mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Monday, April 29, 2013

Untuk Kamu

Mencari pemilik hati selepas Allah dan Rasul..
Selepas ibu dan abah..

Aku tak tahu itu kau atau tidak.

Aku tak tahu apa mula atau akhir hubungan kita.

Yang aku tahu, kau sentiasa ada.

Sama ada di sini atau di sana, cepat atau lambat, hari ini atau esok lusa.

Pesanan untuk kamu encik pemilik hati selepas Allah dan Rasul, selepas ibu dan abah :

1. Perbaiki diri dan kukuhkan iman sebab kau akan memimpin aku dan keluarga kita ke jalan Allah. Jalan ini sukar jika kita sama-sama pincang.

2. Tambah kesabaran, tingkatkan sifat pengasih dan penyayang sebab aku seorang yang garang, kadang-kadang manja merimaskan.

3. Tanamkan ketegasan tapi haruslah adil dan seimbang sebab aku bukan mahir membuat keputusan.


Terakhir untuk kamu encik pemilik hati selepas Allah dan Rasul, selepas ibu dan abah...kalau kau rasa apa yang aku rasa, cinta apa yang aku cinta, beranikan diri untuk bersuara dan bersemuka. Sebab aku juga manusia, kadang kala hanyut dengan khayalan dunia, kadang kala terlupa bahawa engkau telah diciptakan untukku oleh Dia, yang Maha Kuasa.

Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment