mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Wednesday, March 13, 2013

hanya padaMU

Ya Allah, 

Engkau mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi,
apa yang tersimpan juga yang terluah

Engkau mengetahui apa yang aku cari selama ini,
Dan hanya engkau yang mengetahui siapa diri aku ini.

Ya Allah,

Jika hinaan yang dilemparkan kepada aku adalah untuk meningkatkan kesabaran dalam diriku,
untuk menambahkan ketakwaan dalam iman ku,
aku mohon tabahkan hati ini.

Ya Allah,

Jangan engkau hinakan dia sebagaimana dia menghina diriku
tapi cukuplah engkau bukakan mata hatinya untuk melihat siapa aku yang sebenar.

Ya Allah,

Kuatkanlah aku untuk melangkah
Kerana engkau tahu yang terbaik untuk aku.


No comments:

Post a Comment