mutiara ku

"Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Sunday, January 3, 2016

Januari 2016

Bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah panjang umur, murah rezeki. dah jejak tahun baru masihi 2016. Of course, nak kena throwback sikit tahun 2015 punya hidup. haha. but bagi kakak buat intro tahun 2016 dulu hokay.

alhamdulillah. hari ni 4 Januari, 2 hari selepas hari lahir kakak. cukup 27 tahun hidup kat dunia ni. Tak sangka, 10 tahun dah berlalu dari umur kakak 17 tahun. Masa tu dok fikir apa aku jadi 10 tahun akan datang. Sekarang, dah 27 tahun. 

Doa dan harapan tetap tak putus macam tahun tahun sebelumnya. Mengharap ada perubahan ke arah yang lebih baik. Mengharap ada penambahbaikan dalam diri, kepada keluarga dan juga masyarakat. 

27 tahun.
Perkara pertama yang berubah : status. haha. Kakak dah kena letak "puan" kat depan nama. Alhamdulillah, rezeki mendirikan rumah tangga gitu. hehe. Tak pernah sangka umur 27 tahun dah kahwin. Cuma dulu kakak pernah pasang niat nak kahwin umur ngam ngam 26. Jadi betul lah, Allah makbulkan. Alhamdulillah.Dan paling tak sangka, jodoh dengan kawan baik sendiri. Yang bukan dalam "ciri-ciri lelaki pilihan". Haha. Tapi jodoh beb. Jodoh tu memang rahsia Dia :)

Perkara kedua, bergelar pelajar post graduate. 
Sedang berjuang menyiapkan pengajian peringkat sarjana (master) dalam bidang kelestarian. Atau omputeh kata Master in Sustainable Development Practice (MSDP). Dulu masa SPM pernah fikir untuk dapatkan master. Macam eksyen je nanti. haha. Tapi bila dah sambung degree, rasa macam taknak dah, dah tak larat nak study. Tapi bila dah dua tahun lepas grad, dapat rezeki sambung belajar. Bahagia jugak lah tapi struggle tu tak payah nak cakap. Dengan kerja, belajar dan sekarang tanggungjawab untuk keluarga. Fuhhh. Kakak salute sesangat mana mana perempuan yang dapat catch up ketiga-tiga tanggungjawab tu. Bak kata Abg Ahmad Lan #2kerja. hehe.

Perkara ketiga.
Kerja. Tanggungjawab. Makin besar. Perlu jaga kebajikan 7 staf plus pekerja di ladang. Bukan senang kakak abang. Kita ni baru tiga tahun masuk kat dunia kerja ni. Masih mentah sangat-sangat lah. Tapi apa yang kakak bersyukur sebab ada improvement, dalam masa tiga tahun. Cuma banyak benda kena belajar, banyak perkara kena teliti dalam masa yang singkat. Nak atau tak, memang perlu kakak belajar daripada semua orang, termasuk staf sendiri. Orang kata, jangan bodoh lepastu sombong. Rendahkan hati, setiap teguran kena ambil perhatian. Walaupun yang tegur kita tu pekerja bawahan kita. Moga Allah sentiasa beri petunjuk kepada kita semua.


Setakat ini, itulah permulaan tahun 2016 kakak. Semoga kakak lebih bertabah, lebih kuat, lebih cerdik dan maju dan juga lebih beribadah dijalannya sepanjang tahun ni. Amin, insyaAllah. 


Tuesday, September 15, 2015

We deserve better


Its a long time ago, there were a little girl with her beautiful dream. Hoping her prince charming will come and give her a kiss. 

Unfortunately, the witch has come. And whispered some magical spell on her eyes. A little girl gone blind when a prince charming come. 

That little girl can't fly, that little girl can't run. She waits, waits and waits untill her prince charming come to her home. He tries so many chances. He tries too many fights until he dies.

A little girl cries and cries. Until she can open her eyes. And see her prince charming was laying infront.

A second before his prince charming close his eyes, he said "dear my little girl. You deserve better, don't dream too high. Maybe he is an ordinary guy, but he will fill your empty heart. And then you will realize that I'm not the only one"

Sunday, September 13, 2015

Kenapa kena pasang niat?

Bismillah.

Tiba tiba kakak tergerak nak update entry kali ni tentang niat. Padahal tadi dah taip panjang lebar pasal benda lain. Haha.

Ok pasal niat. Selalu orang kata, nak apa apa mesti ada niat. Buat sesuatu mesti ada sebab. Tak payah tengok jauh jauh. Solat pun kena mula dengan niat. Sape tak niat solat tak sah. Ini benda basic. 

Then apa signifikannya niat dengan kehidupan seharian? Dik, kau hidup setiap hari sebab apa? Saje saje ke? Paling tak pun kau nak hidup esok sebab kau nak pegi shopping, nak pergi berjalan. Takpun kalau zaman kakak sekolah dulu, esok nak bangun pagi pagi pergi sekolah sebab nak tengok jejaka pujaan hati. *ini tak elok.jgn buat.

Niat ni matlamat, tujuan, sebab, intention.  Bila kau ada niat, kau ada kesungguhan dan keinginan. Dan secara tak langsung kau motivate diri untuk capai niat kau. Niat ni bila kau dah pasang, dia akan muncul secara tak sedar dalam minda unconscious kau. Means minda bawah sedar. Ah ini bab psikologi, pegi lah baca buku sikit2. Huhu.

Pernah satu masa kakak rasa lost, kosong, and malas. Then fikir balik "oh aku takde pasang apa2 niat lah. Aku just nak hidup macam tu je". Then hidup memang hidup tapi takde erti lah. Senang citer kau tak produktif. Baik mati je kan. Tapi nak mati pun payah, kang Tuhan tanya apa kau buat masa hidup kau nak jawab apa?sumbangan pada negara langsung takde. Kebaikkan as modal masuk syurga pun yelekk. Sedihhh.

So kena niat ok. Ni kakak tak cakap tipu. Kakak sendiri pernah niat. Nak kahwen umur 26 paling lewat, alhamdulillah Allah permudahkan. Walau bukan dengan orang yg kita imagine dari awal. *en.tunang jgn sentap ok. Saya ikhlas terima awk. Hehe.

Then baru bape minggu lepas kakak macam niat nak pergi luar negara lagi sebab macam dah lama tak involve program oversea. Alhamdulillah, Allah bagi peluang ke Jepun pulak next week. Then next month ke Bali. Rezeki alhamdulillah. Lagi satu kakak niat dah lama untuk recover daripada penyakit kakak. Walaupun amek masa bertahun alhamdulillah, Allah beri lagi rezeki. Allah tunaikan impian kakak. Sepanjang sebelum operation ni kakak selalu cakap dalam hati yang Allah nak uji kakak, kesabaran kakak, kesungguhan kakak. Jadi bila dah recover ni kakak paham perasaan orang lain.

Itu contoh yang kakak sendiri alami lah. Engkorang lain kot. Apa pun yg penting niat. Lambat atau cepat, kita kena ada harapan dan matlamat. Baru Tuhan tunjuk jalan. Yang seterusnya usaha dan doa. Kita ni nak pinjam duit mesti pinjam kat tuan punya duit kan, macam tu jugak bila kita nak apa apa. Doa, mintak, usaha dapatkan daripada Pemilik segalanya ni. Doa pada Allah, mintak kat Dia. Sebab apa yang ada di langit dan bumi, syurga dan neraka semua milik dia. Jangan sombong sangat nak tadah tangan mintak kat Dia ye.

Jadi once again, anything you want to do, to be, please pasang niat. Nawaitu. Biar takde orang lain dengar, yang penting Allah dengar.

InsyaAllah Allah tahu bila masa yang sesuai untuk kabulkan. Tapi kau jangan niat merepek yang tak elok. Memang takkkkk lah dik non oi


Thursday, September 10, 2015

Lima

Walau  nyata sudah terlambat
Untuk kita anyam mimpi
Lalu kita jadikan mimpi itu realiti

Sudah tiada yang harus ku sesali
Sudah hilang segala ragu yang pernah bersarang di hati

Kerana aku tahu
Rasa yang pernah wujud dulu
Memang pernah bererti

Dan akhirnya
Kita tersedar dari mimpi
Yang kita hanya dua garis selari
Yang tak mungkin bersilang hati


Empat

Bertandang tanpa izin
Sedangkan diri rasanya telah redha dengan Ilahi
Sudah pasrah dengan caturan Sang Empunya langit dan bumi

Kau datang mengungkit janji
Walau sedar segala yang kita mimpi
Takkan wujud dalam alam kini

Hampir sekali lagi
Air mata ini jatuh sendiri
Hampir sekali lagi
Hati ini berkocak tanpa bunyi

Jangan. Jangan begini


Tiga

Jauh jauh ku bawa hati
Hampir mati ku tutup mata
Diam sepi mendung sendiri
Berharap kenangan sudah terkunci

Satu satu ku kutip hati
Satu satu ku kunci rapi
Satu satu ku bawa pergi
Satu satu ku buang mimpi