mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Friday, May 11, 2012

ibuku syurgaku

Assalammualaikum..


akhirnya setelah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, sempat juga aku buka blog yang lapuk ni. rase-rase berhabuk tebal 8 kaki agaknya sebab dah lama aku tinggal. haha. 


ok hari ni baru je habis persidangan Parlimen Belia Malaysia (percubaan) yang berlangsung di Palace of The Golden Horses. penat weh, walaupun tak lah kena cangkul parit ke tebang pokok ke tapi tetap penat sebab memerah otak untuk mencari persoalan-persoalan, cadangan-cadangan untuk diusul atau dibentangkan di parlimen ni. ingat senang ke??


sebab apa aku cakap macam tuh sebab ahli-ahli parlimen lain semuanya hebat-hebat giler!!! tapi aku pun hebat jugak sebab berpeluang bertanyakan soalan kepada YB Menteri Belia dan Sukan secara langsung. itulah orang kata, tuah ayam nampak kat kaki, tuah manusia Allah je yang tahu. hehe. ok tak nak bercakap pasal Parlimen Belia Malaysia (percubaan) ni panjang-panjang sebab entry aku tentang kekangan masa.


bila difikir-fikirkan balik, memang aku tak cukup masa. ke sana, ke mari sebab terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang pelbagai sama ada dalam kampus atau luar kampus. pernah satu hari (dalam minggu lepas) aku penat giler sampai satu tahap tak tertanggung dah rasa bila kerja-kerja datang bertimpa-timpa. masa tu Allah je yang tahu apa aku rasa. akhirnya, tumpah jugak air mata yang dah lama tak mengalir nih. huhu. alhamdulillah ada juga yang sanggup mendengar luahan(lebih kepada rungutan..haha).


tapi itu masih tak cukup sebab aku rasa ada yang kurang. bila fikir punya fikir, baru tersedar yang dah lama aku tak telefon ibu abah. bila telefon abah, rasa lega sikit tapi masih ada yang kurang sebab aku masih lagi terasa apa yang aku nak tak dapat lagi. esoknya baru dapat telefon ibu, itu pun dalam kereta masa hujan lebat. macam dalam filem pulak kan rasanya. hujan-hujan, aku pun "berhujan" dalam kereta. haha. syukur, baru aku rasa betul-betul tenang lepas cakap dengan ibu. betul lah kalau aku cakap "ibuku syurgaku"..hehe


apa yang aku nak kongsikan hari ini adalah fungsi atau peranan orang tua dalam kehidupan kita. redhanya ibu bapa kepada kita samalah seperti redhanya Allah kepada kita. lebih-lebih lagi ibu atau mak atau umi atau mummy atau mama, macam-macam panggilan kepada wanita yang mengandung dan melahirkan kita, jangan sesekali kita nafikan hak mereka. 


jadi sempena Hari Ibu yang akan disambut pada 13 Mei nanti, aku nak ucapkan 
TERIMA KASIH kepada ibu aku : PUAN NORMAH BINTI JAAFAR, sebab sentiasa ada untuk aku. walaupun ibu tak baca blog aku nih, aku doakan ibu sentiasa dirahmati Allah di mana jua. dan SELAMAT HARI IBU juga kepada semua ibu di seluruh dunia!.

No comments:

Post a Comment