes around, kata omputeh. hihi


Tuesday, September 25, 2012

bicara hati

ya Allah, kesilapan demi kesilapan aku lakukan.
kesilapan kali ini merupakan penutup untuk diri ku.

benar ya Allah, aku tersilap langkah.
benar ya Allah, aku tersilap bicara
namun hanya engkau ya Allah...
yang mengetahui perasaan ini padanya.

hanya engkau ya Allah, yang mengetahu sayang ini padanya

tapi mungkin benar katanya
aku dan dia tidak boleh bersama
mungkin benar fikirnya
aku dengan die tidak akan bahagia

aku redha padaMu ya Allah
aku pasrah dengannya

aku mohon padaMu ya Allah
kuatkan hati ini
kuatkan jiwa ini
kuatkan iman ini

jika dia masih menyayangi, dia tahu ke mana aku pergi
jika dia amat mencintai, dia tahu isi dalam hati ini

jika aku masih ada dalam hatinya, jemput aku kembali sebelum aku benar-benar pergi....


Monday, September 24, 2012

Pelangi Di Balik Hujan


hei jangan nak bersedih! hidup ni bukan untuk diisi dengan tangisan kesedihan, kedukaan dan kepahitan. bukan juga untuk kau biarkan kekecewaan melingkari seluruh hidupmu.

hei jangan nak bersedih! kau bukan hidup disebabkan kesedihan ini. dan kau juga  bukan akan mati disebabkan kesedihan ni. biarkan rasa sedih, rasa kecewa menari-nari di depan kau. biarkan.tapi kau jangan nak terikut dengan rentaknya. kau jangan menari dengan lagunya.

hei jangan nak bersedih! ramai lagi orang yang ingin tengok kau tersenyum. banyak lagi sebab untuk kau berlapang hati. pernah tak engkau sedar betapa riangnya gelak tawa engkau? pernah tak engkau sedar betapa ramainya insan terubat dengan melihat senyuman manis engkau?

sekarang bangun! bangun dari kesedihan, dari kekecewaan, dari segala macam keburukan yang menghalang engkau untuk jadi manusia hebat!. engkau perlu sedar, engkau makhluk terbaik, yang dianugerahkan akal, diberikan iman. walau iman itu ada turun naiknya, jangan sekali kau menyerah. jangan sekali kau beralah.

walau apa pun yang berlaku, ingatlah setiap ujian yang diberikan pada engkau bukan sia-sia, bukannya percuma. ada sesuatu yang perlu dibayar namun ada balasan yang setimpal. 

Seperti pelangi yang muncul selepas hujan, itulah juga yang akan kau temui selepas setiap kesulitan yang engkau alami. Percayalah.. kesedihan itu baik untuk engkau kerana lawannya sedih adalah gembira. Lawannya duka adalah bahagia. 

Dan Allah tidak akan mengirimkan ujian jika engkau tidak mampu menghadapinya.


nabilahkhanafi